PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, November 30, 2011
Jihad
April 5, 2009 in Perjuangan Hidup | by minmaarof | Leave a comment
Semasa program Multaqa’ Ilmu pada minggu lepas, Ustaz Sayuti memperingatkan kami tentang Jihad. Sebulan sekali, Ustaz Sayuti akan turun ke Kulim dalam program multaqa’ ilmu JIM Kulim. Saya kagumi kegigihan ustaz yang jauh dari Jitra ke Kulim dan kembali semula ke Jitra pada malam yang sama untuk menyampaikan pengisian kepada kami. Ustaz sudah sudah berada dalam usia emas tapi masih sanggup keluar jauh untuk berdakwah.
Dan pada malam itu, saya mungkin tahu kenapa ustaz sanggup datang dari jauh.
Dalam multaqa kali ini, Ustaz Sayuti mengupas Risalah Ta’lim oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna bagi tajuk Jihad. Berikut adalah nota kupasan dan perbuncanga yang saya dapat ambil pada malam itu.
————————————————————————————————————
Orang yang mendukung risalah jihad sudah meletakkan CARA dia ingin MATI iaitu MATI SYAHID.
Jihad ini adalah satu kefardhuan sehingga berlakunya kiamat. Fardhu bermaksud wajib dilakukan. Dalam perjuangan dakwah, perlu ada jihad di jalan Allah SWT. Jika kita tidak sibuk berjihad di jalan Allah, maka kita akan sibuk berperang sesama sendiri
Maka tentukan: CARA kita ingin mati, Hidup mulia atau mati syahid….
Jihad ini seharusnya dilakukan terus menerus tanpa merasa bosan. Misalnya, jika kita adalah salah seorang jiran dalam satu kawasan, kita seharusnya tidak lelah untuk menasihati jiran yang kita berukhuwwah dengannya kerana Allah. Teruskan memberi nasihat walaupun jiran kita tidak mahu endahkan kata-kata kita. Mungkin kita boleh ubah cara menasihati tapi jangan pernah berhenti nasihat. Sekirabya kita membiarkan jiran kita, maka akan timbul ketidaksefahaman dan pelbagai aliran pemikiran yang berupaya memecah belahkan kita. Jadi, sentiasa jaga tepi kain orang kerana Allah ;)
Setiap hamba seharusnya mempunyai niat untuk mati sebagai syuhada’. Sabda Rasulullah SAW:
“Orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang dia mati dalam keadaan jahiliyah.”
Ulama’ mengatakan bahawa ‘niat’ adalah 1/3 daripada deen.
Awal maratib untuk menghapuskan rasa mati syahid adalah hati yang engkar pada Allah. Bila kita ada saki-baki jahiliah dalam diri, dan kita duduk di susasana jahiliah, maka besar kemungkinan , kita akan lakukan jahiliah yang lebih besar.
Ada pelbagai jenis jihad…jihad penulisan, lisan, kalimah yang benar pada penguasa yang zalim dan lain-lain lagi
Dakwah takkan hidup tanpa jihad. Maka, tentera perlu jaga dakwah. Siapakah jundullah (tentera Allah)? Kita hendaklah jadi tentera yang mewakafkan seluruh harta, masa dan jiwa di jalan Allah SWT.
Hidupkan dalam jiwa kita semangat jihad. “Para mujahidin Palestin sering mengucapkan salam perpisahan dengan mengatakan, “kami tidak tahu bila lagi boleh berjumpa dengan anda kerana bila-bila masa kami bersedia untuk mati syahid”.
Jihad adalah kebanggaan kita.
Meluap-luap keinginan kepada kecermelangan Islam, rindu pada kegemilangan Islam, dan menangis dengna keadaan umat islam hari ini.
Maka berilah sumbagan masa, beri sebahagiaan harta, beri sebahagian tuntutan islam….
Kita hendaklah jadi tentera Allah yang mewakafkan jiwa, masa dan harta kita. Seafdal jihad ialah berkata benar di sisi penguasa yang zalim.
Jika kita tak mampu buat semua itu (berjihad), hendaklah kita mencintai mereka: berdoa untuk mereka dan keluarga mereka kerana doa seorang saudara yang tidak diketahui saudaranya adalah mustajab.
Manusia terbahagi kepada enam kumpulan:
1. Muslim yang berjihad.
2. Muslim yang berdiam diri.
3. Muslim yang melakukan dosa.
4. Ahli zimmi yang membuat perjanjian.
5. Manusia yang berkecuali.
6. Manusia yang memusuhi.
Bagi setiap kumpulan ini ada hukum yang tersendiri menurut neraca Islam. Pengkelasan ini akan menjadi landasan dalam menilai individu ataupun pertubuhan, sahabat ataupun lawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment