Friday, December 23, 2011

Persediaan Mental & Fizikal Sebelum Ke Mesir Posted on July 7, 2011 28Share Salam 1 Malaysia. Salam 1 Mesir. Entri berkaitan BERSIH aku tak jadi tulis. Takde idea. Tak mampu. Tak reti. Sekian. Ooo yeah, kembali ke tajuk asal. Nampaknya bahang-bahang nak fly ke Mesir semakin terasa dan memuncak ye adik-adik? *bajet senior sangat* HAHA sebelum itu, buat sesiapa yang nak tahu pros and cons study kat Mesir ni, anda boleh ziarah blog sedara Abrar ni. Terima kasih. Padang Pasir dan Unta di Giza, Kaherah PERSEDIAAN MENTAL Ehem, bila sebut je perkataan Mesir, mesti semua orang akan terbayang, wahh padang pasir, unta, piramid, oasis yang sangat cantik! Hahah, memang semua tu ada tapi kat certain tempat je ye. Gila la kan kalau semua tempat kat sini ada padang pasir, unta dan piramid serta oasis tu, mana kitorang nak duduk kalau macam tu. Tapi sejak dah masuk musim panas ni (summer) barang-barang semua dah mula ‘berpasir’. Kalian juga mesti terbayangkan awek-awek cun berjubah berpurdah serta pak-pak Arab yang handsome bergaya dan anak-anak kecil yang comel. Yeahh, memang semua tu wujud dan memang semua tu ada tapi tak semua ye. Hakikatnya Malaysia dan Mesir sama dari segi pakaian, ramai je awek-awek Arab berpakaian seksi seksa, ketat dan sebagainya. Pak Arab apa kurangnya ketat jugak baju. Anak-anak kecil jugak yang comel, macam budak Turki bawah rumah ni. HAHA Uji iman weyy. Oleh itu, sila setkan di minda kalian semua, Mesir ni negara yang biasa-biasa. Kurang kemajuan, tak lengkap lagi kemodenan. Rakyat merempat kemiskinan. Yang kaya, kaya betul. Yang miskin, miskin bebeno sampai meminta-minta di korner universiti. Kat sini baru korang boleh rasa betapa bersyukurnya hidup di Malaysia yang serba cukup itu. Datang sini kena kuat, dan ubah niat datang sini kerana nak mencari permata ilmu di bumi Anbiya’ bumi barakah ni. Jangan ingat datang sini sebab, wah aku kat oversea, wah aku nak jalan-jalan, sebab wahh aku nak shopping! Ingat mak ayah yang dah bersusah-payah hantar kita kat sini sebab nak timba ilmu dan pengalaman berharga kat sini *lagi-lagi yang belum dapat mana-mana tajaan. Datang sini sebab : - nak cari redha ALLAH dan Rasul - - nak bawa balik harapan ibu bapa - - nak cari sesuap ilmu supaya boleh mengubah masyarakat - - nak tambah pengetahuan agama - Bukan sebab : - bangga sebab datang oversea - - nak melancong melencong - - nak lepas dari kongkongan mak ayah - - nak rilek tengok movie segala bagai - - nak tido puas-puas selubung dengan selimut – Hati juga kena bersedia, bersedia dengan segala kemungkinan yang akan terjadi. Hati kena redha dan menerima segala ketentuan. Kat sini macam-macam benda boleh terjadi, kita mana tahukan? Kat sini jugaklah baru kita akan rasa erti susah, senang, sedih, rasa nak menangis, rindu keluarga, nak balik Malaysia dan lain-lain. Tapi lepas dah habis kang enjoy la puas-puas. Enjoy dengan usrah, enjoy dengan talaqi, enjoy dengan beriadah serta melawat tempat-tempat menarik. Akhir sekali korang shopping la puas-puas. Heheheh okey, memang saya sendiri ada buat. Jadi sama-sama kita ingat-memperingati ye :) PERSEDIAAN FIZIKAL Yeah. Bab paling menarik. Pastikan sebelum datang korang ni sihat wal’afiat, doa banyak-banyak minta dijauhkan daripada sebarang sakit dan penyakit tapi korang plak jangan cari penyakit *tetiba. Okey teruskan. Kalau bab fizikal ni mungkin saya akan sentuh bab kekuatan diri anda. Setinggi manakah tahap kehebatan dan kecekalan tubuh anda? Hehe semua orang pun tahu orang Arab ni besar gedabak, seriously