Sunday, February 5, 2012

Selangor sebagai Mini Serambi Mekah Share This Add to Delicious Share on FriendFeed Digg submit to reddit Tags Selangor bakal dijadikan Mini Serambi Mekah oleh PAS..Muslimah PAS pun tidak bertudung..heheee… Ada seorang sahabat dari Selangor membawa perkhabaran tentang niat dan cita-cita PAS yang mahu menjadikan negeri Selangor sebagai Mini Serambi Mekah. Idea ini dikatakan hasil dari cetusan pemikiran ADUN PAS dari kawasan Selat Klang iaitu Dr Halimah Ali yang juga merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan negeri Selangor. Projek mereka yang pertama ialah menjadikan Masjid Nurul Amin, Kampung Delek, Selat Klang sebagai Mini Serambi Mekah di negeri itu sekaligus secara tak langsungnya Masjid tersebut bakal dijadikan Markaz mereka. Jika kita lihat di Kelantan, gelaran negeri Serambi Mekah yang telah diberi sendiri oleh pengikut-pengikut PAS tak bermakna bahawa negeri itu bebas dari segala jenayah dan juga gejala sosial dikalangan masyarakatnya. Dan jika mahu di buat perbandingan, Kelantan yang ditadbir secara Islam kononnya oleh Nik Aziz telah menduduki ranking tertinggi diantara semua negeri di Malaysia didalam kes jenayah, penyalahgunaan dadah, kadar AIDS dan juga salah laku sosial dan juvana. Ini menunjukkan bahawa gelaran Serambi Mekah atau apa saja sekalipun yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin PAS, ianya tak lebih dari perasaan syok sendiri dan perasan hebat bagi menutup kelemahan mereka. Begitu juga dengan cadangan dari Dr Halimah Ali untuk menjadikan Selangor sebagai negeri Mini Serambi Mekah ini. Ia juga tak lebih dari retorik kosong serta hasil dari perasaan syok sendiri yang memang ada pada kesemua pemimpin-pemimpin PAS. Sepatutnya mereka-mereka ini berusaha dengan lebih gigih untuk membenteras segala jenayah serta kemungkaran yang berlaku didalam masyarakat. Bukannya mengambil jalan mudah dengan menutup setiap kejahatan dikawasan mereka dengan memberinya gelaran yang baik. Lorong Haji Taib yang terkenal dengan aktiviti malamnya pun jika ditukar namanya sahaja kepada Lorong Haji Hadi ataupun Lorong Tok Guru Nik Aziz, tak akan menjamin kawasan tersebut bebas dari gejala sosial masyarakat jika tiada penguatkuasaan dibuat. Begitulah juga dengan sesebuah negeri atau kawasan yang terkenal dengan indeks jenayah dan juga masalah sosialnya. Tak akan berubah status negeri atau kawasan tersebut dengan hanya menukar nama ataupun memberikan gelaran yang baik-baik dengan harapan semua masalah selesai. Jadi, sikap pemimpin-pemimpin PAS yang mengambil mudah terhadap semua hal yang berlaku dikawasan mereka telah menunjukkan kelemahan mereka mentadbir. Mana mungkin bangkai gajah dapat ditutup dengan nyiru? Namun bagi PAS, ia tak mustahil kerana mereka telah menganggap bahawa hanya mereka sahaja yang pandai menilai manakala yang lain semuanya bodoh-bodoh belaka ! sumber : mykmu.

No comments:

Post a Comment