Saturday, December 24, 2011

Politik kita bertambah gila. – Bahagian 1 Politik tanah air kian bertambah gila dengan kerancakkan kedua dua belah parti yang cuba menyakinkan hati rakyat bahawa mereka adalah parti yang seharusnya disokong oleh rakyat. Pekerja parti tidak henti henti untuk mencari tercetusnya kesilapan, mahu pun mencetuskan isu untuk disensasikan bagi menghangatkan lagi persada politik tanah air bagi meyakinkan rakyat bahawa parti mereka lebih baik dari parti lawan. Kerajaan yang ada sekarang terpaksa meluangkan banyak masa bagi menangkis serta meyerang kembali pihak lawan yang sentiasa mencari dan juga mengubah satu satu isu untuk memburukkan imej kerajaan. Kerajaan terpaksa membahagikan dan mengimbangkan masa antara berpolitk dan mentadbir kan negera . Bagi Perdana Menteri , beliau terpaksa membahagikan masa beliau untuk menjawab fitnah dan serangan yang di lemparkan kepada beliau dan juga Negara. Di peringkat negeri juga menteri besar terpaksa bertungkus lumus untuk memastikan segala tohmahan pembangkang dapat ditangani dengan baik agar ia nya tidak akan menjadi kudis dan seterusnya menjadi barah bagi kerajaan negeri. Ketua Pembangkang dan juga pemimpin pemimpin pembangkang di Malaysia hanya perlu menyerang sepanjang masa dan mencari kesilapan pemimpin kerajaan untuk dijadikan isu politik bagi menampakkan kelemahan sesebuah kerajaan. Mereka tidak perlu memikirkan cara dan masalah mentadbir sesebuah negara atau sesebuah negeri . Mereka tidak perlu memikirkan bagaimana untuk mengekalkan dan memajukan ekonomi Negara. Mereka tidak perlu menghadapi kemelut krisis ekonomi dan bagi mereka apa yang kerajaan hadapi dan laksanakan untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa perlu diterjemahkan sebagai satu kegagalan.Ini semua bagi mereka adalah tanggungjawab kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Pastinya kerajaan mahu yang terbaik untuk rakyat , pastinya kerajaan mahukan rakyat selesa dan segala keperluan ekonomi berjalan dengan lancar. Banyak yang dirancangkan oleh kerajaan dan banyak kejayaan yang telah rakyat kecapi hasil perancangan kerajaan. Buktinya sudah jelas dan kemakmuran yang kita kecapi dan keselesaan kehidupan yang kita nikmati sekarang adalah hasil dan usaha dari kerajaan.Anak anak mendapat pendidikan dan kebajikan mereka terjamin. Kerajaan bukan hanya sekadar bercakap seperti apa yang dlakukan oleh pembangkang masa ini tetapi kerajaan telah pun membuktikan bahawa mereka telah melakukan dengan sebaik baiknya untuk dinikmati serta memastikan agar rakyat hidup dalam keselesaan. Bagi pembangkang mereka hanya sekadar bercakap sahaja dan mereka tidak perlu memecahkan kepala untuk berfikir kerana mereka sememangnya tidak mempunyai pengelaman untuk mentadbir sebelum ini dan mereka hanya mahir untuk menaburkan janji janji manis sahaja di pentas pentas poltik. Apa saja janji dan ikrar mereka sebenarnya hanya lah ritorik belaka hanya semata mata mahu memujuk dan memperdayakan rakyat untuk menyokong mereka.Mereka boleh berjanji apa saja dan juga boleh menaburkan apa saja fitnah untuk memastikan rakyat akan menyokong mereka. Namun setelah mereka diberikan mandat oleh rakyat yang mahu mencuba dan merasakan satu perubahan , mereka gagal untuk melaksanakan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Gelagat mereka sebagai pemerintah begitu sumbang dan mereka kini bagaikan lanun yang berjaya menawan sebuah kapal yang penuh dengan harta sedang berebut rebut membahagikan harta kekayaan yang mereka tawan. Janji kepada rakyat kini hanya tinggal janji dan setelah setengah penggal berlalu dan mereka sedar bahawa mereka gagal untuk mentadbir kerajaan yang mereka tawan dahulu , kini mereka bertindak lebih ganas seolah oleh mereka tahu bahawa mereka tidak akan diberikan peluang dan akan dihukum oleh rakyat. Selangor adalah antara negeri yang kini menjadi kacau bilau di bawah kepimpinan pembangkang. Rakyat tidak melihat sebarang pembangunan melainkan projek penternakan khinzir morden yang terbesar di negeri Selangor dan pertubuhan pusat pusat maksiat di Pucung yang kini tumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Janji janji untuk menutup kilang arak di Shah Alam selepas subuh jika PR mentadbir negeri Selangor kini hanya tinggal janji sahaja. janji untuk memberikan air percuma juga hanya tinggal janji. Anak anak yang masuk universiti , tadika , taska kini menuntut janji janji kerajaan Selangor , namun ini semua hanya tinggal janji sahaja. rakyat kini di beban pula dengan kerisauan apabila kerajaan Selangor kini bertambah rakus merompak harta rakyat di negeri berkenaan. Pasir pasir dirompak seolah olah tiada esok lagi bagi mereka. Kerajaan negeri Selangor tidak pernah memikirkan sesuatu yang boleh membawakan pembangunan yang pesat untuk negeri Selangor dan mereka mentadbir negeri Selangor seolah olah mereka masih pembangkang di negeri berkenaan. Di Negeri Sembilan pembangkang juga cuba membakar dan menghasut rakyat dengan isu isu yang lebih kepada cemburu akan kejayaan Kerajaan BN NS yang ditadbirkan oleh menteri besar , Dato’ Seri Utama Haji Mohammad Haji Hasan. Tidak sesiapa yang boleh menfikan bahawa Menteri Besar Negeri sembilan berjaya membawa pembangunaan , memajukan biidang sukan, menaikan taraf sektor bidang pelancongan dan lain lain. Negeri Sembilan sedang membangun dengan pesatnya dan amat sukar bagi pembangkang mencari kesilapan pentadbiran kerajaan Negeri .Mereka hanya mampu menaburkan fitnah atas dasar cemburu akan kejaayan menteri besar mentadbir Negeri Sembilan dengan jaya nya. ~ Bersambung Abdul Hakim N9kini News@n9kini.com

No comments:

Post a Comment