PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, December 30, 2011
Kini dah ramai golongan muda dan belia yang sedar dan peka tentang suasana politik di dalam negara.
Ada yang jadi penyokong ada yang NAK jadi pembangkang.
Tapi SAYANG mereka sekadar menjadi pengikut tanpa banyak soal.Mereka rasa bila dah masuk mana mana parti tu,perasaan tiba tiba cukup patriotik dan bila dapat peluang bercakap lagak bagai ahli parlimen yang berhujah.
Habis satu blog dicanang.Dan ramai pulak yang suka benar mendengar fitnah yang ditabur tabur macam peluru sesat.Tak kira parti politik mana pun kita, sebenarnya kta telah semakin terjebak dalam budaya politik PHD ,ejek mengejek,fitnah memfitnah dan aib kan seseorang.
Daripada dulu lagi kita di beri petunjuk kisah dan tauladan.Kisah Hang Tuah pun Fitnah,Cerita P Ramlee pun fitnah,kejatuhan empayar melaka pun sebab fitnah dan PHD,tak cukup kah peristiwa itu untuk kita jadikan iktibar.
Kalau benar dakwaan maka perjelaskanlah.Jangan sembunyi sesuatu kebenaran demi kepentingan sesetengah pihak sahaja.Tapi jika sekadar menabur fitnah dan merosakkan minda masyarakat, kita semua yang tanggung.
Aku simpati.sampai bila nak kecoh isu macam ni.Aku tak kata mana mana pihak.yang aku nampak kedua dua pihak saling tuduh menuduh untuk meraih undi.Rakyat keliru.Kenapa budaya fitnah itu dihidup hidup kan.
Adakah politik cara bergini akan ini menguntungkan mana mana pihak.Mungkin setengah pihak sahaja yang akan mengaut untung.umpama menangguk di air yang keruh. Tapi apa akan jadi dengan masa depan negara.
Siapa yang akan dipersalahkan nanti jika cucu kita ,bangsa kita semakin jauh ketinggalan.yang kaya semakin kaya,yang miskin semakin miskin.
Sepatutnya generasi pemuda zaman kini mesti ada semanagt untuk membangunkan negara.Bukan terpengaruh dengan isu fitnah.Isu seperti ini lah yang sebenarnya lah telah merosakkan anak muda itu sendiri.Sampai sanggup putuskan tali sillaraturrahim.Sampai kerja pun di politik kan.Sebab itu kita mudah jatuh dan kalah.Bila dah menang hilang,masa pilihan raya baru nak keluar.
Pemuda mesti faham.Ini lah politik.Jangan lah putuskan tali silaraturahim antara umah hanya kerana perbezaan ideologi.Pemudalah harapan sebuah negara.Masih ada ruang untuk kita perbetulkan.Jika tidak satu negara akan tergadai.
Bukan BN bukan PAS.kedua dua nya mesti bangun dan berani untuk menghapuskan budaya PHD dan fitnah ini dari terus merebak menjadi kudis,demi membangunkan sebuah negara bangsa dan agama yang selama ini kita perjuangkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment