PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, February 1, 2012
MELAYU YANG MENJADI PETUALANG TERHADAP BANGSANYA SENDIRI..!!?
Perkara warga asing berniaga di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini bukan tidak nampak di mata pegawai penguat kuasa. Tapi apa yang mereka buat hingga bertambah ramai warga berniaga?
Untuk mendapat ruang niaga yang kecil di pasar, dan pasar malam bukan kerja mudah bagi rakyat tempatan tetapi pendatang asing ini dengan mudah sahaja dapat berniaga dengan bebas.
Lantaran itu, kini sama ada kita sedar atau tidak, pendatang-pendatang asing telah mula menguasai aktiviti ekonomi yang sepatutnya dimiliki kaum bumiputera.
Kita tidak boleh biarkan perkara ini berleluasa, kalau tidak peluang perniagaan orang Melayu dan bumiputera akan terhakis. Kita kena ambil peduli fenomena pendatang asing berniaga ini.
Hingga hari ini penjaja ubat tradisional dari Indonesia dan peniaga kain dan tudung dari Pakistan di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur tidak diambil tindakan. Alasannya kerana mereka menyewa premis daripada warga tempatan.
Memang kita tidak boleh salahkan mereka atau menahan mereka daripada berniaga. Ini kerana mereka menjalankan perniagaan dengan lesen yang sah daripada peniaga rakyat Malaysia sendiri yang ingin mengaut keuntungan cepat.
Jadi, tiada kesalahan dari segi undang-undang. Dan perkara ini akan berlangsung selagi tiada usaha untuk mengambil tindakan tegas ke atas petualang di kalangan peniaga Melayu sendiri.
Kita hanya menyandarkan harapan tinggi kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kuasa undang-undang dan menjalankan penguatkuasaan demi keselamatan ekonomi bumiputera.
Kalau dilihat di sekeliling kita, peniaga di kalangan rakyat asing ada di mana-mana. Fenomena ini patut diperbetulkan segera dengan tindakan tegas lagi berani daripada kerajaan melalui KDN dan PBT.
Tidak patut ada lagi alasan itu dan ini daripada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap warga asing yang berniaga di negara ini. Sudah banyak amaran dikeluarkan, bila masa untuk bertindak pula?
Anda mungkin juga meminati:
MELAYU JUAL MELAYU...
FAHAMAN MAT SABU MENULAR DI TAMAN BUNGA RAYA WANGSA ...
AZMIN PENDATANG ASING (PATI) DARI INDONESIA..!!!
INI DIA NASIB ORANG MELAYU BERNIAGA DI NEGARA JAJAHAN ...
LinkWithin
Posted by KL BOYZ at 12:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment