PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, April 10, 2012
GEMPAR! Kereta Ferrari Azmin Ali Terbakar?
Posted on
Sabtu, 17 Mac 2012
by
MymassaVoice
in
Kereta Ferrari siapa yang terbakar ni?
Ferrari Terbakar, Pemandu Sempat Selamatkan Diri
SEREMBAN: Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi Sabtu.
Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.
Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.
Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.
Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata, sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.
Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit.
"Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya. - BERNAMA
Bila MyMassa tengok gambar kereta tu, teringat pula dengan seorang pemimpin politik yang menyimpan kereta Ferrari di rumahnya.
Apa cerita kereta Ferrari Azmin sekarang ni?
*Rafizi tak nak dedahkan pasal kereta mewah pemimpin berjiwa rakyat ni ke.
Posted by MymassaVoice on Sabtu, 17 Mac 2012 at 11:33 PTG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment