Wednesday, May 30, 2012

Samad Said pentingkan Ambiga dari si marhaen


A.Samad Said ....cukup sensitif bilamana melihat Ambiga dalam kerisauan, tak segan silu meminta pihak berkuasa menghulurkan tangan bagi membela kehidupan Ambiga yang dikatakannya sedang terancam.

Pandailah pula bercakap soal ketenteraman dan hak privasi walhal sewaktu menganjurkan siri demonstrasi jalanan tak pernah pula Ambiga mahupun Pak Samad nak fikirkan hak jutaan orang awam lain yang dinafikan sesuka hati.

Waktu peserta Bersih 3.0 dengan selamba badaknya menjadikan jalan-jalan sekitar ibukota semacam tempat perkelahan dan riadah siap ada yang meniarap ala planking tidak pula Pak Samad hatta Ambiga sekalipun menganggapnya sebagai kerja-kerja yang tidak bermoral yang melampau batas.

Menurutnya, pihak berwajib seharusnya tampil membela nasib Ambiga kerana tindakan beberapa pihak yang membuat demonstrasi ‘aman’ di kediaman Ambiga sebagai melampaui batas.

“Jika kerajaan dan pihak berwajib senyap, ini bermakna mereka menyokong kerja-kerja tidak bermoral ini. (A. Samad said, Sinar Harian)

Baca sepenuhnya di MyKMU

Puh .... dalam bersyair dan sajak, dia bercakap mengenai penjaja, nelayan miskin dan orang marhaen. Dia juga meyuarakan kebencian pada penjajah.

Penjaja terjejas disebabkan Bersih yang dia pimpin. Kenapa Ambiga yang duduk di Damansara yang dia lebih risaukan?

AMbiga ngaku dibiayai kuasa penjajah Amerika NDI, NED, kenapa Ambiga yang Samad Said bela? 
 
FROM.. http://theunspinners.blogspot.com/2012/05/samad-said-pentingkan-ambiga-dari-si.html

No comments:

Post a Comment