Thursday, March 29, 2012

Anwar Ibrahim & Salman Satanic Memeriahkan India Today Conclave March 20, 2012 · 104 Comments AnwarSalmanRushdie Satu ketika dulu dalam tahun 2007, Pemuda Pas pernah mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan British di Kuala Lumpur. Tujuan demonstrasi berkisar pada isu bantahan terhadap penganugerahan gelaran “Sir” oleh kerajaan Britain kepada penulis buku ‘Satanic Verses’, Salman Rushdie. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahudin Ayub yang mengetuai demonstrasi tersebut, menyifatkan penganugerahan gelaran itu sebagai satu langkah yang tidak bertanggungjawab dan telah mengguris hati umat Islam. Barangkali ramai yang sudah lupa semangat membara Pemuda Pas yang berdemonstrasi tika itu demi mempertahankan kesucian Rasulullah S.a.w daripada penghinaan yang pernah dilemparkan oleh Salman Rushdie dalam buku tulisannya bertajuk ‘Satanic Verses’. [PAS+bantah+Salman+Rushdie.jpg] 5 tahun telahpun berlalu. Tanggal 16 & 17 Mac lepas, satu acara India Today Conclave telahpun diadakan di New Delhi, India. Selain Anwar Ibrahim, turut sama memeriahkan majlis tersebut ialah Salman Rushdie. (klik sini utk berita lanjut) Sedikit keterangan berkaitan Salman Rushdie yang dipetik dari AIDC Blog di bawah ini, barangkali boleh memberi sedikit gambaran jelas kepada pembaca yang tidak mengetahui sejarah hidup Salman Satanic. Salman Rusdie, anak seorang Muslim dilahirkan di Bomby pada 19 June 1947 dan bersekolah di Gereja Jhon Conon kemudian di King Kolej, Cambridge. The Satanic Verses adalah karya ke-empat karya Salman Rushdie,diterbitkan pada tahun 1988. Dia menulis buku ini pada usia 47 tahun . Jodol The Satanic Verses bermaksud “Ayat-ayat Syaitan” yang disinonimkan dengan kehidupan Nabi Muhamad SAW. Buku ini berjumlah 547 halaman. Dicetak oleh penerbit Viking (pemilik Yahudi) anggota jaringan penerbit Penguin. Menurut sumber, Salman Rushdi menulis buku itu karena kerana diupah 850 ribu pound oleh pimpinan Viking (Yahudi), yang berniat untuk merosakan imej Islam. Antara isi kandungan buku itu yang menyimpang dengan akidah Islam antaranya adalah; 1. Salman menulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran 2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah 3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan. Penulis percaya, tentu ramai kalangan umat Islam yang berkongsi satu persoalan sama yang membuak-buak dalam hati masing-masing. Bilakah Pas akan melakukan demonstrasi sebagai bantahan terhadap kesediaan Anwar berkongsi majlis yang turut disertai Salman Satanic? Share this: Share Print By HackerXP from..http://www.mykmu.net/?p=17792

No comments:

Post a Comment