Friday, April 6, 2012

Puak-puak Pakatan Rakyat dah mula main tarik tali tentang Isu pelaksanaan Hudud. Penulis dah kata sememangnya isu hudud ini buah tangan Pas sebelum piliharaya umum sahaja untuk menarik sokongan rakyat dan pengundi kepada parti yang kian hilang sokongan orang melayu dan islam. Dan sememangnya Pas terpaksa melalui rintangan amat besar bila berada didalam Pakatan Longgar kerana keputusan perlulah dibuat dalam satu meja bulat terdiri dari DAP dan PKR. Walaupun pelaksanaan hudud tiada kena mengena dengan orang bukan islam tetapi itulah hakikat bila Pas dah ada tuan seperti DAP….hehehe. Nah hari ini keluar cerita terbaru pulak Pakatan Rakyat secara sebulat suara bersetuju untuk mengarahkan agar kesemua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pelaksanaan hukum hudud sehingga mesyuarat parti komponen itu berlangsung Rabu ini. Itu lah kesan yang harus ditanggung oleh PAS sudah terang pelaksanaan hukum hudud gagal bukan kerana halangan kerajaan pusat seperti puak ini dakwa-tetapi kekangan dari Pakatan Longgar ini sendiri. Penulis cukup suka kepada Bik Aziz bila beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini : Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat berkata beliau tidak kisah sekiranya DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian Kerajaan Kelantan untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri itu. Mursyidul Am PAS itu dipetik sebagai berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu. Hishhhh mustahil kali ini untuk Dap mendengar kata-kata Pas. Jomlah kita tunggu dan lihat apa resolusinya keputusan pertemuan pada hari rabu nanti. Sabun di bilik mandi!! Sabunnnnnnnnnn!!!! FROM...http://penaksj.wordpress.com/2011/09/26/pas-mana-sanggup-potong-tangan-polemik/

No comments:

Post a Comment