Saturday, June 9, 2012

Suaram buat sidang media di Bangkok supaya fitnah senang lepas


Beberapa hari lepas, blog Anwar menghebahkan SUARAM akan buat pendedahan baru di Bangkok mengenai skandal submarine. Kita semua tahu, ini hanya senjata saat terakhir untuk jatuhkan politik Dato Najib.

Kenapa perlu di Bangkok, apa kena mengena Bangkok dengan kes ini? Kita tahu Suaram ada kerjasama dengan NGO-NGO di Bangkok. Ada orang Suaram seperti ELi WOng dan Susan loone berkerja dengan NGO hak asasi manusia di Bangkok.

Kes submarine adalah di Malaysia, medan perang politik adalah di Bangkok, tetapi kenapa pula hendak dijalankan di Bangkojk dan bukan di Malaysia?

Laporan sudah dikeluarkan sini dan sini di blog Anwar.

Nampaknya dari kedua-dua repot, tiada apa-apa pun yang ditimbulkan tetapi hanya ulangan fitnah sama yang mana ada satu "cerita" tambahan bahawa sebelum Razak Baginda di Perimeker, ada seorang lagi yang terlibat iaitu seorang bernama Mohd Ibrahim Mohd Nor.


Inilah taktik propaganda ala Goebbels yang diguna SUARAM dan kumpulan anti nasional. Pertama, mengulang fitnah, pembohongan dan andaian tanpa ada bukti. Kedua, menambah pembviohongan dengan pembohongan yang lebih besar.

Bagi yang tidak tahu, Ibrahim adalah bekas Timbalan Pengerusi Bernas, eksekutif kanan di NSTP dan ahli korporat. Dikatakan ia rapat dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan bekas Pengarah Perimeker.

SO .... apa cerita?

Kalau tidak kenal Menteri, macam mana nak ada urusan? Tiada hal? Apa salahnya? Salahkah dia transfer syarikat Perimeker ke Razak Baginda apabila dia "malas" nak teruskan peranan dalan pembekalan tentera. Memang letih dan lama urusan melibatkan millitary

SO ... apa halnya?

Nampaknya SUARAM hanya keluarkan cerita demi cerita tapi tiada fakta dan bukti yang timbul.

Sebelum ini pembohingan yang dilakukan adalah kononnya ada syarikat nama Terasasi tapi tiada bukti ia tempat ambil komisyen atau rasuah untuk Scorpene. Ada sebut faks kononnya Razak minta rasuah USD1 billion melalui Thales. Razak mana? Najib Razak atau Razak Baginda?

Mintak USD1 billion sedangkan submarine Euro1 billion? Ini pembohongan lebih besar supaya pembohongan dipercayai.

Apa cerita pasal dokumen Anwar yang mahu didedahkan di PRK Ijok bahawa Najib ambil RM500 juta? Mana dia? Apa pula kini dah USD1 billion pulak?

Semua ini fitnah dan bohong maka SUARAM tidak berani buat kenyataan di Kuala Lumpur kerana takut dapat di tape dan disimpan recording. Lalu dia buat di Bangkok supaya mudah untuk bohong.

Kononnya peguam itu tidak masuk Malaysia dan perlu buat liputan di Bangkok? Bukankah pelik perlu dilakukan di Bangkok dan tidak di Perancis? dalam dunia yang sudah jadi Global Village, apa pula jadi isu?

Kenapa akhbar Perancis tidak melaporkan skandal ini jika ianya sesuatu yang besar? Kenapa hampir semua maklumat berkenaan skandal Scorpene adalah datang dari sumber mereka dan media alternatif Malaysia, tiada dari akhbar agensi antarabangsa?

Akhbar Perancis yang ada hanya akhbar haluan kiri Liberations. Itu dah tentu puak-puak ini pasangkan dan dibantu oleh rangkaian antarabangsa Anwar Ibrahim dan CIA. Hairan???? 
 



 

No comments:

Post a Comment