Thursday, January 19, 2012

Li Jun Jie ditangkap bersama 27 wanita warga China yang lain di sebuah pusat hiburan di awal pagi. Polis tahan mereka kerana percaya mereka menyalahguna pas lawatan dan pas pelajar untuk bekerja di pusat hiburan tersebut. Pusat hiburan tersebut pula memang terkenal dengan menyediakan wanita warga China sebagai 'penyedap' untuk melariskan perniagaan mereka. Setelah ditangkap dan kesemua mereka dibawa ke Balai Polis untuk siasatan. Pada masa tersebut Li Jun Jie memaklumkan bahawa beliau seorang pelajar di Malaysia dan bukannya bekerja di pusat hiburan terbabit. Polis tak boleh percaya cakap dia buta-buta tanpa bukti yang kukuh. Selama ini kita juga sering mendengar ramai pelajar yang menyalahguna pas pelajar mereka atau menggunakan pas palsu untuk bekerja sebagai gro dan pelacur. Yang boleh mengesahkan bahawa Li Jun Jie memegang pas pelajar yang sah adalah Jabatan Imigresen dan Kedutaan China di Malaysia. Sementara menunggu pengesahan dari dua pihak terbabit, polis tiada pilihan selain dari menahan beliau di lokap. Tak mungkin polis nak bebas beliau atau letak beliau di hotel lima bintang sementara menunggu pengesahan. Yang membuatkan beliau ditahan lapan hari kerana polis menunggu pengesahan daripada dari Imigresen dan Kedutaan China. Jangan lupa campur sekali sabtu dan ahad. Itu sudah dua hari. Masuk hari kelapan,selepas polis menerima pengesahan daripada kedua-dua pihak terbabit dan terbukti pas pelajar berkenaan bukan palsu, maka polis boleh membebaskan beliau dengan segera. Semua kerja yang dilakukan oleh polis adalah mengikut prosedur. Tiada satu pun yang melanggar prosedur. Jadi Malaysiakini janganlah jadi bingai dan jahat nak mensensasikan isu jika anda tak tahu hujung pangkal. Sebab itu saya kata kata Malaysiakini memang sentiasa berniat jahat untuk merosakkan imej polis. Malaysiakini tidak akan mensensasikan kes ini jika pelajar yang ditahan tersebut adalah pelajar dari Afrika atau Timur Tengah. Tetapi oleh kerana dia pelajar negara China, maka kesempatan itu diambil sebaik mungkin demi untuk keuntungan politik DAP dan PKR, agar orang-orang cina Malaysia terus menerus membenci polis dan seterusnya kerajaan BN. Inilah sebenarnya agenda jahat Malaysiakini. Tetapi dia lupa, tidak semua orang-orang cina di Malaysia semudah itu dibodohkan oleh Malaysiakini. Masih ingatkah anda semua dalam kes Kugan dulu ? Disaat Malaysiakini,DAP,PKR dan PAS memburuk-burukkan polis, dalam diam-diam orang cina di kawasan Puchong, persatuan penduduk, peniaga-peniaga cina dan Ngo-ngo cina , mengumpul tandatangan menyokong polis dan menyerahkannya kepada pihak polis. Satu pepatah baru saya nak beritahu kepada kawan-kawan saya. Jika jumpa ular dan wartawan Malaysiakini, 'pukul' wartawan Malaysiakini dulu. Posted by ruang bicara faisal at 2:37 PM 19 comments Links to this post Friday, December 25, 2009 GUAN ENG KKK CAKAP IKUT SEDAP MULUT Pepatah melayu berkata, cakap siang pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata akta hasutan menanti. Mungkin juga pepatah melayu tidak difahami oleh DAP selama ini, kerana mereka semua memang anti melayu. Lim Guan Eng (kkk) akan disiasat oleh polis berhubung satu kenyataan yang bersifat menghasut berhubung insiden kematian Teoh Beng Hock yang diucapkannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) minggu lalu. Rujuk di sini Sepertimana yang kita semua tahu, sehingga kini punca kematian Teoh belum diketahui lagi. Inkues kes ini juga masih belum selesai . Bagaimana mungkin Lim Guan Eng boleh mengambil alih tugas koroner dan mengatakan Teoh dibunuh. Koroner yang sedang mendengar kes tersebut pun belum tahu lagi keputusan, tetapi Lim lebih awal tahu. Undang-undang di negara kita jelas, bahawa sesuatu kes yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah tidak boleh diperkatakan di luar Mahkamah sehingga kes tersebut selesai. Jadi, tolonglah hormati undang-undang. Selama ini DAP sering membuat tuduhan kononnya kerajaan BN tidak menghormati undang-undang, tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri sebenarnya yang tidak patuh pada undang-undang. Minggu lepas perkara yang sama juga berlaku dalam kes Anwar Ibrahim di Masjid Shah Alam, yang mana mengundang Ketua Pemuda PKR Selangor bermalam tiga hari dalam lokap. Daripada hari pertama Teoh mati sehingga ke hari ini DAP,PKR dan PAS tidak putus-putus membuat tuduhan demi tuduhan kononnya Teoh telah dibunuh