DERMA LEBUHRAYA RAKYAT ATAU DERMA DANA PILIHANRAYA WAHAI HUSAM MUSA?
Setelah
kegagalan KOHILAL, kegagalan pelbagai projek yang digerakkan oleh Husam
Musa dan kegagalan Husam Musa untuk menyebat lebih banyak dana rakyat,
kini Husam Musa muncul lagi dengan projek terkini iaitu LEBUHRAYA RAKYAT
KUALA KRAI-KOTA BHARU!
Projek Lebuhraya berkenaan
sebenarnya telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan lama dahulu. Namun
kerenah para pemimpin PAS dan kepimpinan Negeri Kelantan yang cuba
bermain kongkalikong terutama yang membabitkan pengambilan tanah
melibatkan sebuah kawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan kajian
biologi, telah menyebabkan ianya tertangguh.
Tidak
lama dahulu, Husam Musa telah membuat pengumuman yang Kerajaan Negeri
Kelantan akan meneruskan projek Lebuhraya berkenaan yang akan menelan
belanja lebih kurang RM2 bilion walaupun perolehan KERAJAAN NEGERI
KELANTAN LEBIH BESAR DATANGNYA DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN berbanding
pendapatannya sendiri.
Baguslah sebenarnya
projek berkenaan. Kalau hendak disalahkan kepada Kerajaan Persekutuan
kerana tidak meneruskan projek berkenaan yang telah diluluskan lama
dahulu pun tidak boleh memandangkan kuasa tanah di Kelantan berada di
bawah Kerajaan Negeri sendiri. Kerajaan Negeri boleh bermain
kongkalikong dengan para penyokong mereka, tetapi rakyat Malaysia yang
terbuka biji mata, yang ada ilmu pengetahuan dan yang berfikiran terbuka
akan sedar, projek lebuhraya tersebut telah dijadikan bahan politik
oleh kepimpinan PAS Kelantan menerusi tolak tarik mereka membabitkan
sebuah kawasan tanah yang sangat kaya dengan balak!!!
Laluan
asal lebuhraya tersebut telah diminta oleh Kerajaan Persekutuan untuk
dilencongkan agar kawasan pembalakan berkenaan DISELAMATKAN tetapi
keengganan Kerajaan Negeri, menjadikan projek tersebut tergendala.
Sekarang,
Kerajaan Negeri Kelantan, selepas 22 tahun, barulah hari ini Nik Aziz
buat program pecah tanah sebelum Husam Musa pula mengambilalih projek
menebang balak besar-besaran kononnya untuk projek lebuhraya.
Ada
pecacai yang mengatakan kononnya lebuhraya tersebut akan menyelamatkan
kocek rakyat Kelantan dan mereka tidak perlu membayar tol. Walhal Husam
Musa sendiri telah menyatakan, lebuhraya tersebut akan dikenakan tol
sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan yang membinanya. Manakala Mustapha
Mohamed pula berjanji, sekiranya Kerajaan Persekutuan yang membinanya,
maka rakyat Kelantan akan menikmati kemudahan lebuhraya tersebut secara
percuma.
Apa yang diperlukan oleh Kerajaan
Persekutuan hanyalah persetujuan Kerajaan Negeri Kelantan untuk
melencongkan laluan lebuhraya tersebut dari kawasan yang telah
digazetkan untuk kajian biologi... sesuatu yang enggan dilakukan oleh
Husam Musa dan Kerajaan Negeri Kelantan kerana wujudnya balak-balak
bernilai tinggi di situ!!!
Lebuhraya yang
termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-9 itu nampaknya telah digunakan
oleh PAS Kelantan untuk mendapatkan kredit dengan jayanya. Dan yang
paling menarik ialah apabila PAS Kelantan dengan JUAHNYA berkata, mereka
MERANCANG pembinaan lebuhraya berkenaan walaupun hakikatnya,
perancangan awal dan asal adalah DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN!
Dan sama ada sedar atau tidak PROJEK MEMBINA JALAN BARU KOTA BHARU-KUALA KRAI (P27310001210000) sedang dalam pembinaan oleh KEMENTERIAN KERJA RAYA, bukannya KERAJAAN NEGERI KELANTAN dan pembinaan tersebut mengikut jadual!!!
Ironinya,
sudah ada yang mula mengutip derma untuk LEBUHRAYA HUSAM MUSA dengan
menamakannya sebagai DERMA JIHAD LEBUHRAYA KE SYURGA....
Bab-bab
nak kutip derma dan dapat duit sedekah, memang tersangat pandai.
Bab-bab nak tebang balak juga sangat pintar... cuma bab nak menyediakan
prasarana kepada rakyat SEPERTIMANA TUNTUTAN ISLAM itu yang tak
pandai-pandai walaupun dah 22 tahun memerintah dan berjenamakan ulama!!!
FROM.. http://theflyingkick.blogspot.com/2012/05/derma-lebuhraya-rakyat-atau-derma-dana.html
No comments:
Post a Comment