PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, December 26, 2011
Murtad : Jangan Pandang Sebelah Mata
Assalamu'alaikum.
Masa on the way balik dari Plaza Damas,kawan baik saya Fauwaz ceritakan pengalaman dia bergaul dengan orang-orang tabligh.Masa tu dia sekolah kat SMAS Kajang.Ada sekumpulan pemuda tabligh dari Afrika 'berkampung' selama 2 minggu dalam usaha mendidik masyarakat selain nak sebarkan syiar Islam.Saya dengar cerita tu dengan penuh minat & rasa syukur sebab masih ada pendakwah-pendakwah Islam yang sanggup redah kepayahan & kesusahan demi pastikan agama Allah terus subur kat mana-mana.Kata Fauwaz lagi,sikap ramah,berbudi bahasa & merendah diri pemuda-pemuda tabligh itu betul-betul memikat hati penduduk setempat untuk dalami Islam termasuklah dia sendiri.Bahkan Fauwaz & kawan-kawan dia digelar 'Kajang Kiddo' oleh pemuda-pemuda tabligh tu.
Saya terus teringat satu cerita tentang pendakwah Kristian pulak. Antara cara dakwah yang paling menarik digunakan ialah :
DATANG KE HOSPITAL & LAWAT PESAKIT
Mubaligh Kristian akan datang ke hospital secara berkumpulan dengan bawa hadiah,cenderahati & buah tangan.Pastu kumpulan besar tu akan berpecah kepada beberapa kumpulan lebih kecik yang terdiri daripada 2-3 orang.Kemudian diorang akan bergerak & mengunjungi pesakit dengan bawa mesej kasih sayang.Sikap prihatin & ambik berat diorang memang akan memikat sesiapa saja lebih-lebih lagi pesakit yang tengah sakit yang dah tentu rasa sunyi serta perlukan sokongan/dorongan orang lain.Maka sasaran mubaligh Kristian adalah:
PESAKIT YANG DITINGGALKAN SENDIRI ATAU YANG DITINGGALKAN KELUARGA
Diorang akan datang dengan perasaan penuh simpati & akan hiburkan pesakit dengan kata-kata perangsang yang memikat.Diorang juga akan bagi duit & bagi kaunseling kepada pesakit yang ada masalah peribadi.Kepada pesakit yang kurang iman,memang akan cair sebab lawatan & kunjungan macam ni dibuat berterusan. Hebatkan??
Info ni bukan saya reka sendiri atau dengar cakap orang tapi dipetik dari buku 'Murtad:Jangan Pandang Sebelah Mata'.
Penulis : Ann Wan Seng
Penerbit : Must Read Sdn.Bhd
Website : http://buku2-mustread.blogspot.com/
ISBN : 978-983-44519-1-2
Tel : 03-4142 0611
Harga : RM 21.90 (Semenanjung)
RM 24.90 (Sabah/Sarawak)
Buku ni ditulis oleh Ann Wan Seng yang pernah 'meletup' dengan buku 'Rahsia Bisnes Orang Cina'(sila baca ulasan saya sebelum ni)
Sedikit info tentang beliau selain dipilih sebagai
Tokoh Ma'al Hijrah 2007 ialah:-
Buku ni memang hebat.Jujur & penuh maklumat.
Berani kerana benar!
Dan yang penting ia dilancarkan oleh Mufti Perak,
Dato' Seri Haji Harussani.
Sebelum saya mulakan ulasan,jom kita tanya diri kita sendiri.
1-Betul ke kita ambik kisah pasal murtad dalam masyarakat kita?
2-Apa yang kita tau tentang undang-undang murtad?
3-Kenapa ramai saudara baru kita yang baru masuk Islam pastu keluar & kembali pada agama asal?
4-Sedar tak kita tentang gerakan-gerakan Kristian kat Malaysia yang makin 'galak' menarik umat Islam masuk Kristian?
Mmm...macam susah kita nak jawab semuanya kan? Tapi dengan izin Allah mungkin buku ni dapat membantu.Cuma yang ditekankan oleh penerbit buku ini ialah:-
OK.Jom kita mula dengan jawab soalan pertama tadi.
Betul ke kita ambik kisah pasal murtad dalam masyarakat kita?
Mufti Perak pernah keluarkan kenyataan,beribu-ribu orang Melayu dah tukar agama.Tapi ramai yang tak berdaftar.Cuma kalau ikut rekod berdaftar Jabatan Pendaftaran Negara:-
Tapi mungkin kita fikir,"Ala..750 orang je..bukannya ramai pun."
