PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, December 27, 2011
Alkitab BM: Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) anjur bantahan esok
6Share
Thursday, April 14, 2011 namaberita.com No comments
Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) - yang merupakan gabungan lebih 100 persatuan Islam di negara ini - akan menganjurkan perhimpunan membantah "penyebaran" kitab Injil bahasa Melayu di Masjid Negara selepas solat Jumaat esok.
lina joy court hearing palace of justice 300507 yusri mohamad"Perhimpunan ini bukan (sahaja) khusus mengenai kitab Injil, tetapi lebih kepada mempertahankan kedaulatan Islam... Ia termasuk juga membantah penyebaran Kitab Injil (bahasa) Melayu," kata jurucakap PEMBELA, Yusri Mohamad.
Menurutnya, perhimpunan itu dianjurkan ekoran cadangan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengenai penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil bahasa Melayu baru-baru ini.
Cadangan tersebut termasuk membenarkan masyarakat Kristian mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.
Di samping itu, kitab Injil itu juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sabah.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Yusri dan beberapa pemimpin NGO Islam, akan mengetuai perhimpunan itu esok.
azlanBeliau berkata, antara NGO yang akan hadir ialah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM).
Ditanya sama ada pihaknya memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan esok, Yusri berkata, ia tidak perlu kerana pihaknya "tidak memerlukan yang panjang" untuk berbuat demikian.
"Bagaimanapun, kita telah memaklumkan hasrat kami itu kepada pihak polis," katanya.
Yusri juga menegaskan perhimpunan itu adalah anjuran gabungan pertubuhan Islam itu dan tidak melibatkan mana-mana parti politik.
- Malaysia Kini
Posted in: Berita Kristian,Info Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment