Monday, March 26, 2012

Baru-baru ni PAS huru-hara besar. Memang kecoh! Hasilnya, Hasan Ali dipecat. Khabarnya, Nasharuddin Mat Isa bakal menyusul. Tak tahu apa lagi yang akan berlaku lepas ni... Persoalannya, mengapa semua ini berlaku..? PAS mula huru-hara apabila bersahabat dengan SETAN, iaitu DAP dan PKR. Masa tu geng Pro-Ulama tak setuju, tapi terpaksa diam diri memandangkan Anwar dah "beli" Pok Nik Ajis. Pok Nik mahu berkawan dengan SETAN jugak... Masa tu jugak PAS huru hara lagi pasal isu Kerajaan Perpaduan. Pemimpin Pro-UG macam Hadi, Nasha, Harun Taib, Hasan Ali, Harun Din dan lain-lain teruk dikecam. Pok Nik Ajis sekali lagi guna kuasa vetonya membantah UG. Pok Nik dan Anwar menang lagi... Lepas tu PAS bergolak lagi kes Hudud. Pok Nik yang start dulu. Kononnya Pok Nik nak laserkan UMNO/BN. Ramai pro-ulama sokong! Tapi, lepas Anwar dan DAP kata tak setuju buat Hudud, Pok Nik terus jadi bisu dan setuju dengan Anwar dan DAP. Kemudian, timbul pulak kes Hasan Ali kat Selangor. Bermula dari kes arak, kes JAIS-DUMC, kes Himpunan Sejuta Umat, kes tukar negara Islam kepada negara kebajikan sampai la melarat ke kes gaduh dengan Cikgu Pa dan Pok Nik kantoi menipu! Aku tanya sekali lagi, kenapa semua ni berlaku? Pada aku hanya satu sebab je. Semua ni disebabkan PAS dah salah langkah bersahabt dengan SETAN, iaitu DAP dan Anwar. Tu punca utamanya mengapa PAS huru hara... Korang ada pendapat lain? Apa pendapat korang pulak? Posted by DukeOfUMNO at 10:34 PM

No comments:

Post a Comment