Tuesday, May 1, 2012

GEMPAR!! CALON PAS HIDUP DENGAN DIVIDEN FELCRA. PAS terus memainkan isu FELDA dan Kerajaan BN gagal menjaga kebajikan dan nasib peneroka dengan baik termasuk mengabaikan kepentingan peneroka. Hampir setiap ceramahnya terutamanya di FELDA, PAS/PR akan memainkan isu ini. Berdegar-degar pemimpin mereka menghebahkan isu ini bagi meraih sokongan peneroka kepada PAS. Tetapi PAS lupa sebenarnya calon PAS kini iaitu Hasanuddin Salim sebenarnya hidup senang dengan dividen FELCRA. Hasanuddin adalah salah seorang penerima Tanah GSA (Tanah Anugerah Kerajaan Kepada Rakyat) FELCRA iaitu sebanyak 4 EKAR di Berhala Gantang, Mukim Sanggang. Hasanuddin juga menerima dividen daripada kerajaan sebanyak 4 kali setahun sebanyak RM 4000 setiap pembayaran sejak tahun 2006. Disini jelas menunjukkan bahawa Hasanuddin telah menutup peluang rakyat miskin untuk memohon tanah tersebut. Sebagai orang yang berkemampuan Hasanuddin sepatutnya perlu mementingkan keperluan rakyat miskin daripada keperluan sendiri memandangkan beliau seorang peniaga yang mempunyai kemahiran dalam bidang ukur tanah dan mampu memperolehi rezeki dari sumber yang lain. Sikap ini jelas memperlihatkan sifat sebenar pemimpin PAS yang tamak harta rakyat untuk kesenangan diri sendiri. Adakah ini ajaran Islam yang sebenar sedangkan semua orang mengetahui Islam menganjurkan kesederhanaan dan pemimpin perlu mengutamakan keperluan rakyat terlebih dahulu daripada keperluan pemimpin sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Adakah pemimpin PAS ini tidak mengetahui perkara ini. Mustahil kerana pemimpin PAS yang dikatakan berguru dengan TGNA semestinya lebih arif dalam hal ini. Jika ini yang diamalkan bagaimana hendak mempersoalkan kemampuan FELDA dan Kerajaan BN dalam menjaga hak dan kebajikan rakyat. Tidak malukah pemimpin PAS yang menjaja cerita bahawa pemimpin BN yang mengamalkan penyelewengan sana sini tetapi pada masa yang sama PAS turut membuat perkara yang serupa. Perlu diingat bahawa ALLAH melaknat terhadap pemimpin yang berlaku zalim kepada rakyat sedangkan beliau mengetahui perkara tersebut adalah salah. Tidakkah Hasanuddin takut dengan pembalasan ALLAH di akhirat nanti. Sesungguhnya pemimpin PAS lebih mengetahui perkara ini tetapi sengaja untuk tidak mengambil peduli asalkan kepentingan peribadi diutamakan. Bagaimana agaknya jika dibiarkan pemimpin PAS menguasai FELDA, tentu lebih banyak tanah akan diberikan kepada pemimpin PAS serta kroninya. Maklumlah tanah FELDA amat luas. Jelaslah pemimpin PAS hanya bertopengkan agama Islam untuk terus menagih kepercayaan rakyat sedangkan pada masa yang sama pemimpin PAS juga menodai kesucian agama Islam itu sendiri. Wallahua'lam. Takbir.... Rupa-rupanya Hasanuddin pun nak jugak tanah rakyat, bukan setakat generasi kedua FELDA jer....yang nak. Lepas ni ramai-ramai jumpa dia mintak tanah. Posted by Perompak Cinta at 2:07 AM 1 comments: Anonymous said... LAA, DIO PUN "KAKI SAPU JUGOK" March 2, 2011 12:25 PM FROM..http://wayangkulitmoden.blogspot.com/2011/03/gempar-calon-pas-hidup-dengan-dividen.html

No comments:

Post a Comment