Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:”
Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak
membersihkan mereka daripada dosa,”- kata Muawiyah, “juga tidak akan
memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat
siksa yang pedih iaitu: 1) Orang tua penzina; 2) Raja (penguasa) yang
pembohong ; 3) si miskin yang sombong.”
(Muslim)
|
Huraian
Sesungguhnya manusia benar-benar
melampaui batas. Mereka tidak tahu mensyukuri nikmat pemberian Allah dan
ada pula yang tidak sabar dengan ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT.
Nikmat kepanjangan usia contohnya, membuatkan manusia hidup
bersenang-lenang melakukan berbagai maksiat tanpa berusaha menambahkan
amal kebaikan selama tempoh hayatnya yang panjang itu. Bahkan tanpa
segan silu masih bergelumang dengan dosa perzinaan. Begitu juga dengan
pemimpin yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjalankan
pemerintahan, tetapi dia mensia-siakan kepercayaan itu dengan melakukan
berbagai penipuan dan pembohongan yang mengecewakan harapan rakyat.
Termasuklah di sini, orang-orang miskin yang sombong yang juga dibenci
oleh Allah di mana kemiskinan itu telah membuatkan dia lupa dengan
akhirat, lupa dengan Allah, lupa dengan tujuan hidupnya dan lupa untuk
beramal dan selalu disibukkan oleh usahanya mencari makan dan minum
untuk menyambung hayatnya. Bahkan kerana miskin juga ada yang berlagak
sombong dan menyisihkan diri daripada orang ramai tanpa mahu bergaul.
Kerana kemiskinan juga banyak orang miskin yang terjerumus dalam
kekafiran, dan ia rela menjual agamanya kerana tuntutan hidupnya
sementara ia dijanjikan hidup yang baik dalam agama lain. Tiga golongan
ini tidak akan dipedulikan oleh Allah dan bakal menerima azab di hari
akhirat kelak.
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment