KUALA
LUMPUR 13 Jan. – Ummi Hafilda Ali mencabar Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya terlebih dahulu berhubung
kebenaran kes salah laku seks beliau sebelum mencabar pihak lain.
Katanya,
Anwar tidak perlu berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak tentang Pelan 100 Hari yang dicadangkan pakatan pembangkang
kerana ia tidak memberi sebarang faedah.
“Saya cabar Anwar
berdebat dengan saya. Saya juga cabar Azmin Ali untuk berdebat dengan
saya sebelum berdebat dengan Perdana Menteri,” katanya pada sidang
akhbar di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah penasihat undang-undang Ummi Hafilda, Mohd. Khairul Azam Abd. Aziz.
Ummi
Hafilda yang pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998
turut mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan Azmin
melakukan sumpah laknat bagi membuktikan mereka tidak terbabit dalam
segala kes salah laku seks yang didedahkannya ketika itu
“Saya
juga mencabar Anwar masuk ke mana-mana masjid bagi membuat sumpah laknat
untuk menafikan segala dakwaan yang dikemukakan saya sebelum ini jika
betul dia tidak terbabit dengan perbuatan itu,” katanya.
Ummi
Hafilda juga dalam pada itu bersumpah dia tidak pernah menerima sebarang
bayaran atau upah daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad atau kerajaan ekoran pendedahan tentang salah laku Anwar ketika
itu.
“Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak pernah
menerima walau satu sen pun upah ketika itu. Jika saya berbohong maka
saya akan dilaknat.
“Semua ini saya lakukan atas dasar perjuangan
terhadap anak bangsa saya sendiri. Kerajaan tidak pernah membayar satu
sen pun atau apa-apa pampasan kepada saya. Niat saya jelas mahu
menyelamatkan agama dan bangsa saya daripada orang yang bernama Anwar
Ibrahim,” katanya.
Ummi Hafilda berkata, dia akan mengemukakan
semua bukti penting berhubung perilaku Anwar dan yang lain di mahkamah
melalui saman yang akan difailkan nanti.
Sebelum ini, Ummi Hafilda
menyatakan akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar,
Azmin, Wan Azizah, peguam Karpal Singh dan parti Pas kerana salah laku
mereka terhadapnya pada 1997.
Daripada jumlah itu, saman terhadap
Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku
Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan
didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.
Selain
itu, Ummi Hafilda bakal memfailkan saman berjumlah RM200 juta terhadap
Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap Pas.
Dalam
pada itu, dia juga bercadang menjelajah ke seluruh negara bagi
menerangkan kepada rakyat berhubung salah laku Anwar dan konco-konconya.
“Tidak
ada sebab untuk saya takut. Malah saya tahu Anwar memang takut kepada
saya sebab itu dia tidak menyaman apabila saya menulis dalam blog
mengenai segala yang dia buat,” katanya.
SAJAK, KUASA SI NYAMUK
KERANA SI NYAMUK LAH KAU HILANG JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI
KERANA SI NYAMUK KAU MENYEMBAH BUMI
KERANA SI NYAMUK KAU TERKURUNG DALAM PAGAR BESI
KERANA SI NYAMUK KAU MAKAN HATI
KERANA SI NYAMUK KAU JADI GILA BABI
KERANA SI NYAMUK KAU TAK DAPAT TIDUR DGN SHIDAH LAGI
KERANA SI NYAMUK ORG KENAL KAU SEBAGAI AGEN YAHUDI
KERANA SI NYAMUK KAU TERPAKSA SEMBAH DAP
KERANA SI NYAMUK DIRI KAU DI LIHAT KEJI
KERANA SI NYAMUK KAU GIGIT JARI
KERANA SI NYAMUK MUKA KAU RISAU SAMPAI PUCAT LESI
KERANA SI NYAMUK ORG TAU KAU MAIN DILUAR TABII
KERANA SI NYAMUK KAU DIGELAR SIKUNYIT ABADI
KERANA SI NYAMUK ORG PANGGIL KAU PEROSAK BUMI
KERANA BISA SI NYAMUK LAH KAWAN-KAWAN BAIK KAU DTG MENCARI UMMI
KERANA KEIKHLASAN NYAMUK JUGALAH KAWAN-KAWAN BAIK KAU SANGGUP JADI SAKSI, TAK KE PELIK KUASA ILAHI
AKHINYA KERANA SI NYAMUK KAU AKAN MATI( DARI SEGI KARIER POLITIK MU, BERKUBUR, TALQIN BUAT ANUuuuuu ...WAR.
MA ROB BU KA , MANA HANG SUKA , SHURGA ATAU NERAKA?
Utusan Malaysia 13 Disember 2010
'Ummi Hafilda berkata benar'
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
KUALA
LUMPUR 12 Dis. - "Semua itu benar." Demikian tegas bekas rakan karib
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan yang mengakui kebenaran
kenyataan Ummi Hafilda Ali berhubung apa yang dilaluinya pada 1997 dan
1998 yang membawa kepada pemecatan Anwar selaku Timbalan Perdana
Menteri.
Menurut beliau, kenyataan Ummi Hafilda sememangnya tidak
boleh disangkal kerana segala fakta yang diberikan bukannya suatu
pembohongan atau konspirasi.
"Bagi saya, apa yang Ummi Hafilda
katakan itu betul. Tidak boleh dinafikan lagi. Dia tahu segalanya
termasuk abangnya, Azmin Ali yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR).
"Justeru, saya cabar 3A iaitu Anwar, Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan Azmin supaya menjawab kenyataan itu.
"Jangan jadi pengecut. Rakyat perlu tahu. Jangan berlakon lagi,'' katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas temu bual eksklusif Mingguan Malaysia berhubung rayuan Ummi Hafilda terhadap Azmin termasuk Anwar dan Wan Azizah agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Laporan
itu antara lain mengimbas kembali apa yang dilaluinya sepanjang 1997
dan 1998. Antaranya, tindakan beliau menulis surat mengenai salah laku
Anwar kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kemunculan semula Ummi Hafilda adalah atas rasa terpanggil untuk menentang mereka yang sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu.
Mengulas
lanjut, Nallakarupan berkata, Azmin seharusnya malu dengan apa yang
diluahkan oleh Ummi Hafilda dan mengakui kebenaran kenyataan adik
bongsunya itu.
"Tetapi, baik Azmin dan juga Anwar serta Wan Azizah, mereka ini takut berkata benar kerana tahu bahawa mereka tidak betul.
"Wan
Azizah juga tahu siapa Anwar dan Azmin. Apa yang mereka perlihatkan
kepada awam ketika ini hanyalah suatu lakonan,'' tegasnya.
Ditanya
mengenai mengapa segala kenyataan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap
mereka bertiga tiada diberikan respons, beliau berkata : "Mereka tahu
kita cakap benar. Bukan kita bohong. Sebab itu mereka tidak boleh
jawab.''
Beliau seterusnya menyelar tindakan Anwar yang selalu ke luar negara dan memburuk-burukkan nama Malaysia.
"Anwar hanya tahu rosakkan negara. Apa yang dikatakan di luar negara hanyalah satu penipuan,'' tambahnya.
from.. http://srikandi7.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment