PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, December 23, 2011
Demokrasi Adalah Sistem Kufur - Haram Untuk Diterima
Labels: Demokrasi, Ulasan buku
"Democracy is a system of Kufr, It is forbidden to adopt, implement or call for it" begitulah tajuk buku yang ditulis oleh Sheikh Abdul Qadeem Zallooum yang membicarakan tentang sistem demokrasi dan membandingkannya dengan apa yang dikatakan di dalam Quran.
Buku ini amat relevan buat masa kini, berikutan dengan fenomena kebangkitan rakyat arab menumbangkan regim kukubesi yang mencengkam mereka. Mereka menukarkan negara kepada sistem pemerintahan demokrasi.
Penyertaan parti-parti yang memperjuangkan Islam ke dalam pilihan raya dan seterusnya memenangi pilihanraya yang telah diadakan membuatkan buku ini lebih menarik untuk dibaca.
Bagi parti-parti politik yang mengunakan landasan demokrasi memperjuangkan Islam. mereka menjustifikasikan tindakan itu dengan menyatakan bahawa Islam tidak bertentangan dengan demokrasi sedangkan demokrasi, menurut buku ini adalah satu sistem pemikiran yang pragmatik dan Islam bukanlah sebuah pemikiran sebegitu.
Apapun bagi mereka yang sentiasa mengamalkan seruan Islam untuk menuntut ilmu semenjak dar buaian sampai ke liang lahad, terutamanya para pejuang Islam dan juga pejuang Melayu Islam (Kumpulan Selamat Melayu Selamat Islam), sudah tentu tak akan rugi untuk membaca buku itu dengan download di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment