Sunday, November 28, 2010

Para ulamak membahagikan darjat-darjat iman kepada lima bahagian
(Sila rujuk Pelajaran Tauhid, Hj Nik Mohd Mohyideen Musa, DBP, 1982)

1.Iman Taklid yaitu iman yang mengambil daripada perkataan orang dengan tiada boleh mengeluarkan dalil.Iman ini ada pada kebanyakan orang awam.

2.Iman Ilmu Yakin yaitu iman yang jadi daripada makrifat pada segala 'Aqaid dengan segala dalil.Iman ini adalah bagi orang2 yang mempunyai dalil dan burhan.

3.Iman 'Ainul Yakin yaitu iman yang jadi dari makrifat hati bagi Allah Taala dengan sekira kira tiada ghaib daripada hati nya dengan sekejap mata jua pun.Iman ini bagi Ahli Muroqabah dinamakan Makam Muroqabah.

4.Iman Haqqul Yakin yaitu iman yang jadi daripada musyahadahkan Allah Ta'ala dengan 'Ainul Basyirah(mata hati).Iman ini bagi orang Arif yang dinamakan Makam Musyahadah.

5.Iman Kamalul Yakin yaitu iman yang jadi daripada nya tidak memandang sesuatu selain Allah Ta'ala.Iman ini bagi orang yang Tahqiq yang dinamakan Makam Fana'

Wallahu 'alam.
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
aznet_leen
Pegawai Waran
Pegawai Waran


Joined: Sep 11, 2006
Posts: 1167


PostPosted: Sun Jul 01, 2007 10:11 pm Post subject: Reply with quote
Salam,

Terima kasih Cikgu Zul. Boleh tak terangkan pula:

1) HATI HIDUP
2) HATI SAKIT
3) HATI MATI
Back to top
View user's profile Send private message
aznet_leen
Pegawai Waran
Pegawai Waran


Joined: Sep 11, 2006
Posts: 1167


PostPosted: Sun Jul 01, 2007 10:41 pm Post subject: Reply with quote
ataupun boleh tak saya katakan dimana:

1) HATI HIDUP- iaitu menghidupkan hati dgn membaca Al-Quran/Qiamulail/Bersahabat dgn org2 soleh / berpuasa /zikir

2) HATI SAKIT : iaitu seseorg sombong/takabur/riya'/ujub/dan suka memperdengar2kan amalannya

3) HATI MATI - iaitu melakukan dosa/maksiat sebab berfikiran yg ALLAH itu Maha Pengampun lalu hanya akan bertaubat diakhirnya/ kenal ALLAH tetapi tidak mengikut perintah ALLAH/ tidak bersyukur atas nikmat yg diberi ALLAH /suka menyalahkan org lain /tidak ambil ikhtibar kalau ada kematian.
Back to top
View user's profile Send private message
zul_mz
Leftenan Jeneral
Leftenan Jeneral


Joined: Mar 18, 2005
Posts: 3655


PostPosted: Sun Jul 01, 2007 10:46 pm Post subject: Reply with quote
Hati diciptakan Allah Subhanahu Wataala sebagai organ yang paling utama di dalam tubuh manusia dan juga sebagai nikmat yang paling agong diberikan oleh Allah Subhanahu Wataala. Hati menjadi tempat Allah Subhanahu Wataala membuat penilaian terhadap hambanya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang tulus ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah Subhanahu Wataala.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar ia tidak rosak, tidak sakit, tidak leka, tidak buta, tidak keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan-keadaan seperti ini, kesannya adalah melibatkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Dan akan lahirlah penyakit-penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.

Justeru itu, hati adalah amanah yang wajib dijaga, sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya dari berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang sakit ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa diikuti taubat dan istighfar itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam di dalam hati.Itu baru satu dosa. Maka bayangkan bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Ini jelas digambarkan dalam hadith Nabi s.a.w.:-

Tafsirnya :
Siapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam. (Riawayt Al-Imam Ibnu Majah).

Hadith ini sesuai dengan firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Al-Quran surah Al-Muthaffifiin, ayat 14 :-

Tafsirnya :
Sebenarnya ayat-ayat kami tidak ada cacatnya bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.

Hati apabila kotor dan hitam akan menjadi keras, apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat akan tidak dirasakan. Dan ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur Iman dan nur Ilmu. Belajar sebanyak manapun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 74 :-

Tafsirnya :
Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga di antaranya yang jatuh kebawah kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
Begitulah Allah Subhanahu Wataala mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah Subhanahu Wataala. Kerana itu apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah Subhanahu Wataala.

Apa yang paling membimbangkan kita ialah apabila hati mati, kerana inilah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan di dunia dan akhirat. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu Wataala di akhirat kelak.

Hati itu mati disebabkan perkara-perkara berikut:-

Pertama : hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah Subhanahu Wataala. Iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari didikan dan ujian Allah Subhanahu Wataala. Seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Az-Zumar, ayat 22 :-

Tafsirnya :
Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

Kedua : hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani yang sewajarnya. Kalau tubuh jasmani boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Bila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan sahaja akan sakit dan buta malah akan mati akhirnya. Santapan rohani itu ialah “ zikrullah”, “nasihat” dan “muhasabah diri”.

Dari itu wahai kaum muslimin jaga dan peliharalah hati kita dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati iaitu dengan menggilap dan membersihkannya dengan jalan mengingati Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran surah Ar-Ra’d, ayat 28 :-

Tafsirnya :
Iaitu orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah, ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Asy-Syu’araa’, ayat 88 – 89 :-

Tafsirnya :
Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. Kecuali harta benda dan anak pinak orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera dari syrik dan penyakit munafik.

Hati yang hidup ialah hati yang sentiasa disirami dengan zikrullah. Hati yang mengingati ALlah.

Dialah yang telah menurunkan ketenangan di dalam hati orang2 mukmin untuk menambah keimanan mereka (yang telah ada)."
(Surah Al-Fath: ayat 4)

MENGINGATI Allah atau zikrullah adalah amalan yang paling mulia melalui pergerakan lidah, kesedaran akal budi dan keinsafan hati dan jiwa.

Dengan mengingati Allah manusia akan berasa ketenangan jiwa kerana dia menyedari bahawa berada di samping Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang kepada hamba-Nya.

Apabila dia kembali kepada-Nya, maka sebenarnya dia kembali berpaut kepada asas yang kukuh. Manusia kadang-kadang gelisah menghadapi masa depan belum pasti keadaannya atau kadang-kadang berasa lemah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang mendepaninya.

Dalam hal ini, sekiranya orang yang beriman kepada Allah, mereka akan ingat bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu, Allah Maha Melihat segala-galanya, Allah mampu mengatasi semua hal di dunia ini.

Dengan demikian akan tenanglah jiwanya. Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28 )

hati yang tenang sudah tiada kekhuatiran lagi walau di bumi mana dia diletakkan. Samada di utara atau selatan, samada di lembah atau gurun, samada kaya atau miskin, samada menang atau kalah hatinya telah tenteram dan inilah peringkat mutmainnah seperti yang dialu-alukan oleh Allah s.w.t. dengan ayat:

Maksudnya: "Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kernbalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku."
(Al Fajr: 27-30)
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
aznet_leen
Pegawai Waran
Pegawai Waran


Joined: Sep 11, 2006
Posts: 1167


PostPosted: Sun Jul 01, 2007 11:07 pm Post subject: Reply with quote
Alhamdulillah....

Oleh itu..untuk penyucian hati (Tazkiatunufuz) ini kita wajib belajar Ilmu Tasawuf spt diterangkan dlm ayat Al-Quran surah Asy-Syams 7-9.

Terdapat 2 jenis Kekuatan:

1) Kekuatan Kebaikan - perlu bantuan ALLAH manakala
2) Kekuatan Keburukan - dibantu oleh Syaitan

Berbahagia lah - kalu diisikan dgn kebaikan
Rugi lah - kalau diisi dgn keburukan
Back to top
View user's profile Send private message

No comments:

Post a Comment