PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, February 5, 2012
KOTA BHARU - Setelah 13 tahun Hudud Pas baru hendak dibawa berbincang. Apakah Pas buat selama ini untuk jalankan hudud itu. Nampak hudud diguna untuk berpolitik.
Justeru dalam laporan Utusan Malaysia hari ini Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad membidas Ulama dan pemimpin Pas Kelantan tidak pernah serius dalam melaksanakan hudud.
Malah Daud dalam kenyataannya di Wacana Hukum Hudud, di sini menegur kerajaan Pas agar menjalankan persiapan sewajarnya sebelum sistem keadilan hudud boleh berjalan.
Sejak 1993 hudud diluluskan, baru kini Pas melaksanakan Wacana Hudud dan Daud menasihatkan kerajaan Pas agar Mahkamah Syariah Khas perlu diwujudkan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang membabitkan hukum hudud.
Katanya, dalam peruntukan undang-undang Sultan Kelantan perlu melantik tiga hakim di Mahkamah Syariah Khas itu yang melibatkan hakim syarie dan sivil serta pelantikan lima hakim di mahkamah rayuan berkenaan.
Daud berkata, dalam undang-undang Islam peringkat mahkamah pertama tidak boleh dilaksanakan hukuman walaupun tiga hakim berkenaan mensabitkan kesalahan dilakukan.
Ini kerana, keputusan itu perlu disemak oleh Mahkamah Rayuan Khas sebelum seseorang individu itu dijatuhi hukuman potong tangan kerana mencuri misalnya.
Pada hari ini Kerajaan Pas Kelantan akan membentuk Jawatankuasa Khas Teknikal sebelum melaksanakan hukum hudud di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Justeru Nik Aziz pula, yang baru tersedar setelah 17 tahun menuduh Umno halang hudud, bahawa kesilapan tertangguhnya hudud adalah kerana beliau dan exco-exconya tidak buat kerja dan kajian yang cukup bagi laksana hudud.
Nik Aziz perlu siapkan dulu lantikan hakim barulah undang-undang itu boleh berjalan di mahkamah dan orang boleh dihududkan. Tanpa hakim siapa nak jatuhkan hukuman.
Maka sudah 17 tahun juga, Nik Aziz dan ahli Pas yang lain tanggung dosa tuduh Umno sekat hudud. Sedangkan mereka (pas) yang tidak buat kerja untuk pastikan segala kelengkapan untuk laksana hudud itu dipenuhi.
Kesimpulan Pas yang bodoh yang halang hudud. Umno tidak pernah tentang hudud.
--KELATEKITO.NET
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment