PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, December 18, 2011
PAS tersungkur di pintu syurga
pas
on Sunday, June 5, 2011 by Pejuang Bangsa
- 1 Comment
Dengan kemaraan geng Erdogan ,ejen DAP dan anwarinas dalam PAS,telah membuka satu lembaran baru dalam sejarah perjuangan sebuah parti antara yang tertua selepas UMNO ditubuhkan pada tahun 1946.PAS yang dahulunya dengan terkenal dengan Negara Islam, Hudud dan pelbagai unsur keislaman yang cuba diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat.Tapi lihat selepas muktamar PAS , apa dah jadi???
Kini PAS sedar agenda mereka tidak sampai kepada rakyat dan tidak diterima pakai khususnya oleh golongan bukan islam . Golongan bukan islam tidak faham konsep yang cuba dibawa oleh PAS satu ketika dahulu yg begitu hebat dengan pendirian mereka terhadap islam.
Tapi kini, PAS sudah berubah corak dengan cuba menarik sokongan melayu dan bukan islam melalui apa yang diucapkan oleh Hj Hadi pada muktamar baru-baru ini .
Islam bukan perjuangan kita lagi, Kebajikan perjuangan kita
“Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.
Tema Negara Kebajikan pula yang dicetuskan oleh Hj Hadi, mana perginya "Daulah Islamiyyah" yang dulunya kuat dilaungkan oleh Pemimpin PAS???? Takkan sampai disini sahaja perjuangan islam PAS, negara kebajikan yang macam mana PAS cuba nak ketengahkan. Kerajaan sekarang bukan negara kebajikan ka??
Saya ingin memetik kata-kata Mufi Perlis, Datuk Juanda Jaya yang menganggap muktamar PAS kali ini secara rasminya memperlihatkan retorik negara islam yang diperjuangkan parti itu selama 30 tahun lalu ditinggalkan sahaja.
PAS kini yang diterajui oleh Barisan Kepimpinan Tertinggi yg baru dijangka bakal menerima tempias menjelang PRU-13 ini . Akar umbi PAS sudah banyak bercakap dan kedengaran ketidakpuasan hati mengenai kemenangan Mat Sabu dan konco-konconya yang menewaskan golongan Ulama dalam pemilihan kali ini. Sokongan Melayu dijangka akan meleset buat PAS dan pengundi atas pagar banyak akan memilih BN sebagai platform menyuarakan suara mereka. Mereka merasa perjuangan PAS sama seperti perjuangan PKR hanya untuk menaikkan Anwar Pandikutty sebagai PM selepas melihat barisan kepimpinan PAS baru yang banyak dimenangi oleh peyokong kuat anwar dan DAP
PAS ibarat sudah tersungkur dipintu syurga yang mereka janjikan buat ahli-ahli dan penyokong mereka dengan keputusan yang mengecewakan akar umbi PAS sendiri dan amnya pengundi diluar sana .
sumber : Keris Pusaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment