Propaganda Ajaran Hindu Didalam PR!
Penulis
ingin menarik perhatian pembaca kali terhadap sesuatu itu yang penulis
fikir penting, dan perlu dihebah kepada semua yang menyokong dan juga
ahli PR yang beragama Islam khususnya.
Jika kita
perasan, Anwar selaku ketua/penasihat PKR selalu menyebut perkataan
"Makkal Shakti" didalam ceramah-ceramahnya sebelum dan juga selepas
kemenangan besar PRU lepas. Tapi adakah beliau faham maksud disebalik
perkataan itu?
Secara umum ramai yang
berpendapat Makkal Shakti membawa maksud kuasa rakyat, tetapi tahukah
kita maksud sebenar perkataan tersebut? Atau mempunyai propaganda
daripada mereka yang beragama Hindu? Mengikut Wiki, Shakti membawa
maksud:
“'The Divine Mother'. Shakti
represents the active, dynamic principles of feminine power. In
Shaktism, Shakti is worshiped as the Supreme Being.
However,
in other Hindu traditions of Shaivism and Vaishnavism, Shakti embodies
the active energy and power of male deities (Purushas), such as Vishnu
in Vaishnavism or Shiva in Shaivism. Vishnu's shakti counterpart is
called Lakshmi, with Parvati being the female shakti of Shiva.”
Rujukan: Wikipedia
Ianya
adalah nama seorang dewa didalam ajaran Hindu! Malah ianya juga
merupakan satu lagi cabang didalam ajaran hindu yang dipanggil Shaktism.
Saya tidak mahu membuat andaian melulu tentang pegangan agama Anwar,
tetapi samada dia sengaja ataupun tidak perasaan, Anwar telahpun
menyekutukan Allah dengan melaung-laungkan mereka ini adalah 'Rakyat
Shakti'. Rakyat kepada dewa hindu bernama shakti :
“
Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah, dan apabila engkau
memohon pertolongan maka pohonlah pertolongan itu kepada Allah.”
- HR. At-Tirmidzi
Syirik adalah perbuatan menyekutukan
Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan
iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa
atau tidak sekutu bagi Allah.
(Rujukan: Wikipedia)
Apabila
kita bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah, ini
merupakan mempersekutukan Allah dan ianya adalah syirik. Bahkan ianya
boleh membatalkan Islam( Rujukan: Harakah). Mungkin apa yang dilakukan
oleh Anwar adalah dengan tidak sengaja, atau kerana dia adalah naif atau
tidak sedar kerana asyik melihat sokongan yang diberikan kepadanya
sehingga terlupa tentang halal dan haram dan syirik khafi (tersembunyi)
dan syirik jadi (terang dan nyata).“
Dan
sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu
sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah
segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.”
– az-Zumar:65
Tetapi
jika apa yang dilaung-laungkan oleh Anwar dan pengikutnya(yang beragama
Islam) tidak mempunyai niat untuk menyekutukan Allah, ianya tetap
salah,makhruh dan mungkin juga berdosa. Ramai yang terjerumus dalam
suatu perbuatan tanpa menyedari buruknya perbuatan tersebut. Janganlah
kita terikut-ikut dengan cara sesuatu puak/kaum, kerana kita mempunyai
cara kita sendiri sebagai Muslim.
“ Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut.”
- HR. At-Tirmidzi
Janganlah
kita melaung-laungkan sesuatu perkataan yang kita tidak fasih atau
faham, kerana takut apa yang dilaungkan kita itu mungkin terjatuh
kedalam syirik khafi kerana kejahilan kita. Kes yang sama juga kita
boleh berikan didalam lirik-lirik lagu didalam bahasa selain bahasa
ibunda kita kerana takut terdapat propaganda jahat daripada agama lain
cuba merosakkan akidah umat Islam kita ini.
Cuba kita selidiki secara mendalam
perkataan yang terkandung dalam sesuatu ayat itu sebelum kita
menelannya, takut-takut ada propaganda yang tersirat dan juga tersurat.
Akhir kata, penulis harap penyokong PR janganlah kita dengan sembrono
menyebut-nyebut apa yang dilaungkan oleh Anwar. Mungkin ada udang
disebalik batu.
Warna-warna politik
Taminsari
Shah Alam
No comments:
Post a Comment