Harakah Fitnah, Dato T Dah Jadi Trio UMNO Pulak!!
April 21, 2011 · 37 Comments
Umum tahu bahawa Harakah adalah lidah
rasmi PAS yang gagal menyebarkan matlamat perjuangan parti itu melalui
pengedaran umumnya. Buktinya, dah beberapa pilihanraya kecil dan
pilihanraya negeri yang menyaksikan lidah bercabang PAS ini gagal sama
sekali untuk membantu kemenangan calon-calon PAS disebalik cakap-cakap
besar mengenai harapan dan perubahan.
Sebab itu pada malam kemenangan BN besar dalam pilihanraya negeri Sarawak, capaian ke Harakah ditutup, malulah tu.
Yang lebih utama pada PAS sekarang ialah
mempertahankan Anwar Ibrahim dan skandal-skandal seks yang
menghimpitnya, dari jantan sampailah ke pelacur China yang diupah untuk
memuaskan nafsunya.
Terbaru, Dato T (Trio) yang
bertanggungjawab mendedahkan perihal buruk moral Anwar Ibrahim, kini
diubah namanya kepada Trio UMNO oleh Harakah. Dimana yang UMNO terlibat
sebab dalam 3 orang itu hanya TS Rahim saja yang ahli UMNO dan
kemungkinan Shuib Lazim, sedangkan Eskay bukan ahli UMNO pun!!
Jauh dari menjadi ahli UMNO, Eskay yang merupakan perancang utama pendedahan video adalah kawan karib Anwar sejak 1996.
Ketika Anwar menjadi Timbalan Menteri
Kewangan dulu, Eskay adalah ‘contact person’ kepada sesiapa yang ingin
menemui Anwar untuk mendapat projek-projek kerajaan – fungsi sama yang
dijalankan Teoh Beng Hock untuk pihak-pihak tertentu mendapatkan projek
kerajaan negeri Selangor seterusnya mengisi tabung dana pilihanraya DAP,
sebelum mati membunuh diri.
Pendek kata Eskay bukan dan tidak sama
sekali berkait dengan UMNO tapi dia lebih berkait dengan Anwar, oleh itu
kenapa dikaitkan dia dengan UMNO?
Hanya sebab TS Rahim ahli UMNO tidak
bolehla dikatakan UMNO terlibat, kami ada 3 juta ahli dan takkanlah UMNO
perlu dpertanggungjawabkan atas perlakuan setiap dari 3 juta orang ini
tadi!!
Apatah lagi bila tindakan undang-undang
tidak terkecuali dari 3 orang ini, kalau UMNO yang taja, sudah tentu
depa terlepas dari segala pendakwaan. Bahkan kita yakin, bila 3 orang
ini dihadapkan ke mahkamah, kos guaman dan peguam yang mewakili mereka
tidak langsung ditanggung atau berkait dengan UMNO.
Tak macam pemimpin pembangkang bila
dihadap ke mahkamah, semua pun peguam dikalangan mereka dan bayarannya
dibuat menggunakan dana awam negeri dimana mereka memerintah.
Nampaknya, sama seperti tuannya, DAP,
Harakah tidak berminat sama sekali untuk mencari kebenaran disebalik
pendedahan yang dibuat Dato T ini, yang lebih penting ialah untuk
memanipulasi pendedahan ini dan mengaitkannya dengan UMNO.
Kita tidak pastilah sama ada taktik
propaganda kotor yang sebegini direstui presiden PAS (yang baru-baru ini
tiba-tiba memeluk Presiden UMNO) atau tidak. Kalau Hadi merestui
tindakan Harakah ini, itu sama ada Hadi seorang pelakon handal seperti
mana Anwar atau Hadi sudah hilang kawalan ke atas berita-berita yang
disiarkan Harakah.
Kita nak kata kepada Harakah, taktik
sebegini terbukti merugikan PAS sendiri sebab semua pun tahu ia hanyalah
propaganda politik semata-mata.
Harakah perlu bertaubat.

No comments:
Post a Comment