Tuesday, April 16, 2013

Bongkar PAS (Part 2) - Kewujudan PAS Sebagai Senjata British Memecah-belahkan Perpaduan Melayu Dan Umat Islam

Tuesday, 16 April 2013




FAHAMLAH kita bila British dengan senang hati meluluskan pendaftaran parti PAS, ertinya British redha untuk PAS bergerak sebagai sebuah parti politik dan bukan sebagai agama atau jemaah Islam. Kerana dengan cara itu PAS mudah untuk diperalatkan untuk memecah-belahkan Melayu dan umat Islam.


Titik permulaan perpecahan dalam pucuk pimpinan Melayu ialah apabila Tuan Haji Ahmad Fuad telah keluar UMNO menubuhkan PAS. Dari situ bermulanya perpecahan bangsa  Melayu dan umat Islam. British amat arif hal itu, lalu meluluskan pendaftaran PAS untuk dijadikan sebuah parti pembangkang agar mereka (PAS ) memainkan isu agama untuk menimbulkan persengketaan dan melemahkan perpaduan serta menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Terbukti hal itu menjadi kenyataan, sejak merdeka hingga sekarang ini, PAS tidak pernah berjaya memerintah Malaysia dan tidak pernah berjaya menegakkan hukum-hakam Islam, tetapi berjaya mencetuskan perpecahan dalam masyarakat Islam dengan fatwa kafir mengkafir, kutuk mengutuk , sindir menyindir, permusuhan terhadap sesama Islam dalam UMNO dan BN, menolak perpaduan dengan sesama Islam (UMNO) dan lain-lain. PAS terus menerus bermusuh dengan orang UMNO seperti memusuhi 'kafir harbi', menuduh sebagai jahiliah, mendoakan kehancuran terhadap pemimpin negara yang dilantik secara sah dari segi Islam dan perlembagaan negara dan juga yang masih melakukan solat.

Sikap inilah yang amat disukai Yahudi dan Nasrani serta kuasa Barat dan Amerika kerana boleh membawa perpecahan dalam dalam masyarakat Islam sendiri, lalu umat Islam dan bangsa Melayu menjadi lemah. Kelak kuasa lain akan mudah untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Negara, sama ada yang berada di luar atau yang berada di dalam negara sendiri.


Bila rakyat sedar bangsa Melayu dan umat Islam sedang berpecah, lalu timbul cadangan agar PAS bersatu dengan UMNO demi untuk kesejahteraan bangsa melayu dan umat Islam, pad asalnya macam kelihatan bersetuju, tetapi setelah dihasut oleh pihak tertentu terutama rakan dalam Pakatan Rakyat lalu PAS membuat pelbagai andaian politik dan sangkaan buruk sehingga niat baik itu gagal. Tetapi bila diajak bersatu dan bergabung dengan parti bukan Islam dan parti yang tidak tentu matlamat ( Islam atau tidak Islam ) seperti DAP dan PKR, PAS dengan senang hati dan memberi pelbagai alasan serta mengemukakan pelbagai dalil untuk mengharuskan  "tahaluf" (kerjasama) dengan DAP dan PKR.

Lantaran pada tahun 2002 Datuk Seri Haji Abdul Hadi mengeluarkan fatwa dalam bukunya Amanat Haji Hadi, pada halaman 8 ; "...diharuskan bertahaluf dengan bukan Islam yang bersikap baik." Fatwa ini dikeluarkan semata mata hendak mengharuskan PAS bersatu dalam Pakatan Rakyat dengan parti-parti yang tidak jauh perbezaan dasarnya dengan parti-parti dalam komponen Barisan Nasional.

Demikian juga sewaktu PAS mempunyai kepentingan untuk menyertai kerajaan campuran tahun 1973-1977, dalam buku "SIKAP SAYA" tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat terbitan pada 15.12.1977 oleh Perhubungan PAS Kelantan pada halaman 3 memetik fatwa Dewan Ulamak PAS Pusat mengenai berkerjasama dengan Perikatan tahun 1973 sebagaimana berikut; " Mengenai Kerajaan Campuran adalah harus dan ditarik oleh kongres." Sebab itu lah PAS menyertai Kerajaan Barisan Nasional sejak tahun 1973-1977.

Pendapat ini dikemukakan bertujuan untuk menghalalkan percampuran dengan komponen Perikatan, sehingga setelah itu membentuk Barisan Nasional (BN ) pada tahun 1973, kerana dengan menyertai BN mereka mengharapkan dapat jawatan menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan lain-lain faedah daripada kerajaan.

Setelah PAS keluar dari BN pada tahun 1977, timbul semula pelbagai tuduhan dan fitnah seperti kafir mengkafir terhadap UMNO kononnya kerana UMNO berkongsi kuasa dengan parti-parti bukan Islam.

Coming soon Bongkar PAS (Part 3).......
CREDIT TO... http://ocean-13.blogspot.com/2013/04/bongkar-pas-part-2-kewujudan-pas.html

No comments:

Post a Comment