Wednesday, April 17, 2013
Wanita Dalam Video Seks Stopa Ali Akan Bertanding Parlimen Ampang Lawan Dr Rozaidah....! Stopa Ali Lawan Dr Rahman Parlimen Gombak
Jika pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di seluruh negara semalam
mahu ditonjolkan sebagai satu pasukan tranformasi yang cukup luar biasa,
saya fikir saya harus berbeza pendapat dengan Pengerusi BN, Dato Sri
Mohd Najib Tun Razak. Calon yang ditonjolkan tidak sehebat dan semegah
yang cuba digambarkan.
Kita harus memasarkan realiti kerana
hakikatnya di beberapa negeri terutamanya Selangor, terdapat calon-calon
yang dipilih secara tidak berhati-hati dan tampak tidak melalui proses
pemilihan yang serius.
Jika tidak pastinya suara-suara tidak berpuas
hati dan komentar sinis tidak bercambah di kalangan ahli dan penyokong
BN sendiri.
Hari ini saya pasti Mohd Najib telah pun sedar siapa yang
bertanggungjawab mewujudkan keadaan seperti ini dan mengenali yang mana
intan dan yang mana kaca.
Oleh kerana pasukan Najib memilih
untuk membombastik atau membesar-besarkan senarai calon BN kali ini,
maka sedikit cacat cela pun akan diperhati da dibesarkan oleh rakyat.
Inilah hakikat apabila kita melancarkan propaganda melampau hingga
meloyakan.
Hakikatnya, jika barisan calon BN ini dilihat dan
dianalisis atas neraca yang berpaksi realiti, ia merupakan satu barisan
calon yang cukup baik untuk lima tahun akan datang.
Setelah lima
tahun bergelut dengan tuduhan, fitnah, serangan peribadi, barisan calon
yang menggabungkan tenaga muda dan senior, calon muka baru dan lama,
serta comeback yang dibuat oleh beberapa calon ,telah memberikan satu
nafas segar kepada politik BN.
Memang ada calon BN yang
dikemukakan mempunyai imej tercemar dan ada cacat-cela. Ini bukan luar
biasa kerana manusia politik biar apa pun agama anutan, ideologi politik
atau wacana poilitik yang beliau sertai tidak mungkin sempurna
sifatnya.
Namun di sebalik cacat cela yang ada, calon-calon yang
dikemukakan ini jauh lebih baik daripada calon-calon Pakatan yang telah
diumumkan mahu pun bakal bertanding.
Apabila diumumkan calon BN
hari ini, antara terawal yang diserang ialah calon BN bagi kawasan
Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Taib dan calon BN bagi kawasan Gombak, Dr
Rahman.
Kedua-dua mereka merupakan ahli Parlimen bagi kawasan yang sama
dalam pilihan raya umum 2004.
Kedua-dua nama ketika itu bersama
Dr. Amran Kasimin (Dun Bangi) dibawa oleh bekas Menteri Besar Dr.
Mohamad Khir Toyo sebagai tokoh-tokoh profesional muda Melayu bagi
memberi kesegaran kepada UMNO dan BN Selangor. Mereka ini menang dengan
baik di kawasan masing-masing.
Namun bagi Rozaidah dan Rahman,
kerjaya politik mereka yang bermula dengan pantas turut berakhir dengan
pantas. Mungkin kerana usia yang agak muda bagi wakil rakyat, Rozaidah
dan Rahman berhadapan beberapa isu dan tuduhan membabitkan hubungan
terlarang dan konflik keluarga. Bumi mana tidak ditimpa hujan,
demikianlah nasib kedua-dua ahli politik muda ini.
Dalam politik
Malaysia, konflik keluarga, isu peribadi dan moral yang kontroversi
lebih diberi perhatian berbanding rekod perkhidmatan mereka yang
cemerlang. Tidak penting sama ada tuduhan dan dakwaan ini benar atau
direka-reka dalam konflik rumah tangga masing-masing.....
Berhadapan dengan
dilema ini, BN mengugurkan mereka dalam pilihan raya 2008. Kedua-dua
mereka berhadapan fasa pemulihan dan pembekuan dalam politik.
Kali
ini mereka dicalonkan semula kerana BN merasakan kedua-dua ini wajar
diberi peluang kedua. Mereka telah menjalani hukuman politik dan
masyarakat dan kini mereka diberi semula peluang ini.
Jika
Pakatan mahu memburuk dan menghina kedua-dua calon BN ini, mereka perlu
mencerminkan muka sendiri. Apakah kedua-dua calon BN ini lebih buruk
daripada Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali?
Anwar Ibrahim berhadapan dengan pelbagai tuduhan skandal seks yang
sehingga kini beliau gagal memberi jawapan yang tuntas. Anwar bukan
sahaja dituduh secara rambang oleh orang yang bermusuh dengannya seperti
mana berlaku kepada Rahman dan Rozaidah.
Sebaliknya, Anwar
berhadapan dengan tuduhan melanggan pelacur Cina (China Doll). Tuduhan
ini bukan dibuat oleh UMNO atau BN tetapi oleh rakan baik beliau sendiri
suatu ketika dahulu, Datuk Eskay Shazryl Abdullah. Datuk Eskay mengakui
lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim.
Bacalah pendedahan Papagomo
dan bandingkan dengan isu Rozaidah yang kononnya ditangkap khalwat.
Saya katakan “kononnya” ditangkap khalwat kerana tangkapan yang
dimaksudkan bukanlah tangkapan oleh majlis agama Islam seperti yang
difahami. Sebaliknya, ia adalah hasil laporan polis oleh suaminya yang
mendakwa beliau berada dalam sebuah bilik hotel bersama seorang lelaki.
Baca laporan polis dibawah kita akan dapati apa yang didakwa
sebagai tangkapan khalwat hanyalah syak wasangka suaminya yang
sememangnya sudah mempunyai konflik antara mereka.
BACA SETERUSNYA DI... http://medan-info-kita.blogspot.com/2013/04/wanita-dalam-video-seks-stopa-ali-akan.html
No comments:
Post a Comment