oleh SPRM. Malah ada sesetengahnya yang menggelarkan SPRM sebagai Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia. Perhimpunan perkauman juga telah dibuat di Stadium Kelana Jaya beberapa hari selepas Teoh mati, polis tidak mengambil apa-apa tindakan pun kerana kes tersebut belum bermula di Mahkamah. Tetapi sekarang,apabila kes telah bermula dan masih berjalan di Mahkamah, polis terpaksa bertindak. Sebenarnya mereka-mereka jugalah yang mengundang polis supaya bertindak terhadap mereka. Apabila polis bertindak maka polis pula yang dilemparkan pelbagai tuduhan. Sila rujuk komen-komen di link ini. Saya tidak kisah jika orang yang membuat tuduhan sebegitu adalah adalah ahli-ahli parti yang biasa atau blogger-blogger jalanan yang kemungkinan tidak faham atau tahu undang-undang. Ini tidak, seorang pemimpin yang memegang jawatan yang tinggi dalam parti dan memimpin sebuah negeri yang melakukannya. Nampak sangat bodohnya. Jika minggu lepas Lim boleh mengatakan Utusan Malaysia sebagai penjahat. Sekarang saya pula mengatakan yang Lim Guan Eng lebih teruk dari penjahat dan penjenayah. Rakyat sudah beri peluang menjadi pemimpin, maka bertindaklah sebagai seorang pemimpin, bukannya masih bertindak sebagai seorang orang kaki lima. Malang sungguh orang Pulau Pinang dan ahli DAP kerana dipimpin oleh seorang bekas banduan. Kita semua harus merakamkan ucapan tahniah kepada Polis Selangor yang mana telah bertindak terhadap mereka-mereka yang suka mencabul Mahkamah. Selama ini banyak pihak yang terlepas pandang tentang perkara ini. Anwar Ibrahim sendiri atau pendekar-pendekar tempangnya sudah menjelajah seluruh negara berceramah tentang kes liwatnya yang sedang berjalan di Mahkamah. Tetapi setakat ini tidak nampak satu tindakan yang diambil, melainkan di Shah Alam minggu lepas. Harap pihak berkuasa dan Mahkamah sendiri dapat membuka mata tentang perkara ini. Saya amat tertarik dengan dua komen diatas yang disiarkan oleh Malaysia Insider. Saya pun tak tahulah setakat mana akal fikiran dua orang penghantar komen berkenaan. Komen pertama dari William, beliau mengatakan pakar patalogi Thailand lebih awal membuat kenyataan umum kononnya 80 % kemungkinan Teoh dibunuh. Kenapalah William bodoh sangat (diperbodohkan oleh aku di hari kau meraikan krismas). Dr, Pronthip tidak membuat kenyataan umum, tetapi memberi keterangan dalam Mahkamah. Tidak salah dia berkata demikian ketika sedang memberi keterangan dalam Mahkamah, bukannya dalam konvesyen PR (Peliwat Rakyat). Rujuk di sini Komen kedua pula Anak Perak tentang Utusan Malaysia menggunakan perkataan 'keling' dan 'bangkitlah melayu' Perkataan keling adalah perkataan yang diiktiraf dalam kamus Dewan Bahasa. Tidak salah menggunakan perkataan demikian. Jika kamu semua nak tunjuk baik sangat, mintalah Lim Guan Eng tukar nama jalan Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang. Tentang bangkitlah melayu juga tidak menjadi kesalahan kerana sejak belum merdeka sehingga kini Utusan Melayu adalah adalah wadah perjuangan orang melayu. Kami sebagai orang melayu mana tahu jika surat khabar cina tulis 'bangkitlah cina' atau menghentam melayu kerana majoriti orang melayu tidak boleh membaca bahasa cina. Sebagai penutup saya berharap agar pasukan polis kita bertindak dengan tegas terhahap mereka-mereka yang suka membuat tuduhan-tuduhan membabi buta. Jangan biarkan kaduk terus naik junjung. Undang-undang harus ditegakkan. Tuduhan demi tuduhan oleh DAP,PKR dan PAS terhadap polis tidak akan berhenti waima karpet merah sekalipun yang dibentangkan untuk menyambut mereka ketika datang memberi keterangan di Balai Polis ataupun bilik lokap bertaraf hotel lima bintang. Mereka tetap akan tuduh polis jahat atau polis bias. Memang sejak azali lagi mereka dilahirkan untuk menjadi pemfitnah. Biarkan mereka. Mereka tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia. Majoriti rakyat masih lagi menyokong PDRM. Masih ingatkah anda tentang kes ketuk ketampi di Balai Polis dalam daerah Petaling Jaya beberapa tahun dulu ? Sehinggakan kerajaan terpaksa menghantar wakil ke China untuk meminta maaf. Alih-alih orang kita sendiri. Siapa yang membuat tuduhan tersebut ? Tak lain tak bukan DAP juga. Tapi lebih malang lagi masih ada lagi melayu-melayu yang sanggup menjadi si kitul kepada DAP dan Teresa Kok walaupun sudah jelas si nyonya yang tidak membasuh berak itu seorang penipu besar. Kata tak percaya pada polis, tapi