PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, December 26, 2011
Mei 8, 2011
Murtad
Firman Allah s.w.t :
“Barang siapa yang murtad (kembali) di antaramu dari agamanya, lalu dia mati, sedang ia kafir, maka terhapus amalan mereka itu di dunia dan di akhirat, dan mereka itu penghuni neraka, sedang mereka kekal di dalamnya” (Surah Al-Baqarah – Ayat 217).
Hartina Hj Kamarudin telah menggemparkan umat satu ketika dulu apabila menukar agamanya kepada Hindu setelah berkenalan dengan seorang pemuda India
bapanya, Hj Kamarudin yang terlibat mempertahankan akidah Hartina telah dilokap selepas terlibat dengan pergaduhan ketika hendak mengambil semula anaknya daripada cengkaman lelaki berkenaan.
Aishah Bukhari wanita bertudung. Lulusan akauntasi daripada ITM. Namun cintanya pada seorang pemuda Serani telah menyebabkan Aishah terjebak dalam situasi konflik. Aishah akhirnya memilih akidah Kristianiti sebagai bukti cinta pada pemuda tersebut.
ini adalah sebahagian daripada kes-kes murtad yang berprofil tinggi. tidak termasuk kes pemurtadan Azalina Jailani atau Lina Joy, kes Mohamad Syazani Yusof, Suzi Teoh (atau nama Islamnya Nur Aini), Mohamad Ya/isteri dan konco-konconya, Ayah Pin dan ribuan umat Islam / Melayu yang kini bergerak secara senyap mengamalkan kepercayaan karut selain Islam.
menyingkap fenomena-fenomena di atas, tidak pelik apabila Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pernah mendedahkan terdapat hampir 250 ribu umat Islam murtad di Malaysia, termasuklah di antara mereka 100 ribu orang Melayu yang mengistiharkan keluar agama Islam.
kata Harussani lagi, 100 ribu orang lagi sedang membuat permohonan menunggu murtad.
tapi banyak pihak pandang sepi gejala murtad ini, kononnya ini benda sensitif, tak boleh bincang secara terbuka dan sebagainya
masalahnya, makin didiamkan, masalah murtad semakin menghantui masyarakat kita
kelmarin aku menghadiri forum yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka Pembela di Dewan Muktamar, Pusat Islam
forum itu membincangkan betapa hebatnya usaha secara licik dan terancang gerakan mubaligh Kristian untuk menarik Muslim yang tidak kukuh akidah agar menganut agama itu
memang menarik forum tersebut kerana ia menjemput pakar perundangan Islam, ahli bijak pandai dan pemikir Islam untuk mengupas isu yang sangat meresahkan ini
didedahkan satu persatu modus operandi gerakan itu, ditunjukkan fakta dan slide mengenainya hingga membuatkan semua yang berada di dewan itu mengucap panjang bila dibongkarkan taktik mubaligh-mubaligh ini
malangnya yang hadir cuma boleh dibilang dengan jari…mungkin ramai yang tak tahu dan mungkin ramai juga yang hanya mahu mengambil pendekatan ‘tak nak ambil tahu’, Wallahualam
secara peribadi, aku merasakan sekiranya betul cara dan pendekatannya, masalah ini masih ada jalan penyelesaiannya dengan syarat kita tidak boleh asyik bermain dengan stigma ‘sensitif’, ‘bahaya’ dan sebagainya
aku percaya, masih ramai penganut Kristian di luar sana yang inginkan kedamaian dan keharmonian di bumi Malaysia ini, masih ramai yang menolak cara segelintir mubaligh mereka dalam menjalankan kerja-kerja ‘missionary’ sebegini
dan sudah tentu aku percaya, kita sebagai umat Islam mengharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan profesional
jangan lupa apa yang terjadi di Singapura waktu kes Natrah dulu…jangan sampai ia berulang kerana jika itu terjadi, semuanya dah tak berguna lagi, Nauzubillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment