Tuesday, January 17, 2012

Hasan Ali dengan tegasnya menyatakan bahawa dia akan Memperjuangkan Islam, Bangsa Melayu, dan Institusi Beraja. Untuk rekod, Hasan Ali telah berada di dalam PAS sejak era almarhum Fathil Noor. Selama 15 tahun Hasan telah berada di dalam PAS. Pengorbanan Hasan dalam memperjuangkan Islam amat besar. Hasan Ali sangup mengorbankan masanya jam 1-5 pagi untuk memantau penuntut-penuntut Islam minum arak, pukul 4 pagi pergi ke hotel-hotel bajet memantau untuk membanteras kes salah laku zina dalam kalangan anak-anak orang Islam. Malah Hasan Ali juga sanggup bekorban untuk memantau gejala murtad anak-anak orang Islam. Menurut Hasan, "itulah tunggak PAS" untuk memperjuangkan Islam, tetapi orang-orang PAS sendiri tidak menghargai. Sejak PAS bersetubuh dibawah PR, ternyata suara Pak Sheikh Al-Juburi lebih didengari berbanding dengan Hasan Ali. Kalau dibandingkan perjuangan Hasan Ali dengan Mat Sabu (121), perjuangan Hasan Ali ialah menangkap orang berkhalwat dan berzina di dalam hotel manakala Mat Sabu pula ditangkap berkhalwat di dalam hotel. Adalah sesuatu yang cukup sial apabila suara hasutan syaitan dari luar PAS untuk menendang Hassan telah berjaya mempengaruhi puak totok PAS ini. Siapa Azmin ??? Besar ke pangkat Azmin ??? Apa hak Azmin untuk mencampuri urusan dalam selimut PAS ??? Selimut bini sendiri pun tak terjaga ! Tetapi sayang.. PAS telah dilacuri dengan mudah ! Pendirian untuk memperjuangkan agama Islam pada awal perjuang ibarat telah luput ditelan zaman. PAS telah kerugian seorang permata yang amat berharga kerana membuang orang yang mengawal penularan arak, pembasmian zina dan membongkar kes murtad di Selangor. Menyebut kembali artikel yang disiarkan di meloyakini dan haramkahjadah, Nik Ajis memberikan ingatan kepada Hasan supaya menjaga mulut. Ternyata Nik Ajis telah nyanyuk kerana tidak dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata. Nik Ajis harus letak jawatan kerana beliau ternyata telah nyanyuk. Buktinya Nik Ajis telah lupa fakta bahawa Hasan telah dilucutkan jawatan daripada PAS dan Exco Kerajaan Negeri !!! Orang tua kutuk tak sedar diri ini sudah tidak ada hak pada masa ini untuk menahan mulut Hasan daripada berbicara. Hassan bukan hak milik kekal PAS ! Bila kena atas batang hidung sendiri tau pula Tok Gundu ni nak meroyan. Inilah realiti PAS, bila sesuatu yang mungkar berlaku dalam parti maka semua ahli diminta membisu walaupun perkara tersebut salah dan berdosa. Puak PAS diajar untuk tidak menyatakan kebenaran. Kerana itu FITNAH berleluasa dalam PAS ! Hasan Ali harus sedar diri bahawa dirinya telah dilepaskan oleh PAS dan sekarang dia bebas menegakkan Islam, Melayu dan Institusi Beraja !!! Nik Ajis pula perlu letak jawatan !!! Sedikit pantun untuk penyokong totok PAS: Pokok keruing pokok angsana, Letaknya di belakang rumah nyonya, Baru sekarang semua kenyataan perlu dijaga, Tapi bila menghentam orang umpama dunia dia yang punya!!! PAS BUKAN AGAMA TETAPI ISLAM ITU AGAMA, PAS BUKAN UNTUK SEMUA TETAPI ISLAM UNTUK SEMUA…

No comments:

Post a Comment