Niat Jahat Mahfuz Tuduh Polis Dan UMNO Sabotaj Himpunan Hijau 100k Untuk Tutup Kemaluannya?
June 4, 2012 · 12 Comments
Rasanya sudah dijangka
PAS akan menggunakan taktik kotor di Himpunan Hijau Ke Putrajaya apabila
dilaporkan dua beg plastik mengandungi dua buah bateri motosikal dan
jam loceng ditemui oleh petugas yang membersihkan Stadium Darulaman yang
menjadi lokasi himpunan tersebut.
Menariknya, PAS cepat-cepat menyatakan
bahawa ia adalah dua set “bom jangka” yang cuba diledakkan oleh para
penyokong UMNO di himpunan yang kononnya dihadiri oleh 100,000 orang
penyokong parti itu.
Apatah lagi nota yang ditemui di dalam bes plastik itu berbunyi…
“HAMPA ANAK BERANAK MEMANG
CELAKA BABI ANJING TAK HABIS2 NAK ROSAKKAN ISLAM… LGBT PUN HAMPA SOKONG…
DEMI ALLAH DARAH HAMPA ANAK BERANAK HALAL BAGI KAMI… TUNGGU MASA SESUAI
SAHAJA… ALLAHUAKBAR.”
Maka bersalak-salakanlah para pemimpin
dan penyokong PAS menuduh bahawa UMNO yang punya angkara dan cuba
mencetus keganasan terhadap mereka.
Untuk rekod, ketika artikel ini ditulis,
belum ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak, termasuk
oleh para pemimpin PAS mahupun para penyokongnya.
Yang ada ialah penyebaran pertuduhan
beberapa pemimpin PAS Kedah dan para penyokongnya di Facebook yang
menuduh UMNO sebagai dalang ancaman tersebut, selain mengesyaki pihak
polis atau special branch (SB) yang cuba mensabotaj himpunan tersebut.
Persoalannya, apakah mereka punya bukti
untuk menuduh UMNO sedemikian rupa? Dan apakah pihak berkuasa yang
sangat banyak membantu kejayaan penganjuran himpunan itu tergamak
melakukan sabotaj begitu rupa?
Yang peliknya, tiada pula sebarang unsur
pembuatan bom jangka di dalam penemuan tersebut. Apakah bateri motosikal
mampu diletupkan oleh jam loceng? Lainlah kalau “detonator” dan “main
charge” yang digunakan untuk membuat bom jangka ditemui bersama…
Paling tolol ialah kenyataan Pengarah
Majlis Himpunan tersebut, Mahfuz Omar yang tiba-tiba menuduh dan
menyalahkan pihak polis, kononnya pihak berkuasa itu telah bertindak
“menyerang dan mencetus keganasan” di stadium pada malam itu.
Tiba-tiba saja Mahfuz menuduh polis?
Padahal, bekas Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah, Fauzi Shaari, yang berucap pada malam itu sempat mengucapkan
ribuan terima kasih kepada para anggota polis yang bertugas mengawal
jalanraya dan menjaga keamanan di sepanjang himpunan tersebut.
Tiba-tiba saja Mahfuz bagaikan “anjing
tersepit yang menggigit tangan yang melepaskannya” telah menuduh yang
bukan-bukan terhadap pihak polis yang banyak membantunya di sepanjang
program.
Sudahlah tidak punya sebarang bukti, tak
malu pula berburuk sangka pada pihak berkuasa yang menolongnya? Apa
punya jenis manusia Mahfuz Omar ini…
Pada saya, Mahfuz hanya mahu menutup
malunya kerana gagal mencapai sasaran kehadiran para penyokong PAS di
Stadium Darulaman pada 2 Jun lalu, terutamanya pada malam kemuncak
majlis himpunan tersebut.
PAS mensasarkan seramai 100,000 orang
untuk hadir di majlis itu. Memang benar stadium penuh dengan orang-orang
PAS dari seluruh negara, termasuk di tengah padang.
Namun, perlu diketahui bahawa stadium itu
hanya mampu menampung seramai 32,387 orang sahaja pada satu-satu masa
dan Mahfuz memerlukan sekurang-kurangnya 3 buah Stadium Darulaman untuk
memastikan sasaran 100,000 orang itu dicapai.
Sekiranya dipadatkan stadium dengan
40,000 orang, ditambah dengan 10,000 orang di padang, trek balapan,
pintu masuk stadium dan di dalam tandas stadium, ditambah lagi 10,000
orang diluar perkarangan stadium termasuk para peniaga di gerai-gerai,
jumlahnya hanya sekitar 60,000 orang sahaja.
Saya tahulah jumlah kehadiran para
penyokong PAS kerana saya berada di lokasi himpunan dari selepas selesai
solat Jumaat hingga majlis berakhir pada jam 12 tengah malam.
Meskipun saya hadir dengan niat sebagai
pemerhati tidak rasmi dan menyokong UMNO, saya perlu berlaku adil dalam
laporan bagi mengetahui tahap sebenar kekuatan PAS di Malaysia,
khususnya di Kedah.
Terus terang saya katakan, jumlah
kehadirannya tidak sampai 75,000 orang dan itulah yang cuba ditutup
Mahfuz Omar agar dia tidak lihat sebagai seorang yang gagal dalam
tugasnya…
from.. http://www.mykmu.net/?p=20075
No comments:
Post a Comment