Sunday, May 27, 2012

Muzakarah Hanya Bargaining Power PAS Untuk Tuntut Kerusi Dari DAP & PKR. @najibrazak @tunfaisal

Muzakarah Hanya Bargaining Power PAS Untuk Tuntut Kerusi Dari DAP & PKR. @najibrazak @tunfaisal



1. Dalam masa pilihan raya makin hampir, parti politik sedang menghitung hari, tugas yang paling getir antara parti-parti yang berpadu membentuk perikatan atau pakatan adalah pengagihan kerusi untuk parti-parti tersebut bertanding.

2. Pengagihan kerusi perlu diselesaikan sebelum Parlimen atau DUN dibubarkan bagi mengelakkan pertelingkahan dalaman antara Barisan Nasional atau Pakatan Pembangkang seterusnya mewujudkan pertandingan lebih daripada 2 penjuru (tidak termasuk calon bebas).

3. Walaupun telah berpadu secara tidak rasmi sebelum PRU 2008, masih ada beberapa kerusi yang melibatkan pertembungan dua calon parti pembangkang melawan calon Barisan Nasional dalam PRU tersebut seperti di Parlimen P190. Tawau (DAP dan PKR), P196. Stampin (DAP dan PKR) dan P212. Sibu (DAP dan PKR).

4. Ketika ini, beberapa parti komponen BN telah mula menghantar nama calon mereka bertanding di kerusi-kerusi yang telah diagihkan sebelum ini. Bagi BN, pengagihan kerusi bukan satu masalah besar kerana konsep perkongsian kuasa antara parti komponen BN telah dibuat sejak mereka di bawah Parti Perikatan lagi. Apa yang lebih baik adalah, UMNO sebagai tunjang BN telah berpegang pada janji mereka kepada parti komponen lain. Sebagai contoh, pada PRK Hulu Selangor, UMNO masih mengekalkan kerusi Parlimen tersebut kepada MIC walaupun ada suara-suara akar umbi mahu UMNO bertanding di kawasan majoriti Melayu.

5. Bagi pembangkang, mereka masih lagi berkira-kira untuk mengagihkan kerusi. Walaupun jika di kira dari kekuatan jentera parti, PAS lah yang patut mendominasi Pakatan Pembangkang. Atas nama setiakawan dan persefahaman dalam pembangkang, beberapa kerusi tradisi PAS telah diserahkan kepada PKR. Apa yang menjadi masalah adalah, beberapa kerusi di Perak yang telah sebelum ini menjadi kerusi tradisi PAS, apabila diserahkan kepada PKR, wakil rakyat tersebut telah lompat parti sehingga menyebabkan Kerajaan Perak yang bermenteri besar dari PAS tumbang.

6. Oleh sebab itu, PAS sudah berkira-kira untuk mengambil beberapa kerusi yang 'dipinjamkan' oleh mereka kepada PKR. Masalah utama di sini adalah, Anwar Ibrahim terlalu mendominasi kepimpinan pakatan pembangkang sehinggakan PAS hampir-hampir tiada hak untuk bersuara dalam mesyuarat tertinggi pakatan pembangkang. Sehinggakan tunjang perjuangan PAS iaitu Negara Islam dan hukum hudud pun dicantas oleh Anwar Ibrahim dengan alasan tiada dalam Buku Jingga.

7. Oleh yang demikian, PAS memerlukan BARGAINING POWER untuk bersuara dalam hal pengagihan kerusi yang sedang berlangsung ketika ini antara parti pakatan pembangkang. Dan BARGAINIG POWER yang paling kuat yang ada pada PAS ketika ini adalah muzakarah dengan UMNO. Kenapa muzakarah menjadi bargaining power PAS? Kerana dalam pembangkang, hanya PAS sahaja yang mempunyai keupayaan untuk berbincang dengan UMNO atas nama Islam dan Melayu. PKR pula tiada peluang untuk bersemuka dengan UMNO selagi berketuakan Anwar Ibrahim. Manakala DAP sememangnya tidakkan menjatuhkan ego mereka demi berjumpa UMNO.

8. Untuk mengugut DAP dan PKR melalui bargaining power yang mereka ada, PAS perlu mewujudkan SENARIO untuk ke arah itu. Maka ucapan Haji Hadi dan Nik Aziz menjadi detik permulaan kepada isu ini mula dimainkan oleh media arus perdana. PAS cuba membeli masa untuk memanjangkan isu ini dengan berdolak dalih dan mengenakan syarat yang pelbagai kepada UMNO. Strategi mereka mudah. Selagi isu ini dimainkan, selagi itu mereka boleh menundukkan DAP dan PKR. Dan seboleh-bolehnya, PAS cuba bermain isu ini sehingga pengagihan kerusi antara parti pembangkang selesai.

9. Oleh sebab itu, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional perlu berhati-hati dengan permainan licik PAS. Begitu juga media arus perdana dan pejuang siber pro Kerajaan. Kita perlu berhati-hati supaya tidak menari mengikut gendang yang dipalu oleh PAS ketika ini. Biar pemimpin jual mahal kerana itu juga yang PAS lakukan ketika pemimpin UMNO dengan ikhlas mengajak bermuzakarah beberapa tahun yang lepas.

10. Selain daripada bargaining power, isu muzakarah juga digunakan oleh PAS untuk meraih semula sokongan akar umbi mereka yang sekarang ini melihat PAS lebih mementingkan kerjasama pakatan pembangkang sehingga sanggup menggadaikan perjuangan asal mereka iaitu Negara Islam dan hukum hudud.

11. Kesimpulannya, PAS kini semakin terdesak. Apa sahaja tindakan PAS kini dan selepas ini perlu dinilai dan dianalisa kerana orang yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamatnya.


*Mohon rakan-rakan sebarkan maklumat ini jika terlihat propaganda PAS yang cuba 'menjual' isu ini kepada UMNO di Facebook atau Twitter.


from..http://mymassa.blogspot.com/2012/05/muzakarah-hanya-bargaining-power-pas.html

No comments:

Post a Comment