Wednesday, November 30, 2011

Bacalah Jika Ingin Menguasai Dunia Terlalu sedikit daripada umat ini yang membaca. Dan daripada sedikit yang membaca itu sedikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahaminya, sedikit pula yang menguasainya. Dan daripada sedikit yang menguasainya lebih sedikit yang mengamalkannya. Realiti yang menyedihkan! Sebab itu umat ini tidak bangun! Komen seorang tokoh Yahudi terhadap kelembapan budaya membaca umat Islam, dia berkata: "Kita tidak takut dengan Orang Islam. Sebab Orang Islam kini adalah umat yang tidak membaca!" Membaca bukan satu hobi tapi satu tuntutan dan keperluan umpama nafas menuju kejayaan. Kerana itu, wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah "Iqra'" atau Bacalah! Membacalah kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu, dan ilmu adalah imam kepada segala amalan. Amalan membawa kepada taqwa dan itulah sumber kekuatan kita di dunia dan akhirat. Dalam 5 ayat surah al-Alaq itu mengandungi 2 syarat, agar membaca mencapai matlamatnya: Pertama: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan" - Ertinya, bacalah sesuatu yang diredhai dan disukai oleh Allah s.w.t. Membaca mesti didasari dengan niat kerana Allah untuk memberi kebaikan kepada alam dan seluruh penghuninya. Kedua: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan pena. Dialah yang mengajar manusia dengan pena. Dialah yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya." - Ertinya jangan angkuh apabila mendapat ilmu daripada membaca kerana ilmu itu datang daripada Allah. Dan jangan sombong kepada sesama manusia kerana ilmu itu bertujuan memberi khidmat kepada manusia bukan untuk dibanggakan. -Sedikit petikan dari editor Majalah Solusi Anda mungkin juga meminati: Fikirlah Cara Positif Cara Ibu Boost Motivasi Diri Kita adalah Manusia Hebat! Nak Mencuba? LinkWithin Tinta Wan Anie 2 care to say something: temp. housewife said... takutnya bila baca org Yahudi cakap "kita tak takut dgn orang islam sbb org islam kurang membaca". ni lg semangat nak ajak anak2, adik2 dan sedara mara spy rajin2kan membaca. April 27, 2010 11:20 AM Wan Anie said... membacakan jambatan ilmu.... jika tidak membaca, mana nak dapatkan ilmu... ramai yg lebih suka membaca majalah hiburan dan mendengar berita hiburan. April 30, 2010 11:22 PM Post a Comment

No comments:

Post a Comment