Astagfirullah...Kalau betul kita fikir macam ni,amat malanglah nasib Islam kat Malaysia sekarang & akan datang.Kita kena ingat,statistik ni hanya sampai 2003 je,bukan 2010.Maknanya sekarang gerenti makin ramai yang murtad.Terpulanglah pada anda nak percaya atau tak atau nak ambik kisah atau tak.
Mungkin sekarang kita rasa tak kisah sebab belum kena kat kita.Tapi cuba kita bayangkan tiba-tiba satu hari adik kita atau kakak kita atau sapa-sapa je ahli keluarga kita yang tiba-tiba nak keluar Islam & masuk agama lain.
Apa yang kita rasa?
Buku ni juga akan ceritakan kisah Hartina yang masuk Hindu jadi Nivashiny,Siti Salma masuk Buddha jadi Usha,kes Nyonya Tahir,kes Lina Joy,kes Muhammad Abdullah @ M.Moorthy (pendaki Gunung Everest) dan banyak lagi kes-kes yang selama ini disembunyikan dari pengetahuan umum.Semua cerita ni adalah cerita benar & agak detail penceritaannya sebab ia berdasarkan rekod-rekod mahkamah bukannya cerita-cerita dari mulut orang.Saya tak dapat nak tulis semua cerita kat sini sebab nanti panjang sangat.
Soalan ke-2 pulak.
Apa yang kita tau tentang undang-undang murtad?
Hukuman Asal
Dibunuh.Ini berdasarkan kepada hujah & dalil hadith Nabi SAW yang bermaksud "Sesiapa yang menukar agamanya (murtad) maka bunuhlah dia." Hukuman bunuh ini wajib dikenakan kepada semua penjenayah murtad samada lelaki ataupun perempuan,tua ataupun muda tanpa sebarang perbezaan.
Hukuman Ganti
Tapi hukuman ganti pun ada dalam Islam.
Ada 2 sebab kenapa hukuman ganti boleh digunakan.
Orang tu dah bertaubat.
Ada kesamaran dalam pertuduhan.
Tapi maaf.Saya tak dapat nak tulis semua huraiannya kat sini sebab nanti panjang sangat.
Hukuman kat Malaysia
Kat bawah ni secara ringkas hukuman yang dikenakan:-
Perak :Denda tak lebih RM3000 atau penjara tak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
T'ganu :Denda tak lebih RM3000 atau penjara tak kurang 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Melaka :Denda tak lebih RM3000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sabah :Denda tak lebih RM2000 atau penjara tak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pahang :Denda tak lebih RM5000 atau penjara tak kurang 3 tahun atau kedua-duanya sekali,dan sebat tak lebih 6 sebatan.
Bagi Wilayah Persekutuan,Kedah,Sarawak & P.Pinang tiada peruntukan maka semua permohonan murtad ditolak oleh Mahkamah Syari'ah.
Tapi kat Sabah,Kelantan & Melaka orang yang murtad akan ditahan secara mandatori kat Pusat Pemulihan Akidah bagi tempoh tertentu.Kalau anda nak tau huraian tentang akta setiap negeri ni,anda terpaksalah baca buku ni ya.
Perlembagaan Negara
Yes!! Ini topik paling best bagi saya sebab ia bagi saya 'bimbingan' untuk lebih faham tentang 2 isu yang sedang kecoh sekarang ni.
Artikel 121 (1a) - Mahkamah Sivil vs Mahkamah Syari'ah.
Perkara 11 fasal (4)&(5) - Hak Kebebasan Beragama.
Artikel 121 (1a)
Dalam Perlembagaan Persekutuan dah ditetapkan bidang kuasa Mahkamah Sivil & bidang kuasa Mahkamah Syari'ah tak boleh mencampuri hal ehwal masing-masing.
Sebenarnya Artikel 121 ni dah dipinda pada 1988,menjadikan segala urusan yang dah diputuskan oleh Mahkamah Syari'ah,TAK BOLEH diubah oleh Mahkamah Sivil.Sebabnya sebelum 1988,banyak urusan Mahkamah Syari'ah terganggu sebab keputusan yang dah diputuskan boleh diubah oleh Mahkamah sivil.
INILAH YANG ORANG BUKAN ISLAM TAK PAHAM.
Kewujudan Mahkamah Syari'ah LANGSUNG TAK KACAU & TAK MENGANCAM hak diorang sebab Mahkamah Syari'ah HANYA MEMBICARAKAN KES ORANG ISLAM SAHAJA.Macam kes M.Moorthy @ Muhammad Abdullah (pendaki Gunung Everest),beliau sendiri yang masuk Islam & bukan dipaksa.Jadi sesiapa yang masuk Islam,automatik dia tertakluk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah lalu jenazahnya mesti diuruskan dengan cara Islam.Menolak tuntutan isterinya untuk mengebumikan M.Moorthy @ Muhammad Abdullah ikut cara Hindu bukannya menolak naluri cinta seorang isteri sebaliknya nak mengiktiraf hak M.Moorthy @ Muhammad Abdullah sebagai Islam.
