Wednesday, February 29, 2012

KFC - I-City.Tahukah PAS makna cacian tersebut? Written by beruangsakti font size decrease font size increase font size Print E-mail 22 comments KFC - I-City.Tahukah PAS makna cacian tersebut? RAKYAT Kelantan perlu bangkit mempertahankan maruah mereka yang dihina dan dipermainkan dengan begitu teruk sekali oleh DAP berhubung insiden `pergaduhan’ di antara tiga pelanggan keturunan Cina dengan tiga pekerja KFC berbangsa Melayu yang berasal dari Kelantan, berpunca dari kata-kata kesat oleh pelanggan berkenaan. Tanpa mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak, DAP telah mengadakan sidang akhbar khas hanya melibatkan pelanggan berketurunan Cina itu yang mendakwa telah dikasari oleh pekerja KFC berbangsa Melayu, dengan menyerang mereka pada 6 Februari lalu di KFC I-City Shah Alam. Oleh kerana tiada keadilan kepada tiga pekerja KFC berkenaan yang berasal dari Kelantan maka menjadi tanggungjawab kerajaan negeri kelahiran mereka membela nasib rakyat mereka yang teraniaya. Maka itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak boleh membiarkan penganiayaan ke atas rakyatnya berlaku. Tanpa mengira ideology politik, kerajaan negeri perlu mempertahankan maruah tiga rakyatnya yang berkerja di KFC, I-City, Shah Alam yang didakwa oleh DAP bersalah, walaupun siasatan polis masih berjalan. Ini kerana adalah menjadi tanggungjawab kerajaan PAS Kelantan mempertahankan maruah rakyatnya yang dihina dan difitnah dengan begitu buruk tanpa pembelaan, yang dilakukan oleh rakan sekutunya, DAP, serta akhbar alternatif parti pembangkang dengan memainkan isu ini seolah-olah insiden berkenaan berbentuk perkauman. PAS yang kerap kali melaungkan keadilan, kini dipermainkan sekali lagi oleh rakan sekutunya DAP yang ternyata mengamalkan sikap chauvinist dengan menuduh berdasarkan kenyataan satu pihak, sedangkan satu pihak lagi yang tidak diberi peluang untuk menjawab, telah dijatuhkan hukuman bersalah. Ini bukan melibatkan isu perkauman di antara Melayu dengan bukan Melayu, tetapi ini melibatkan soal keadilan dan maruah. Selaku Menteri Besar Kelantan, adalah menjadi tanggungjawab Nik Aziz untuk menjaga kebajikan rakyat Kelantan, selaras dengan slogan mereka iaitu ‘Negara Berkebajikan’. Sekiranya benarlah PAS yang kerap kali mendakwa mereka akan menegakkan undang-undang Islam, maka isu ini seharusnya diberi keutamaan oleh pucuk pimpinan PAS dengan mengambil tindakan mempertahankan hak tiga perkerja Melayu KFC itu yang berasal dari Kelantan, mendapat pembelaan. Malangnya, tindakan Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad yang bersekongkol dengan rakan karibnya DAP Selangor, seolah-olah mengambarkan bahawa tiga pekerja KFC berkenaan telah didapati bersalah, serta menyokong perbuatan biadap keluarga Cina berkenaan yang dikatakan mengeluarkan perkataan `CIBAI LU MELAYU’ sehingga menyebabkan mereka `dikonfrantasi’ oleh para pekerja KFC berkenaan. Tahukah PAS makna cacian tersebut? Mengambil perkataan yang ketiga iaitu Melayu. Dalam konteks perlembagaan persekutuan, Melayu selain merujuk bangsa ia juga merujuk agama Islam. Ini kerana di dalam perlembagaan di bawah Perkara 160 (2) memberikan definisi Melayu warganegara Malaysia yang lahir di Semenanjung mestilah menganut agama Islam. Ini bermakna, tindakan DAP yang membela tindakan pelanggan Cina itu yang mengeluarkan kata-kata “CIBAI LU MELAYU” juga secara tersiratnya menghina agama Islam itu sendiri. Tak kan lah PAS yang melaungkan akan memperjuangkan kesucian agama Islam sanggup membiarkan aje penghinaan yang dimainkan oleh DAP ? Maka itu, tahniah kepada tiga pekerja KFC berbangsa Melayu itu yang berani mempertahankan maruah kesucian agama Islam dari dihina, sedangkan mereka yang mempunyai kuasa serta jawatan di dalam Parti PAS tidak berani bersuara, kecuali Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad yang bersekongkol dengan tindakan rakan karibnya DAP. Di manakah suara Ketua Dewan Pemuda PAS? Jangan hanya melalak tak tentu pasal, tetapi apabila melibatkan maruah bangsa dan agamanya, mereka membisu, kerana yang berkata adalah `bos’ mereka iaitu DAP. Di manakah SUARAM?, Di manakah PKR – ooppss tersilap tulis, yang tak boleh diharap. Di mana Majlis Peguam Malaysia yang kononnya memperjuangkan keadilan? Jangan hanya memperjuangkan hak golongan LGBT yang dilaknati ALLAH. Di mana NGO-NGO yang kononnya memperjuangkan hak kesamarataan? Jangan hanya perbuatan meliwat sahaja. Suara-suara itu semua tidak kedengaran kerana isu yang disensasikan ini dibuat oleh DAP iaitu `god father’ bagi parti-parti pembangkang. Tiada siapa yang berani melawan, walaupun parti yang kononnya berpaksikan Islam. Oleh kerana, Menteri Besar Kelantan dan PAS `dayus’ untuk membela nasib ketiga-tiga pekerja KFC ini, maka diseru masyarakat dan NGO-NGO Melayu di luar kongkongan parti pembangkang memperjuangkan hak yang dinafikan oleh parti-parti pembangkang. Semoga kebenaran berjaya mengatasi kebatilan di dunia ini. Ibah Read 149 times | Like this? Tweet it to your followers! Published in Berita Nasional Social sharing beruangsakti beruangsakti

No comments:

Post a Comment