Sunday, February 12, 2012

Nik Aziz sebelum ini menyetujui untuk menubuhkan kerjasama dengan UMNO semasa Pak Lah memandangkan Nik Aziz mempunyai 'niat' untuk memecahbelahkan UMNO dan penyokong PAS akan mengambil alih kubu kuat UMNO di luar Kelantan. Masa sakit Nik Aziz dikatakan selalu menyebut nama Mahathir- orang yang paling banyak dihina untuk kepentingan politiknya. Dengar khabar, Najib menjadi 'posmen' supaya TUN berjumpa Nik Aziz pada masa itu. Tidak kira Ulama, dosa menghina dan mengaibkan orang Islam hanya boleh dimaafan oleh orang berkenaan. Menurut sumber terdekat dengan Nasharuddin yang merupakan Timbalan Presiden PAS. 1. Nik Aziz sebenarnya tidak suka kepada Nasharuddin sejak dia diberikan tugas menjadi ahli Parlimen di Bachok menentang Awang Adek. Boleh dikatakan Nik Aziz mempunyai calon pilihannya sendiri. 2. Nik Aziz sebenarnya lebih suka kepada Hussam Musa. Hussam dilantik oleh Nik Aziz atas kriteria sebagai budak yang bijak belajar. Alasan lain tidak ada. Sedangkan Hussam bukan seorang aktivis atau seorang yang berpengalaman dalam bidang ekonomi, namun Hussam diberikan jawatan berkaitan kewangan dan master plan di Kelantan. 3. Hussam Musa mempergunakan 'orang tua' yang mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan ahli PAS, iaitu Nik Aziz supaya menerima 'saudara' DAP. Semasa PAS dalam BN satu ketika dahulu, PAS pernah memberitahu kalau orang Melayu dan orang Islam bergaul atau memberi undi kepada DAP, mereka sebenarnya kafir dan perlu mengucap. Mereka menyokong kafir yang menjatuhkan umat Islam. Itu dulu, kini lain. Masuk Pakatan mulia dan masuk BN hina. Tindakan 'orang tua' ini semakin hari semakin menunjukkan sikapnya yang sebenar dan TIDAK layak diletak setaraf ulama dan ilmuan Islam jauh sekali politiknya diganding dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. (Dengar khabar UMNO Kelantan sedang menyusun dokumentasi PAS mengenai pandangan mereka terhadap DAP dan kini kenapa mereka pula sanggup menjadi kafir atas fatwa sendiri). 4. Anwar Ibrahim berjanji akan memberi jawatan tertentu kepada Hussam jika berjaya memegang tampuk pemerintahan PAS pada masa akan datang, namun Hussam dikatakan kurang digemari oleh perwakilan dan dikalangan penyokong PAS kerana Hussam bukan seorang yang mempunyai pengaruh yang hebat. Hussam tidak mempunyai karisma dalam semua aspek. Bahkan Hussam semasa berdebat dengan budak hinggus, KJ pun belum boleh dikatakan juara pemidato. Bila Ezam ajak berdebat menggantikan Zahid Hamidi, Hussam mengangkat punggung. 5. Nik Aziz dikatakan mudah memperendahkan Nasharuddin berbanding Haji Hadhi. Kenapa? Sedangkan isu Kerajaan Perpaduan itu diilhamkan oleh Presiden PAS sendiri dan Nasharuddin hanya menjalankan tugas sebagai 'pembantu' Presiden. Apa yang keluar dari mulut Hadhi, itulah juga dilakukan oleh Nasharuddin. Dia bukan seperti Anwar Ibrahim yang melawan Presiden, TUN Mahathir. Nasharuddin budak baik. Bayangkan Mat Sabu atau Makhfuz yang sudah lama bergiat aktif dalam PAS pun tidak pernah memegang jawatan Timbalan Presiden PAS. 6. Nik Aziz sebelum ini menyetujui untuk menubuhkan kerjasama dengan UMNO semasa Pak Lah memandangkan Nik Aziz mempunyai 'niat' untuk memecahbelahkan UMNO dan penyokong PAS akan mengambil alih kubu kuat UMNO di luar Kelantan. Tahu sajaleh yang Pak Lah adalah pemimpin yang lemah dan BUKAN politikus atau politiking. Pak Lah boleh dipermainkan termasuklah percaya yang PAS akan sokongnya nanti. 