Hak Kebebasan Beragama
Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan beragama.
Fasal(1)"Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti & mengamalkan agamanya & tertakluk kepada fasal(4) mengembangkan agamanya."
Tapi Perkara 11 ini tetap tertakluk kepada fasal (4)&(5).
Fasal(4)"Undang-undang Negeri & Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam."
Fasal(5)"Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam,kesihatan awam atau akhlak"
Ada orang berhujah Al-Quran sendiri cakap
'Tiada paksaan dalam agama.Maka bolehlah murtad & tak payahlah nak hukum orang yang murtad'.
Mmm..memang susah saya nak huraikan semuanya kat sini sebab takut tersalah huraian.Saya minta sangat anda mencari kefahaman sendiri dari buku ini sebab huraiannya memang amat memuaskan.
Soalan ke-3 pulak.
Kenapa ramai saudara baru kita yang baru masuk Islam pastu keluar & kembali pada agama asal?
Buku ini juga berjaya huraikan persoalan ini dengan cemerlang.Mungkin sebab penulis buku ni lebih paham bangsa & kaumnya sendiri lalu hujah-hujah yang ditampilkan dalam buku ni lebih meyakinkan.Saya amat setuju dengan pendapat beliau.Macamana saudara baru boleh menjadi lebih mukmin kalau diorang tak diajar beramal dengan Islam? Sebab kebanyakan saudara baru yang masuk Islam akan dibiarkan tanpa usaha susulan membantu & membimbing diorang.Dan sikap masyarakat kita yang selalu anggap diorang ni macam satu kelompok yang terpisah dari Islam buatkan diorang sentiasa rasa terpinggir.Kita pun selalu bagi macam-macam gelaran,panggilan & istilah kat diorang semata-mata nak bezakan diorang dengan umat Islam yang lain.Ini sebenarnya buatkan diorang rasa rendah diri.Lalu perbezaan macam ni sepatutnya tak patut wujud sebab ia bertentangan dengan konsep persaudaraan Islam.Macamlah Islam kita ni bagus sangat.Amalan Islam kita pun tunggang langgang.
Soalan ke-4 pulak.
Sedar tak kita tentang gerakan-gerakan Kristian kat Malaysia yang makin 'galak' menarik umat Islam masuk Kristian?
Kita kena akui organisasi & gerakan dakwah kita masih jauh ketinggalan berbanding gerakan Kristian yang LEBIH TERSUSUN & ADVANCE! Kemampuan diorang sepatutnya dicemburui oleh para pendakwah kita.Mubaligh Kristian dah berjaya letak batu asas yang kukuh dalam bidang pendidikan,kebajikan,kebudayaan & ekonomi.Tu pasal agama Kristian berkembang dengan cepat dikalangan orang Cina & Orang Asli.Dan diorang tak lagi sibuk berdakwah kat Sabah & Sarawak sebab misi kat sana dah berjaya.Sekarang dakwah diorang dah berleluasa kat Semenanjung!
Anda juga akan baca satu kisah sebuah kampung orang Islam bernama Kelpu di Ponorogo,Jawa Timur telah bertukar jadi kampung Katolik hasil perancangan yang sungguh sistematik!
Kalau pendakwah Kristian sanggup redah hutan & tinggal bertahun-tahun dalam kawasan pendalaman & hutan belantara,kenapa para pendakwah kita tak sanggup buat macamtu?
Kalau pendakwah Kristian dapat tonjolkan akhlak & sifat lemah lembut masa berdakwah,kenapa para ulama',ustaz & pendakwah kita tak boleh bersikap pemurah & mengasihani?
Bak kata Nabil, "Lu pikirla sendiri!"
Semoga buku ini boleh membuka minda umat Islam kat Malysia agar sentiasa peka,bersikap waspada & seterusnya babitkan diri secara langsung atau tak langsung dalam hadapi ancaman murtad ini.
"...Barangsiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran,maka mereka itulah yang sia-sia amalannya didunia & diakhirat & mereka itulah penghuni neraka,mereka kekal didalamnya."
(Al-Baqoroh:217)
Wallahua'lam.
Nuffnang Ads
Posted by birudamai at 3:16 PM
Labels: # Ann Wan Seng, * Kristian, * Must Read
Reactions:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment