Wednesday, December 14, 2011

Pejuang bahasa marah,penjajah mengusik bahasa mereka, Pejuang bangsa marah kerana penjajah memadamkan bangsa mereka, Negarawan marah , penjajah mencuit kuasa mereka, Pejuang agama marah ,penjajah mempertikai hukum hakam mereka. Pejuang bahasa berjuang agar bahasa mereka didaulatkan kembali, Pejuang bangsa berjuang agar bangsanya gemilang kembali, Negarawan berjuang agar tahta mereka ke pangkuan kembali, Mujahid berjuang agar alquran dan hadis di pegang kembli. Bila disebut tokoh kemerdekaan, Ada yang apabila kuasa mereka diambil oleh penjajah, Lalu kuasa mengutip cukai berpindah, Lalau tenaga mereka dikerah. Ada juga tokoh yang dendam, Apabila diberi kedudukan lalu dia diam. Perjuangan menjadi padam. Ada tokoh yang marah, Apabila bangsanya letak di bawah, Lalu ditiup api asyobiah’ Lalu menyala nafsu amarah Ada tokoh yang tegamam penjajah mula menggantikan hukum-hakam alquran dan hadis dianggap kejam hukum akal menjadi fahaman, Lalu titisan darah menjadi gadaian. Walau siapakah mereka Walau pun siapakah tokoh kita Semua cerita adalah telah diatur cara Oleh yang maha kuasa. Untuk insan menilai harga. Walau dimana kita berada Pilihlah,siapa diri kita, Ditangan kita terletak kuasa. Agar kita tidak alpa, Syafaat siapa yang kita damba, Juga adakah kita bersedia Apabila kita ditemuduga Bila tiba di alam sana, Apakah diterima oleh NYA. Siapakah makhluk tanpa Khaliqnya. Sedangkan yang gugur dimedan perang menentang kufur belum tentu syahidnya jika diniatkan selain agama apalagi ,jika niat asalnya sudah nyata. kg banting

No comments:

Post a Comment