kalau dalam sekumpulan orang lelaki, bila nampak yang kecik-kecik molek tu mesti orang Melayu. Kalau tak pun orang Indonesia. HAHA oleh sebab itu, kalau boleh sebelum nak datang sini belajarlah ilmu pertahanan diri secukupnya. Mana tau tetiba kena sexual harassment or kena rompak ke *nauzubillah Korang juga kena try untuk menguatkan suara terutama pada para perempuan kerana orang Arab ni tak kira lelaki atau perempuan, suara mereka sangat kuat dan suara-suara sebegini yang diperlukan untuk melawan dan membidas ‘kata-kata manis’ orang Arab ni. Huh. Taktau nak cakap apa lagi pasal persediaan fizikal ni sebab korang akan tau semuanya bila datang sini. Korang akan nampak bila duduk rumah tingkat atas tapi takde lif. Nak naik bas kena berlari dan melompat sebab bas akan berhenti sekejap je. Kena pandai melintas jalan sebab sini take traffic light. KENA PANDAI CAKAP ARAB SUPAYA TAK KENA TIPU! Belajarlah bahasa ammiyah. Okey, nanti saya sambung ammiyah tu. PERSEDIAAN BARANGAN 1) Al-Quran, Ma’thurat – peneman kita yang tak pernah bosan dan jemu di kala kita senang dan susah. Kalau dulu kat Malaysia jarang sangat nak baca al-Quran apatah lagi Ma’thurat, apa kata kat sini kita cuba, tiap-tiap hari pagi petang baca Ma’thurat, lepas Maghrib baca al-Quran. Mesir ni, kalau nak buat baik, orang tak pandang slek, tak macam kat Malaysia. Korang nak baca Quran dalam bas, dalam tren baca la. No hal. 3ala kulli hal, kat sinilah tempat untuk kita pilih, nak ikut MUSA atau nak ikut FIRAUN 2) Pakaian - bawak pakaian cukup-cukup untuk ke kuliah, di rumah, solat, tidur, jalan-jalan dan sebagainya. Saya nak nasihatkan, kalau boleh kat sini kita try supaya tak pakai pakaian yang ketat-ketat dan menjolok mata (terutama perempuan) sebab apa, korang mesti akan tak selesa bila dipandang slek oleh pelajar syariah/agama/dirasat/lughah. Hohoho 3) Kain Pelikat – kes ni untuk si lelaki. Bawak jela kalau nak bawak sebab rasa susah kot nak cari kat sini. Cuma satu saya pesan, kalau nak bawak just pakai dalam rumah SAHAJA atau bila ada aktiviti bersama rakyat malaysia SAHAJA. Sebab apa, bila orang Arab nampak, diorang fikir korang baru lepas *ehemehem* dengan perempuan. Tak caya try baca sini. LOL 4) Pakaian Dalam – bawak cukup-cukup weh! Memang senang nak cari benda-benda ni tapi HAHAH komfem tak akan jumpa saiz punya. Orang Arab ni besar-besar weh. Tak tipu, nak cari skirt je susah apatah lagi kalau nak cari barang dalam-dalam ni. Kalau ada pun kanak-kanak punya kot. Heheh 5) Barangan elektrik - macam kitorang ni siap-siap bawak iron, water-boiler dengan periuk nasi, sebab lebih berkualiti dan dijamin selamat kerana ada cop SIRIM. Heheh bawak juga extension sebab kompem kang kalau nak online mesti beramai-ramai dan semua nak guna plug. Bawa juga adapter 2-pin (travel adapter la senang) 6) Buku-buku – bagi yang belajar agama, anda boleh bawa kitab-kitab zaman sekolah dulu, yelah baru nak try belajar fully-arabic mungkin susah (kecuali kalau dah biasa STAM). Bagi pelajar Medic, korang bolehlah cari Atlas siap-siap kat Malaysia sebab susah nak cari kat sini. Bawa juga buku-buku agama sebagai peneman. Nak bawa novel ke komik ke sukahati laaa. 7) Makanan – boleh rujuk entri ini. Ada apa-apa lagi boleh direct terus tanya di Facebook saya atau Formspring saya. Nak tahu pasal 10 Perkara Yang Orang Malaysia Tak Tahu Tentang Mesir boleh klik di situ. Saya nak start menghafal Juzuk 30 ni. Doakan supaya saya diberi kemampuan. Terima kasih :D rujukan : www.pamiesz.com & drmarzuki.wordpress.com

No comments:

Post a Comment