PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, December 26, 2011
Takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Dan kepada Akulah (Allah) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain" (Surah Al-Baqarah, ayat 40 )
Takut Kepada Allah adalah ibadah. Di samping memiliki kedudukan yang sangat tinggi di dalam agama, ‘takut’ juga merupakan salah satu perintah Allah ! Sebagaimana di dalam firmanNya:
“Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman” (Surah Ali ‘Imran, ayat 175)
Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
Abul-Laits rahimatullah telah berkata: “Tanda-tanda takut kepada Allah swt itu dalam 7 perkara…” iaitu:
1. Pada lisannya (lidahnya) …
Dia menghindar daripada berdusta, mengumpat dan berbicara yang sia-sia dan haram. Lalu digunakan untuk berzikir kepada Allah swt, membaca Al Quran dan mempelajari ilmu.
2. Pada hatinya...
Dia menjaga hati dengan cara membersihkannya daripada perasaan hasad dengki, iri hati dan sebagainya, kemudian diisi perasaan dengan kasih sayang kepada sesama muslim.
3. Pada matanya...
Dia tidak suka melihat yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia, tetapi memandangnya dengan mengambil ikhtibar
4. Pada perutnya...
Dia menjaga perut dengan cara tidak makan kecuali yang halal dan sekadar hajat sahaja. (Yakin tidak berlebihan).
5. Pada tangannya...
Dia menjaga tangan daripada maksiat dan menggunakannya untuk taat kepada Allah s.w.t. semata-mata.
6. Pada langkahnya...
Dia tidak menggunakan kakinya untuk melangkah ke jalan maksiat, tetapi hanya melangkah untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNYA
7. Pada ketaatannya...
Dia menjaga amalan taatnya, supaya ia benar-benar tulus ikhlas kepada Allah s.w.t. dan selamat daripada riya’ dan nifaq.
WALLAHUA’LAM.
Tambahan: Sila rujuk bacaan tambahan untuk mengetahui lebih terperinci mengenai perkara yang dibicarakan dalam entri ini.
Categories: TAKUT KEPADA ALLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment