PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, December 26, 2011
60 Peratus Remaja Malaysia Hilang Dara Menjelang Umur 18 Tahun!
166Share
Assalamualaikum semua,
Apa? Terkejut? Skype pasti korang tak terkejut dengan tajuk entri Skype tu kan sebab memang realitinya masalah gejala sosial di negara kita sekarang nie dah memang makin teruk. Cuba korang bayangkan, lepas habis SPM dah hilang dara..tak ke teruk namanya tu.
Dorang nie pergi sekolah belajar ke main seks? Adoii..Skype pun pening. Zaman Skype sekolah dulu tak teruk benda-benda macam nie. Ya, memang ada cuma satu dua kes jer. Tapi skang nie, boleh dikatakan tiap-tiap hari ada.
sosialremaja Sumber Gambar: Harian Metro
Hasil kajian melibatkan 2,800 responden berusia dari 15 hingga 25 tahun yang dijalankan pada 2010 dengan portal YouthSays.com menunjukkan 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 peratus daripada mereka mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan lima kekasih.
Hasil kajian rambang ini mungkin membawa pelbagai spekulasi atau penerimaan masyarakat kita. Berkemungkinan kerana ia tidak dijelaskan golongan responden yang terlibat, apakah agama mereka dan latar belakang mereka.
Mahu atau tidak, kita kenalah menerima realiti penemuan ini. Kita kena terima hakikat remaja hari ini mengetahui tentang seks lebih awal, seawal 10 atau 11 tahun.
Malah majoriti mereka memperoleh maklumat daripada teman-teman sebaya atau menerusi kecanggihan informasi dan teknologi komunikasi (ICT).
Image Sex most-searched-keyword Boleh dikatakan amat sedikit jumlahnya yang mendapat maklumat ini melalui pertanyaan yang diajukan kepada ibu bapa atau guru mereka.
Apatah lagi, apabila mendapati 74 peratus remaja yang mengadakan hubungan seks memberitahu mereka tidak mengamalkan sebarang perlindungan.
Malah, 83 peratus berkata mereka tidak mengalami apa-apa kesan negatif daripada tindakan mereka. Separuh daripadanya pula merasa ‘bahagia’ ekoran pengalaman seks tersebut.
Bahagia? Adoii..bahagiala sangat. Ya, meb bahagia di dunia nie tapi di akhirat adakah akan bahagia? Nauzubillahiminzalik…
Bagi Skype, pihak pertama yang Skype salahkan adalah kerajaan. Ya, kerajaan telah banyak melabur duit untuk melakukan pelbagai kempen kesedaran kepada masyarakat namun dalam pada masa yang sama, mereka tidak sedar bahawa mereka juga telah menggalakkan remaja-remaja ini melakukan maksiat dengan pelbagai program atas nama aktivit sosial.
Jika kerajaan betul-betul ikhlas ingin menangani kes ini, kerajaan yang mempunyai kuasa memerintah harus menjadikan Islam sebagai dasar pimpinan. Setiap apa program yang ingin dilakukan haruslah yang dilihat dari segi Islam.
Akademi Fantasia AF tv3-mentor-5-logo
Contoh yang Skype dapat beri adalah program televisyen. Cuba korang kira berapa banyak program-program keagamaan daripada program hiburan? Memang sikit sekali program keagamaan. Apabila remaja-remaja kita disuap dengan pelbagai program hiburan maka remaja kita dah takkan minat dengan program-program ilmu.
DSCN3534
Nak suruh dorang pergi masjid? Jangan harap..dengan wujudnya facebook, blog dan sebagainya.. remaja kita hari nie dah lekat depan komputer dah beb. Tak maunya pergi masjid. Bila suruh pergi masjid, dorang cakap kat internet pun boleh dengar. Ya, memang boleh dengar tapi sebaik-baik menuntut ilmu biarlah berguru.
Jadi, kerajaan haruslah mengawal program-program yang ada di televisyen skang nie. Lebihkan program keagamaan. Tak ruginyer buat macam tu.
Yang kedua adalah ibubapa, ibubapa memang memainkan peranan yang cukup besar dalam mendidik anak-anak. Apabila didikan ibubapa di rumah betul-betul diterapkan dan kerajaan bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dengan ajaran Islam. maka InsyaAllah, mereka tidak akan terjebak dengan gejala sosial.
al quran
Akhir sekali adalah diri sendiri, remaja yang berumur 15-22 tahun nie susah sket sebenarnya nak dengar nasihat orang. Dorang nak dorang jer betul walaupun dorang salah. Skype tak cakap kat kat orang tapi berdasarkan pengalaman Skype sendiri masa belasan tahun dulu. Memang degil sket tapi InsyaAllah, kalau dok dengar ustaz-ustaz mengajar tiap-tiap malam kat masjid atau surau, InsyaAllah dorang akan sedar dan dapat mengelakkan para remaja daripada gejala sosial nie.
Marilah kita sama-sama mengangkat tangan berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan kesedaran kepada para pemimpin kita supaya betul-betul menjalankan ajaran Islam seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Ikutilah Al-Quran, nescaya kamu tidak akan sesat.
Salam Ukhwah,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment