Anwar ada masalah “erectile dysfunction”? Mati pucuk???
September 29, 2011 · 19 Comments
Perbicaraan bela diri kes liwat II Anwar
Ibrahim dijadualkan bersambung pada 3 hingga 7 Oktober ini. Menurut
barisan peguambela Anwar, mereka akan memanggil Dr. Thomas Hoogland yang
di”import” khas dari Jerman. Untuk rekod, Dr. Hoogland merupakan doktor
yang bertanggungjawab merawat penyakit “tulang belakang” Anwar ketika
dilepaskan dari “kandang” oleh Pak Lah suatu ketika dahulu.
Untuk apa dipanggil Dr. Hoogland datang
ke Malaysia untuk menjadi saksi pembelaan kes liwat Anwar ini? Beberapa
spekulasi telah didedahkan berhubung tujuan Anwar memanggil Dr. Hoogland
bergegas ke Malaysia untuk memberi keterangan.
Antaranya ialah Dr. Hoogland dijangka
membuktikan di mahkamah bahawa keadaan fizikal Anwar adalah sangat lemah
untuk membolehkannya meliwat Saiful yang lebih muda dan bertenaga
berbanding Anwar. Atau yang paling “desperado” ialah berkemungkinan
besar Dr. Hoogland akan mengejutkan mahkamah dengan mengatakan bahawa
Anwar sudah mati pucuk!
Anwar lemah? Benarkah dia lemah? Sebelum
ini anak perempuannya, Nurul Izzah, memberi gelaran “Papa Hebat” kepada
Anwar berdasarkan kecergasan dan cara hidup Anwar yang “hyper” aktif ke
sana ke mari untuk berpolitik. Menurut Izzah, stamina papanya itu
mungkin agak sukar ditandingi oleh orang muda sepertinya.
Begitu juga dengan isteri Anwar sendiri
iaitu Kak Wan yang menjelaskan bahawa Anwar rajin bersenam dan pandai
menjaga kesihatan tubuh badan, terutama ketika Anwar di dalam “kandang”
di “Bamboo River”! Malah menurut Kak Wan, kerana itulah perut Anwar tak
boroi (tak boroi atau Anwar pakai bengkung di perut?)!
Sebenarnya, sekiranya Anwar lemah sekali
pun, namun Saiful Bukhari ‘lebih lemah” dari Anwar, maka aktiviti liwat
itu akan berlaku juga. Mungkin Saiful ketika itu dilihat “gagah” diluar,
namun berhadapan dengan “boss paling besar” yang menjadi tempat dia
cari makan dan bergantung hidup, adalah sangat berkemungkinan besar
Saiful akan menjadi “sangat lemah” dan berada dalam situasi “paksa
rela”.
Namun, mujurlah dia “terkejut” dengan
siri liwat pertama dan kembali “gagah” selepas menyedari dirinya
diperkosa. Mujurlah dia tersedar dipergunakan Anwar dari terus menjadi
mangsa nafsu songsang Anwar dan membuat laporan polis. Jika dia jadi
macam Azizan, Dr. Munaweer dan lelaki yang mengaku diliwat Anwar depan
Taib Azamuddin, bagaimana? Alamatnya “bolos” teruk la Saiful…
Justeru itu, kemungkinan untuk peguambela
Anwar membuat “auta” di mahkamah dengan mengatakan bahawa Anwar lemah
fizikalnya untuk meliwat Saiful adalah sangat lemah alasannya. Amat
payah untuk membuktikan perkara tersebut di hadapan hakim yang terkenal
dengan ketelitian dan keadilannya, Hakim Yang Arif, Datuk Zabidin Mohd
Diah.
Maka tinggallah satu alasan lagi iaitu “Anwar mati pucuk”!
Namun, beranikah Anwar, barisan
peguambela Anwar dan Dr. Hoogland mengakui bahawa Anwar sememangnya
disahkan mati pucuk? Berani? Mahu mahkamah gamat dengan gelak ketawa?
Mahu Anwar dimalukan begitu? Sanggupkah Anwar dimalukan hingga begitu
semata-mata untuk mengelakkan diri dari hukuman mahkamah di dunia?
Baiklah. Katakanlah Anwar berani
menanggung risiko malu besar itu dan disahkan mati pucuk. Lagipun, Anwar
memang spesis “haiwan” yang tak tahu malu dan tidak mustahil dia
sanggup mengaku begitu akibat sangat terdesak mencari keraguan kes.
Faktanya, Anwar mati pucuk dan tak mampu meliwat Saiful.
Namun, bagaimana pula DNA lelaki Y berada
di dalam lubang dubur Saiful? DNA tersebut diekstrak oleh Dr. Seah Lay
Hong, seorang pakar DNA dari Jabatan Kimia Malaysia yang diiktiraf
antarabangsa! Kalau nak tolak pun pembuktian kes oleh Dr. Seah,
bagaimana pula kes-kes orang kena tuduh (OKT) yang didapati bersalah
dari sudut kajian saintifik DNA oleh Jabatan Kimia itu sebelum ini?
Apakah beratus-ratus banduan itu tidak
bersalah dan ujikaji dari Jabatan Kimia tidak sah di sisi undang-undang?
Apakah “judicial precedent” sebelum-sebelum ini yang membabitkan
Jabatan Kimia itu perlu dibukakan fail-fail kes semula? Tak masuk dek
akal pemikiran yang logik pun…
Menurut sumber yang saya terima baru-baru
ini juga menyatakan bahawa Anwar pernah menjalani ujian “erectile
dysfunction” yang memeriksa sama ada “benda alah” Anwar itu berfungsi
atau sebaliknya. Khabarnya, Anwar telah diperiksa oleh seorang doktor
berbangsa India dan didapati “benda alah” itu masih berfungsi seperti
biasa.
Lagipula, video rakaman skandal seks
Anwar yang telah dibuktikan tulen secara saintifik dan 99% adalah Anwar
oleh pakar luar negara jelas membuktikan Anwar tidak mati pucuk. Malah,
“benda alah” itu disifatkan begitu “ganas” beraksi merodok
“lubang-lubang” yang ada! Masih lagi mahu membuktikan Anwar mati pucuk?
Cukuplah Dr. McDonald sebelum ini
dimalukan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dengan
melondehkannya sebagai “pakar” palsu yang tidak punya sebarang
pendidikan formal mengenai DNA dan genetik secara khusus. Kali ini
giliran Dr. Hoogland pula untuk dimalukan? Teruk betul cara pemilihan
saksi pembelaan oleh Anwar…
Justeru itu, kehadiran Dr. Hoogland ke
Malaysia kali ini tidak lebih daripada “pakej pelancongan tajaan Anwar”
sahaja. Cuma, Dr. Hoogland perlu ke Mahkamah untuk beri keterangan
beberapa hari dan kemudiannya boleh melancong di negara ini sehingga
tamat tempoh imigresen. Setidak-tidaknya, Anwar telah berjaya membuang
masa mahkamah dan menangguhkan pendengaran hukuman untuk kembali ke
“Bamboo River”…
No comments:
Post a Comment