Pantai burka di Albania
SPILLE - Sebuah kawasan di sebuah pantai di sini diberi jolokan pantai burka kerana ia dikhaskan untuk wanita Muslim yang tidak memakai bikini.
Ia terletak di barat daya Tirana di Albania dan beberapa meter dari kawasan pantai yang membenarkan wanita berjemur dan berenang dengan memakai bikini.
Pantai tersebut merupakan satu-satunya pantai yang dikhaskan untuk wanita Muslim berenang dan bermain air laut dengan memakai burka.
Kira-kira dua pertiga daripada penduduk Albania merupakan penduduk Muslim. - AFP Kosmo
Thursday, September 22, 2011
Denda pelanggan tak habis baki makanan
Bagus juga buat macam ni
RIYADH
- Sebuah restoran di Arab Saudi mendenda pelanggan mereka yang memesan
makanan yang berlebihan tetapi gagal untuk menghabiskannya.
Semenjak
pendekatan tersebut dilakukan, beberapa pelanggan di Restoran Marmar di
Damman itu telah dikenakan bayaran mengikut jumlah baki makanan yang
tertinggal di dalam pinggan mereka.
Tujuan
utama caj tersebut dilakukan adalah untuk mengurangkan pembaziran dan
menghalang pelanggan daripada memesan makanan secara berlebihan.
Pemilik
restoran itu, Fahad Al Anezi berkata, denda tersebut amat penting
kerana ramai pelanggannya yang memesan makanan dalam jumlah yang besar
hanya untuk menarik perhatian dan menunjukkan status sosial mereka.
Menurutnya,
maklum balas terhadap denda caj tersebut memberi impak positif sejak ia
diperkenalkan namun dia tidak memberitahu apa yang akan dilakukan ke
atas wang caj yang dikenakan itu. - Agensi
ingat2 la ada orang yang kebuluran di bumi Somalia :'(,pesanan untuk diri sendiri juge
berpada2 lah
berpada2 lah
No comments:
Post a Comment