7. Kenapa hanya suruh Nasharuddin sahaja masuk UMNO. Tidak disuruh Haji Hadhi masuk UMNO dan penyokong PAS lain yang bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan masuk UMNO kalau mereka tidak bersetuju dengan pendapatnya sebagai Musyidur Am PAS!!! Pemimpin PAS lain seperti Salahuddin Ayub sendiri tidak menyokong tindakan Nik Aziz sebaliknya mengambil jalan tengah atau 'angguk kepala' pada keputusan Presiden mereka saja. 8. Kerajaan Perpaduan adalah ilham Nik Aziz namun dia sendiri mempertikaikan dan berlagak hero kononnya PAS lebih halal bersahabat dengan DAP dan melakukan penipuan dengan PKR dengan janji-janji melangit pada pilihanraya yang lepas. 9. Presiden PAS, Hadhi membayangkan PAS akan kecundang dengan kepimpinan BN, Najib yang digandingkan dengan Mukhyiddin. Jalan terbaik bagi PAS ialah bersama-sama dengan BN. Ini kerana Haji Hadhi mempunyai bukti dan percaya yang Anwar Ibrahim AKAN DISABITKAN DENGAN KES LIWAT. PAS tidak mampu bekerjasama dengan DAP tanpa pemimpin yang kuat dari PKR. 10. Ada sumber memberitahu, Nik Aziz tersinggung dengan PM, Najib kerana tidak menjemputnya atau berjumpanya. PM lebih gemar berhubung dengan Presiden PAS. Ini seolah-olah membelaangi Nik Aziz sebagai Musyidur Am PAS. Ada sumber lain memberitahu yang Nik Aziz bersumpah di hadapan orang tertentu yang disaksikan oleh Anwar Ibrahim yang dia (Nik Aziz) akan memberi sokongan pada pada Anwar Ibrahim walaupun terpaksa menanggung malu nanti atau merangkak untuk menjilat air ludah sendiri. abe MIE mempunyai cerita ini dengan lebih lanjut lagi. Selalulah melawat blog ini. Insya allah dalam masa terdekat abe MIE akan dedahkan 'perjanjian' Nik Aziz, Hussam Musa, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.... kemasukan PAS ke dalam BN perlu disertakan dengan PKR. Posted by abe MIE 'TERJAH' KEEGOAN NIK AZIZ SI ULAMAK PAS Murshidul am Pas dianggap ulamak...namun begitu KERAJAAN PERPADUAN yang cuba ditubuhkan ditentang sekeras-kerasnya tanpa sebarang usul periksa.. Lihatlah begitu angkuh dan sombongnya sikap Nik Aziz dengan serta merta mahu timbalan presidennya meletak jawatan dan menganggap timbalan presiden sebagai SAMPAH dalam Pas. Keegoaannya bukan sahaja menjadi penghalang kepada penyatuan yang didambakkan oleh semua lapisan masyarakat malah menjadi senjata pemusnah kepada generasi yang akan datang.. Umno sebagai peneraju Kerajaan Barisan Nasional begitu merendah diri dalam hal ini dengan hati terbuka menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengambil langkah untuk bertemu bagi mengadakan perbincangan. Tindakkan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin yang memberi reaksi positif telah membuatkan si Nik Azik naik angin malah tanpa berselindung menghalau Nasharuddin dari Pas... Adakah ini satu tindakkan yang bijak??? Tentangan keras oleh Nik Aziz ini dilihat sebagai mengikut telunjuk si Anwar untuk tidak bekerjasama dengan kerajaan BN. Adakah ini ciri ulamak yang disanjung tinggi oleh pengikut-pengikut Pas???? PKR dan DAP lahanat sedar jika Pas bekerjasama dengan BN maka hancurlah harapan mereka untuk berkuasa. Pas merupakan pengaruh terbesar dalam pembangkang untuk meraih undi orang melayu.. Sudah pasti sekarang team2 edorgan dalam Pas sedang berusaha keras menghasut Nik Aziz untuk tidak bersetuju.. Adakah bodoh sangat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melontarkan pandangan agar diwujudkan kerajaan perpaduan yang sudah pasti dia sedar tentangan yang akan diterimanya.. Mungkin Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedar akan ancaman terhadap masa depan orang Melayu Islam jika terus bergelumang dengan PR yang tiada hala tujunya serta tidak memihak kepada Orang Melayu Islam.. Bukalah mata hati dan jiwa kita untuk menilai semua ini... Jangan kita terlalu taksub dengan Nik Aziz yang begitu jelas tidak rasional di dalam hal ini....Perpaduan Umah tuntutan Wajib bagi kita untuk mengusahakannya.. Jangan biar Setan Keegoan menyelubungi hidup anda........... Posted by Mata Hati Jiwa Posted by MymassaVoice on Jumaat, 19 Jun 2009 at 10:02 PG

No comments:

Post a Comment