PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, April 22, 2012
Semuanya kerana BALAK !
Contributed by spy_leman on Sunday, January 03 @ 09:45:06 GMT+8
Topic: KOMENTAR
Spy kesian tengok parti Pas di Kelantan. Macam-macam musibah dok timpa puak-puak serban besar Pas disitu. Mungkin ini adalah kerana "kemukjizatan" Spiritual Leader Pas iaitu Nik Aziz yang telah mohon doa bala dari tuhan.
Sejak Syed Azidi @ Kickdefella ditendang keluar dari politik Pas Kelantan, pelbagai masalah menghimpit pentadbiran di negeri tersebut. Semua orang beranggapan perebutan kuasalah yang menjadikan Kelantan huru hara dan juga berantakan.
Tapi bagi spy, pergolakan diantara bangsawan-bangsawan Pas Kelantan cuma hanya kerana satu perkara. BALAK !!!
Tahukah semua, bahawa lebih 30'451 hektar kawasan balak telah diusahakan oleh kerajaan negeri Pas dari tahun 94-95 hinggalah tahun 99-00 dengan perolehan sebanyak RM 361.77 juta. Itu bagi tahun sebelum awal millenium dan sebelum harga kayu balak meningkat hingga keperingkat tertinggi pada tahun 2000 hinggalah sekarang.
Tak usah cakaplah perolehan kerajaan Pas Kelantan pada masa kini didalam industri balak kerana ia pastinya berlipat kali ganda kerana harga balak sudah meningkat didalam pasaran tempatan dan juga luar negara.
Bayangkanlah, 3 hingga 4 juta ringgit Malaysia berbentuk kutipan cukai dikutip oleh Jabatan Perhutanan negeri Kelantan setiap bulan hanya bagi hasil balak dari Gua Musang, Kuala Krai dan juga Machang !
Tak ramai yang sedar sudah lebih 20 tahun pemimpin-pemimpin Pas Kelantan memanipulasi serta memonopoli kepentingan pembalakan di negeri itu. Rakyat negeri itu sendiri tak sedar bahawa industri balak telah menjadikan beberapa pemimpin Pas Kelantan kaya raya sedangkan negeri Kelantan masih tak membangun sepenuhnya.
Sejak beberapa lama, kelompok pemimpin Pas Kelantan dilihat bijak mengaburi mata masyarakat berkenaan hasil balak Kelantan, namun semuanya semakin terdedah berikutan perebutan pengurusan hal ehwal balak dikalangan mereka.
Dikhabarkan kepada spy, banyak pihak yang tak berpuas hati kepada Husam kerana dikatakan Husam terlalu mengawal dan ingin memonopoli sepenuhnya industri pembalakan Kelantan. Apabila tak dapat projek balak, meroyanlah pihak-pihak ni. Ini tak terkecuali juga dengan anak Nik Aziz sendiri.
Kemelut perebutan balak di Kelantan telah sampai ke peringkat dimana tuduh menuduh dan tikam belakang berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin Pas negeri tersebut. Husam pula telah dituduh oleh pelbagai pihak, mencuri hasil balak disebabkan dia yang bertanggung jawab menjaga hal ehwal balak di negeri itu.
Cuba kita lihat isu menantu kesayangan Nik Aziz. Ini semuanya hanya kerana perebutan hak pemilikan balak yang merupakan industri paling menguntungkan di negeri Kelantan. Penyingkiran Kickdefella hanyalah langkah permulaan bagi legasi keluarga Nik Aziz untuk menguasai monopoli konsesi balak yang kini dikuasai oleh Husam.
Ariffahmi merupakan seorang yang bijak. Tetapi sebagai diantara komrad legasi Nik Aziz, Ariffahmi tidak cukup "cunning" untuk menewaskan Husam. Walaupun dibarisi oleh soldadu-soldadu berpengalaman dikalangan pemimpin Pas Kelantan, kelompok yang dikepalai oleh Ariffahmi nyata tidak dapat menandingi kehebatan "conman" Husam didalam pengaruh politik di Kelantan.
Rahsia kekebalan dan kecemerlangan Husam hanyalah satu..., ANWAR IBRAHIM !!!
Jika diteliti, kini semua perkara yang berbangkit di Kelantan semuanya berkaitan dengan balak negeri. Daripada isu defisit negeri hinggalah yang terbaru iaitu pembayaran pampasan berjumlah 800 juta kepada sebuah konsesi balak di negeri tersebut. Semuanya berkait rapat dengan kerja cucuk jarum dan juga pakat-pakat tikam belakang oleh pihak-pihak didalam Pas yang berebutkan balak.
Siapa kata Pas tak pentingkan keduniaan? Cuba selak didalam jubah masam pemimpin-pemimpin Pas atau pun disebalik serban besar bakul diatas kepala mereka. Mesti ada kurap atau panau yang bersimbolkan ringgit Malaysia @ Riyal disitu.
Tak payah nak korek dalam-dalam, lihat saja "kuda" anak Nik Aziz didalam kandang rumahnya di Pulau Melaka tu. Lepas itu, cuba jeling-jeling Rextron sorang sebijik "tunggangan" pemimpin-pemimpin Pas Kelantan. Semua tu dah cukup untuk kita menilai sejauh manakah "zuhud"nya Pas di Kelantan.
Rumah buruk Nik Aziz di Pulau Melaka??? Itu semua cuma replika untuk membahlolkan pencacai-pencacai Pas saja. Hanya yang buta perut saja percaya semua lakonan tu.
Kini pergolakan berebutkan kepentingan balak Kelantan diantara geng-geng keluarga Nik Aziz dan geng-geng Husam semakin menghampiri kemuncak pertelagahan. Ini semua semakin membebankan kepala orang tua wali selipar tersebut hinggakan meroyan meracau macam budak kecil kehilangan belon. Mungkin sebab itulah blog anak sendiri pun diseranahnya "celako" oleh Pok Nik.
Kemelut ini takkan selesai didalam masa terdekat. Para soldadu-soldadu murahan Pas di alam siber juga telah terbahagi kepada beberapa kelompok akibat pergolakan ini.
Malah, jika Nik Aziz meletakkan jawatan Menteri Besarnya pun tak akan mampu menjernihkan keadaan. Ini adalah kerana pada ketika ini, hanya tinggal Nik Aziz yang menjadi dinding penghadang kepada beberapa pihak bertelagah ini.
Jika tiada orang tua nyanyuk tu, "perang balak" lah gamaknya di negeri serambi tokong nun.
Mungkin sebab tu lah Nik Aziz masih belum mahu melepaskan jawatan yang disandangnya. Ini kerana dia sedar akan masalah serta sakit yang semakin parah didalam pentadbiran Pas Kelantan.
Cuma pencacai bawahan Pas sahaja yang masih pendek akal untuk menyedari wayang politik para bangsawan Pas Kelantan ini.
Spy leman melaporkan dari pusat pembenihan balak, jajahan Gua Musang Kelantan.
from..http://arkib.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=8811
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment