Thursday, October 27, 2011

Rasulullah saw bersabda:"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya.Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung kerana Allah."(hadis riwayat at-tirmidzi)~ Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !~ ~"Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah" Ali imran : 159 ~Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan~ Siapakah itu yang sanggup kendalikan hawa nafsu seperti kuda liar yang dikekang temali kuat? Jangan kau berangan dengan maksiat nafsu dikalahkan maksiat itu makanan yang bikin nafsu buas dan kejam PERINGATAN Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari. Ketiga:Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda. Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah

No comments:

Post a Comment