Monday, December 26, 2011

وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16) Sabtu, 18 Juni 2011 Kenapa Murtad ? Pemurtadan berlaku kerana sebab-sebab KEJAHILAN. Inilah punca utama seseorang itu murtad. Perkara-perkara lain seperti penceraian, kemiskinan, penawaran, perkahwinan, politik dan dakwah hanyalah pengiring kepada kejahilan. Akhir-akhir ini, isu murtad bukan sahaja terfokus pada mualaf tapi turut menyelubung mereka yang lahir dari keluarga Islam asal. Bukan itu saja, pemurtadan yang menjadi-jadi dengan pengakuan terbuka mereka dalam media diiring senyuman dan hujah-hujah beserta ketenangan dan kedamaian yang kononnya mereka perolehi setelah menukar agama mula berleluasa dan umum mengetahuinya. Kemudian, timbullah kasihan, marah, tercabar dan macam-macam rasa yang menjadikan dunia Islam keseluruhannya tertampar dengan isu ini. Pelbagai ulasan dan pendapat di semua peringkat termasuk kerajaan, tokoh-tokoh ilmuwan, pendakwah, jabatan-jabatan agama, NGO dan orang perseorangan Islam turut memperkatakannya sehingga akhirnya, timbul perundangan atau enakmen untuk mereka. Walaupun gubalan yang dibuat kesemuanya merujuk pada undang-undang asal, yang jelas isu murtad ini terus saja berlaku dan berpanjangan tanpa titik. Berita lanjut; http://www.suaramualaf.com/

No comments:

Post a Comment