PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, March 27, 2012
DAP Hina Raja Melayu,Tukar Lirik Negaraku.
Filed Under ( berita pisau, DAP ) by pisau on 27.3.12
Menghasut dan memperlekehkan sistem Raja Melayu Berpelembagaan adalah agenda utama DAP.Mereka tidak pernah menghormati raja raja melayu.
Apa yang rakyat tidak sedar ,perancangan DAP adalah selari dengan apa yang diperjuangankan oleh PKR.Perjuangan mereka kearah sebuah negara Republik Malaysia yang mirip kepada Singapura.
Perancangan mereka bukan saja mahu menukarkan perlembagaan,malah hingga menukarkan lagu kebangsaan negara.Lirik lagu Negaraku juga mahu ditukarkan dan menurut sumber rapat Pisau di Sarawak. Semasa pilihanraya negeri Sarawak didalam satu majlis tertutup,DAP menyanyikan lagu negaraku versi yang sudah diubah yang membuang perkataan "Tuhan Kurniakan,Raja Kita ,Selamat Bertahta".
Banyak lagi perancangan yang dibuat oleh DAP yang orang luar tidak tahu ini termasuklah rakan rakan mereka didalam pakatan haprak.
Adalah tidak mengejutkan apabila hasutan agar membenci raja raja melayu dilakukan secara konsisten hingga rakyat sendiri melihat institusi raja raja melayu sebagai sudah tidak diperlukan dinegara ini.Ada kalangan haprak pakatan sendiri memperlekehkan kepentingan raja raja melayu.
Ingatlah menyokong DAP bermakna anda menyokong sebuah negara Republik Malaysia.
Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini gagal merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung perintah Mahkamah Rayuan yang mengarahkannya membela diri atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan membabitkan Sultan Perak, tiga tahun lalu.
Ia berikutan keputusan panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan notis usul pihak pendakwaan yang memohon agar rayuan itu diketepikan tanpa mendengar meritnya.
Dengan keputusan tersebut, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dijadual memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi pada 30 dan 31 Mei ini.
Karpal mengemukakan rayuan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Jun 2010 yang melepas dan membebaskannya tanpa dipanggil membela diri.
Peguam terkemuka itu dituduh mengeluarkan perkataan berunsur menghasut terhadap Sultan Perak di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di ibu negara di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009. - UTUSAN
Pisau kata " Wajib hapuskan DAP"
Related Posts : berita pisau, DAP
Read more: http://www.pisau.net/2012/03/dap-hina-raja-melayutukar-lirik.html#ixzz1sxv53UYG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment