Husam pendengki usah cakap banyak ... Sila jawab!!!
Bila Kerajaan beri bantuan Projek Perumahan Rakyat, masih juga mereka pertikai. Projek rumah mampu milik itu dipertikaikan oleh Husam Musa (Gambar Di atas) semalam. Kononnya beliau dakwa harga tersebut tidak sesuai dengan keluasan cadangan yang diberikan.
Dengan
adanya subsidi kerajaan diantara RM 45 ribu ke RM85 ribu akan diberikan
bagi setiap rumah tersebut. Menurut beliau dengan subsidi sebegitu
banyak, adalah lebih baik bagi rumah itu secara percuma.
Bagi salah, tak bagi pun salah. Entah apa - apa la pemimpin PAS ni fikir. Adakah
beliau mengeluarkan kenyataan tersebut kerana berasa malu sebab
Kerajaan Negeri tidak mampu membawa pembangunan sedemikian kepada
rakyatnya?
Persoalan yang paling tepat adalah adakah Kerajaan
Negeri Kelantan tidak mampu atau sengaja buat - buat tak mampu nak
usahakan projek sedemikian?
Sepatutnya
mereka bersyukur dengan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat
itu. Bukan mempertikaikannya. Jelas dengan tindakkan seumpama ini, PAS
mengakui mereka tidak mampu untuk membela nasib rakyat dalam
membangunkan kawasan Galas khususnya Negeri Kelantan secara umumnya.
Dari Semut Hitam
Sekarang
Husam perlu terangkan kenapa penduduk Kg Kesedar didengki tidak
dikeluarkan geran untuk rakyat duduk rumah yang mereka telah beli?
KESEDAR
telah membangunkan Kampung KESEDAR di Kampung Cetik, Gua Musang untuk
membantu rakyat untuk mempunyai rumah di bawah Program Basmi Kemiskinan.
Projek
untuk 142 unit rumah murah dan 150 lot tanah ini melibatkan
penduduk-penduduk Kampung Cetek dan juga kampung-kampung berdekatan
seperti Kg Mentara dan Kg Lepah Jaya. Rumah-rumah ini sudah siap dibina beberapa tahun yang lepas tetapi masih tidak dapat diduduki oleh pembeli.
Perasaan
kecewa pembeli-pembeli yang datang dari keluarga berpendapatan rendah
ini amat difahami. Tanpa geran tanah, pihak KESEDAR tidak berupaya untuk
membenarkan pembeli menduduki rumah masing-masing.
Ini kerana kuasa mengeluarkan geran tanah terletak pada pihak yang
berkuasa dalam hal ehwal tanah. Kuasa muktamad ini terletak pada
kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS.
Baca sepenuhnya di Galas untuk BN
Bau betul hati Husam ...bau masam ....
No comments:
Post a Comment