Wednesday, December 14, 2011

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Antaranya: 1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!. 2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian. 3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut. Jom Baca Lagi >>.. » Nuffnang Ads comments: 0 » Bajet 2012… Posted on 9th October 2011 in good news, negara, tahniah Share Teks Penuh Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 7/10/2011.. “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA” Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua. MUQADDIMAH Saya mulakan lafaz ucapan Bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, Seperti berulang-ulang disurat dan disiratkan dalam Al-Quran yang suci bahawa Allah SWT menyeru kepada kita semua agar menuju sebuah kehidupan dalam suasana ketenteraman, kemakmuran, kesepaduan dan kesejahteraan sebagai orang-orang budiman dan berbakti. Seperti firman-Nya dalam surah Quraish ayat 3 dan 4: “Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini yakni Ka’abah, yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.” 1. Alhamdulillah, dipanjatkan sejuta pujian ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada rakyat dan negara Malaysia. Sebagai warganegara yang menganut pelbagai kepercayaan, kita mempunyai sebab yang bukan sedikit untuk melahirkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa. 2. Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya. Dalam tempoh yang singkat, kita telah merubah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi. Sesungguhnya, kejayaan ini tidak datang bergolek dan tidak terhidang di atas dulang emas. Ia hasil ikatan antara Kerajaan dan rakyat yang telah bersama memecahkan ruyung-ruyung ketidakyakinan dan dogma dengan bertunjangkan perancangan sistematik dan pelaksanaan berkesan. Inilah limpahan rahmat kepada negara yang mempunyai kerajaan bertanggungjawab semenjak merdeka. Kerajaan yang bukan menjanjikan bulan, bintang ataupun cakerawala singgah ke riba tetapi ini adalah sebuah kerajaan yang saban hari memikir, mena’kul, merancang dan melaksanakan dasar serta prakarsa demi kerukunan rakyat dan kesejahteraan negara. Tuan Yang di-Pertua, 3. Kisah kejayaan seumpama ini, bukan satu kelaziman, ia sebenarnya satu keluarbiasaan. Jika diimbau, terdapat banyak negara di dunia yang mempunyai lebih banyak potensi untuk berjaya daripada Malaysia di awal merdeka, namun, mereka telah rebah tersungkur di tengah jalan walaupun mengendong sarat hasil bumi, malah, tidak terbeban pula oleh faktor garis rekahan yang berpotensi memusnah, seperti, kemajmukan kompleks, perbezaan sosioekonomi yang terikat dengan faktor etnik sekalipun pemisahan fizikal wilayah negara. 4. Jelas termaktub dalam sisir masa, cerita kejayaan pembangunan Malaysia bukan semata-mata kisah yang dilakar di bilik-bilik Lembaga Pengarah bangunan-bangunan pencakar langit. Ia adalah citra yang dinukil pak tani di sawah, nelayan di laut, peneroka di ladang, penoreh getah di estet, penanam sayur di pinggir bandar, pekerja industri di kilang-kilang, usahawan-usahawan bertatih di juang niaga, barisan penjawat awam, guru dan pendidik di bilik-bilik darjah, para pensyarah di kuliah, anggota keselamatan di medan-medan, para profesional, budayawan, seniman, pendek kata seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, kepercayaan, gender mahupun status ekonomi. 5. Setelah 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang yang masing-masing berpayung di bawah Dasar Ekonomi Baru antara 1971 hingga 1990, Dasar Pembangunan Nasional melewati tempoh-tempoh 1991 sampai tahun 2000 dan Dasar Wawasan Nasional yang merentasi 2001 hingga 2010, hari ini, kita sederap untuk menyambung langkah menuju negara maju berpendapatan tinggi. 6. Seperti mana semua mengetahui, saya telah memulakan pentadbiran ini dengan menggariskan falsafah pemandu 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kemudian, ia telah disusuli dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan 7 NKRA, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 12 NKEA, Model Baru Ekonomi dengan 8 SRI dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik yang akan menyaksikan proses besar islah undang-undang bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang moden, progresif sekaligus demokrasi yang berfungsi. Selain itu, dari masa hingga masa, bagi melengkapkan segala-galanya, Kerajaan akan memetakan lagi beberapa program transformasi sektoral. Kemuncaknya, kesemua program dan inisiatif ini akan berpayung pada Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang mula berlangsung pada tahun 2011 sehinggalah 2020.

No comments:

Post a Comment