sikit-sikit buat laporan polis. Rujuk di sini dan juga di sini. Wajah-wajah si kitul melayu bersama nyonya yang tak basuh berak. Posted by ruang bicara faisal at 10:00 AM 15 comments Links to this post Thursday, December 17, 2009 PERHIMPUNAN HARAM : PKR ENGKAR ARAHAN SULTAN SELANGOR DAULAT TUANKU ! "Aku bos di Selangor sekarang. Aku boleh buat apa sahaja. Peduli apa dengan Sultan atau Polis" Belum sampai seminggu lagi Sultan Selangor membuat teguran kepada kerajaan Selangor, tiba-tiba mereka nak buat hal lagi. Dalam majlis Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-64 di Istana Alam Shah sabtu lepas, Tuanku berkata jangan meletakkan agenda politik mengatasi agenda pembangunan negeri. (rujuk di sini) Ingatan tersebut masih baru lagi. Kalau orang meninggal dunia, kita kata tanah kubur masih merah lagi, yang hidup sudah berperang berebut harta. Begitu juga dalam kes di Selangor. Kata-kata Tuanku masih lagi terngiang-terngiang di telinga kita semua, tapi PKR tetap buat hal juga. Hari ini Ketua Polis Selangor menasihatkan supaya orang ramai tidak menyertai mana-mana demonstrasi haram yang dijangka diadakan di Petaling Jaya dan Shah Alam hujung minggu ini bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. (rujuk di sini) Daripada apa yang saya tahu, hari ini, selepas Solat Jumaat, pemuda PKR Selangor akan menganjurkan satu perhimpunan haram jadah di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Perhimpunan tersebut bertujuan untuk mendesak agar perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dibicarakan serentak di Mahkamah Syariah. Perhimpunan yang sama juga telah diadakan minggu lepas di Masjid Seberang Jaya P.Pinang yang juga terletak dalam Parlimen Permatang Pauh. (rujuk di sini) Di sebelah malam pula saya difahamkan satu forum 'liwat' akan diadakan di Taman Sri Manja,Petaling Jaya. Tak semena-mena kerajaan Selangor terkait dalam dua perhimpunan haram di Selangor hari ini. Kedua-dua perhimpunan diatas tidak mendapat permit dari polis, walaupun mereka telah memohon dan membuat rayuan kepada Polis Selangor. Saya difahamkan oleh seorang rakan wartawan, polis menolak permohonan mereka kerana kes liwat B.A.B.I (Bung Anwar Bin Ibrahim) sedang berjalan di Mahkamah. Mana mungkin satu-satu kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah, tiba-tiba kita memandai-mandai pula 'bicara' kan di luar Mahkamah. Kalau tak puas hati berentaplah dalam gelanggang (Mahkamah) yang disediakan. Ini tidak, kes Mahkamah minta gugur, kemudian duduk melalak-lalak macam anjing gila di luar kononnya dia tak bersalah. Kepada Khalid Ibrahim, anda sebagai MB tolonglah cerdik sikit. Anda kena ingat, PKR sudah jadi kerajaan di Selangor sekarang. Bukannya masih pembangkang lagi. Jadi , tunjuklah contoh yang baik sebagai sebuah kerajaan. Bukannya turut sama bersekongkol dalam perhimpunan haram. Kata orang tua-tua kepada anak lelakinya yang baru berkahwin atau yang baru dapat anak "hang dah jadi laki orang la ni" atau "hang dah jadi pak orang la ni, janganlah bingai-bingai lagi" Begitu juga kata saya kepada Khalid Ibrahim " hang dah jadi kerajaan la ni, janganlah dok bengong lagi, jagalah budak-budak hang dan negeri hang elok-elok". Kerja-kerja membangkang biar BN yang buat, kerana mereka menjadi pembangkang sekarang. Sebagai seorang ketua sebuah kerajaan negeri, sepatutnya Khalid Ibrahim berkerjasama erat dengan polis dalam menjaga keselamatan dan keamanan negeri yang dipimpinnya. Bukannya bersubahat dengan cicak-cicak mengkarung atau pendekar tempang yang suka menganjurkan perhimpunan haram. Khalid jangan bagi alasan kononnya beliau tidak tahu tentang dua perhimpunan haram hari ini. Mustahil sebagai MB beliau tidak diberitahu oleh orang-orang beliau sendiri atau oleh Polis Selangor. Tetapi sehingga kini, tiada satu kenyataan pun yang dikeluarkan oleh Khalid Ibrahim untuk menasihatkan orang-orangnya agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram hari ini. Tunjukkan contoh yang anda seorang pemimpin yang lebih baik dari BN, bukannya lebih teruk. Tetapi tidak, nampaknya memang kerajaan PKR lebih teruk daripada kerajaan BN yang memerintah Selangor dulu. Bab kutuk BN, PKR memang nombor satu, tetapi mereka sendiri bila diberi amanah, ternyata seratus kali lebih teruk. Rakan saya juga mengulas perkara yang sama di sini. Posted by ruang bicara faisal at 11:38 PM 10 comments Links to this post Wedn

No comments:

Post a Comment