DIN PUDU SUGUL DAP MAHU JAWATAN MB JOHOR
Kesian kat Din Pudu. Muka nampak sedih malah bunyi cakapnya lagilah sedih. Seolah-olah ada sesuatu yang terbuku.
Dalam
Majlis Makan Malam dan Dialog Wartawan pemimpin PR semalam, Din berkata
dia balik dan bertanding di Johor bukan berhasrat untuk mahu menjadi
MB. Menurut Din, Johor ada Pesuruh Jaya PAS yang berkaliber iaitu Datuk
Mahfodz Mohamed.
Cuma
aku rasa, kalau setakat Mahfodz sahaja yang nak jadi MB Johor, mungkin
nada Din Pudu agak lain sikit. Mungkin ada tekanan lain buat Din Pudu
bila dia juga berkata,
"Begitu
juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinan bekas pemimpin MCA
yang kini bersama PR iaitu Datuk Chua Jui Meng manakala DAP pula dengan
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau yang sudah
menunjukkan kemampuan hebat sebagai ketua pembangkang negeri".
Apakah
maknanya Jui Meng dan Cheng Hau juga mengidam untuk jadi MB Johor? Kata
orang, kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang? Patutlah,
tempohari, Mazlan Aliman menggantung kain rentang "Menteri Besar DAP?"
di Tenggara.
Nampak
gayanya, puak PR juga dah semakin yakin memasang angan-angan untuk
menjadi MB Johor. Maknanya kalau Pakatan menang di Johor, pasti akan
bergolak juga isu siapa yang akan jadi MB. Kalau PAS, mestilah PAS yang
pass pada mata DAP.
Keyakinan
PR akhir-akhir ini semakin tinggi berikutan banyaknya rungutan rakyat
Johor terhadap Ghani Othman. Banyak isu yang Ghani gagal jelaskan kepada
rakyat, antaranya isu KFC, isu Dana Johor, isu Tebrau Teguh, isu
perjawatan guru-guru agama, isu towkey Lim Kang Ho, malahan isu Batu
Puteh dan beberapa isu lain telah mula meniti dibibir rakyat.
BN
mungkin mampu mempertahankan Johor dari PR, tetapi kalau menang,
biarlah menang bergaya. Untuk itu, Ghani Othman dan jenteranya perlu
segera menjawab persoalan-persolan serta menyelesaikan apa juga yang
tertangguh dengan kadar segera. Jika tidakpun, DS Najib perlu segera
mengumumkan pengganti Ghani ataupun mengumumkan bahawa Ghani tidak lagi
bertanding untuk PRU 13 nanti. Sekurang-kurangnya ini akan mampu
melegakan kemarahan rakyat Johor.

No comments:
Post a Comment