PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, April 29, 2012
Sebelum Anwar mempopularkan perkataan reformasi dan konspirasi, rakyat Malaysia jarang mendengar dan menyebut ke dua-dua perkataan itu kecuali setelah dipopularkan secara giat oleh Anwar sejak tahun 1998. Reformasi bermaksud perubahan. Konspirasi membawa maksud pakatan yang sering membawa makna yang negatif, konspirasi bolehlah diistilahkan sebagai 'pakatan jahat'.
Tun Mahathir dituduh melakukan konspirasi menjatuhkan Anwar pada tahun 1998 dengan membawa isu salah laku moral dan salahguna kuasa. Kononnya ianya satu pakatan jahat untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.
Tun Mahathir berkali-kali menegaskan bukan mudah untuk melakukan pakatan jahat atau konspirasi ini. Ia mungkin melibatkan lebih 100 orang mengikut perkiraan Tun M. Tambahnya lagi pakatan jahat ini berkemungkinan besar akan terbongkar satu hari nanti atas kepentingan-kepentingan tertentu. Agak sukar untuk mengawal mana-mana individu untuk menyimpan rahsia pakatan apatah lagi jika melibatkan ramai orang atau banyak pihak.
Setelah 13 tahun selepas Anwar dipecat, belum ada seorang pun yang tampil untuk membongkar konspirasi yang didakwa Anwar itu. Malah saman Anwar terhadap Tun M kerana memecat beliau juga kecundang. Tambahan pula, Tun M mengulangi di dalam bukunya 'A doctor in the house' bahawa memecat Anwar bukan satu kesilapan walaupun sepanjang 22 tahun pemerintahannya beliau mendakwa banyak melakukan kesilapan.
Hari ini, konspirasi Anwar pula yang terbongkar. Konspirasinya untuk menyekat Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri telah dibongkar oleh ayam tambatannya sendiri. Sepanjang tiga minggu sudah, video seksnya turut dibongkar oleh teman sosialnya juga. Malang sungguh nasib Anwar, rakan-rakannya tidak setia seperti mana setianya Azmin Ali dan Wan Azizah.
Selepas Datuk Trio, giliran Raja pembohong dan raja pembelit pula. Raja ni dah tak sanggup lagi berbohong. Pengendali Malaysia Today Raja Petra mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri. klik di sini.
Pendedahan Raja Petra Di Sebalik Dakwaan Terhadap Penglibatan Datin Seri Rosmah Dalam Pembunuhan Altantuya. klik di sini
Sama ada ianya akan dikaitkan dengan Pilihara Negeri Sarawak atau tidak, kita tunggu penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk video seks dan saman Anwar kepada Raja Petra. Pokoknya suasana politik Malaysia semakin menarik dan mencabar.
Amir Hamzah
Batu Pahat
Posted by amirhamzah64/ 64أمير حمزه at 10:38 AM
from..http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/2011/04/sekat-najib-daripada-jadi-pm.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment