Sunday, December 25, 2011

Tidak cukup dengan ceramah, tazkirah di Masjid, markas dan padang awam, sehinggakan dimedan-medan selera juga PAS pergunakan sebagai pentas berceramah tanpa menghiraukan keselesaan orang awam yang ingin menikmati makanan di gerai seolah-olah dipaksa mendengar ceramah-ceramah politik mereka. Itulah PAS…….. siang malam, ceramah….. wakil-wakil rakyat PAS datang ke kampung semata-mata untuk berceramah, penghabisannya, sudah tentu kutip wang derma jihad……. datang malam-malam macam musang, sebab itu mereka tidak nampak jalan-jalan rosak, penduduk miskin, rumah-rumah setingan ditepi sungai, ditepi rel keretapi……… Edaran risalah-risalah pula boleh dikatakan setiap hari, tidak kiranya di mana kita berada, sudah pasti akan dapat…… kononnya hendak beritahu kepada rakyat akan segala kepincangan kerajaan UMNO-BN, tetapi banyak yang tidak betul, banyak yang bohongnya……. DAP punya risalah lagi hebat, banyak isi-isi cerita yang menanamkan rasa kebencian dikalangan masyarakat Cina terhadap UMNO… benci UMNO bermakna benci orang Melayu…. PAS, lebih menumpukan kepada meminta simpati pengundi-pengundi dengan memaparkan kebaikan bekas wakil rakyat yang meninggal, tak habis-habis menceritakan kisah-kisah Allayarham Chek Hashim Sulaima, yang kononnya berjiwa rakyat…. Tidak dinafikan, mungkin Allahyarham seorang wakil rakyat yang bagus semasa hayatnya, tetapi mungkin juga itulah satu-satunya wakil rakyat yang baik di antara berpuluh wakil-wakil rakyat PAS yang ada……sebab itu Allah lebih menyayangi Allahyarham, yang lain semuanya hamPAS…… Cerita kebaikan bekas wakil rakyat inilah yang diusung PAS keseluruh ceruk kampung di Galas……. PAS menjaja nama orang yang sudah meninggal semata-mata untuk meminta undi simpati, sedangkan pemimpin-pemimpin PAS yang hidup berterusan memboloti kekayaan sendiri…

No comments:

Post a Comment