Tuesday, January 17, 2012

Menjadi pembangkang memang mudah. Boleh bantah, kumpul penduduk caci kerajaan dan sebagainya. Bila jadi pemerintah baru rasa. Belum bentuk kerajaan boleh janji itu dan kini. Kini janji sedang dituntut. Bagaimana? Kalau dulu sanggup bertegang leher tetapi kini bagi tikus dalam beras. Bukan sekadar menyorok tetapi lari lintang pukang ‘menyelamatkan diri’. Itulah kes Taman Saujana Puchong. Menurut laporan Malaysiakini semalam, selama lima tahun, penduduk Taman Saujana Puchong telah berkempen membantah rancangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menjadi sebahagian daripada hutan simpan Ayer Hitam sebagai kawasan tanah perkuburan. Ketika itu, penduduk terbabit mendapat sokongan daripada parti pembangkang DAP, PKR dan PAS. Sekarang bagaimana? Kini ketiga-tiga parti berkenaan merupakan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri Selangor sejak setahun setengah yang lalu. Sewaktu sesi dialog dengan pegawai kerajaan negeri pada 22 Jun lalu, penduduk dijanjikan oleh pengerusi jawatankuasa setinggan, pengurusan bangunan dan perumahan, Iskandar Abdul Samad bahawa penyelesaiannya akan dicapai dalam tempoh tiga bulan. Dan kini, tempoh tiga bulan itu yang berakhir pada 22 September telah berlalu tanpa sebarang maklumat dari pihak berkuasa. Sehubungan itu, jawatankuasa sementara membantah projek tanah berkuburan itu, menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan mengenainya. “Mereka bersama kami sebelum menjadi kerajaan. Kami berharap mereka cepat membuat keputusan mengenai perkara itu. Kami mahu tinggal di sini dalam keadaan aman dan tidak perlu bimbang mengenai tanah perkuburan tersebut,” kata jurucakapnya Lau Seng You. Cadangan untuk membina tanah perkuburan awam seluas 55 hektar di situ, termasuk tempat membakar mayat – yang dianggap terbesar di negara ini – akan membabitkan sebahagian besar kawasan hutan simpan yang kini dimiliki Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan kini digunakan untuk tujuan penyelidikan. Menurut penduduk, hutan simpan seluas 3,000 hektar itu adalah antara segelintir kawasan hijau yang masih tinggal di negara ini. Ia juga menjadi tempatan tinggal masyarakat Orang Asli. Kira-kira 1,500 penduduk di situ bimbang mengenai kejatuhan nilai hartanah serta pencemaran alam sekitar ekoran cadangan pembinaan tempat pembakaran di situ. Wakil jawatankuasa sementara penduduk itu telah memfailkan semakan kehakiman pada 2006 tetapi kes berkenaan telah beberapa kali ditangguhkan. Hari ini penduduk telah membawa pihak media ke pinggir kawasan hutan simpan tersebut untuk bergambar bersama kain rentang yang dibuat pada 2007, dengan kandungannya disarankan oleh Iskandar, yang juga seorang ahli politik PAS. Lau berkata, walaupun perkara itu telah dibawa ke mahkamah dan tarikh untuk mendengarnya belum ditetapkan, tetapi pihaknya berharap ianya dapat diselesaikan di luar mahkamah. Jelas isu ini akan sekali lagi menguji kepimpinan Khalid yang selama ini menganggap membentuk kerajaan dan memerintah sebagai perkara mudah. Sekarang rasakan sendiri. Janji sudah dibuat sebelum pilihan raya. Selesaikanlah. Kepada Khalid – sendiri mahu ingatlah! 1 Comment » POLITIK SELANGOR – SIAPA YANG SEDANG MELOMPAT-LOMPAT? Posted in pembankang, Selangor on September 6, 2009 by Hambali Abd Latiff Apabila timbul isu kemungkinan beberapa ADUN pembangkang di Selangor akan melompat ke Barisan Nasional (BN), ramai daripada mereka jadi gelabah. Ada yang sudah tidak boleh duduk diam dan mula membayangkan siapa-siapakah yang akan menjadi katak. Dengan berasaskan ramalan buta dan hearsay, wujud pelbagai teori bodoh yang menyebabkan antara mereka mengata dan memgesyaki satu sama lain. Paling sedapnya tuduh menuduh ini langsung tidak dikaitkan dengan UMNO atau parti komponen BN yang lain. Ia hanya antara sesama mereka – PAS, DAP dan PKR. Persoalan pokok di sini ialah antara sesama mereka kini sudah ada syak-wasangka dan masing-masing memerhati antara satu sama lain. Dengan kata lain mereka mula melupakan pesaing mereka dari UMNO dan parti komponen yang lain. Yang menjadi renungan dan jelingan ialah sesame mereka. Maka mulalah ada rating umpamanya ADUN yang ‘berisiko tinggi’ (yang dijangka mudah melompat) dan sebagainya. Dalam satu entri Merdeka Review, bertajuk “Rampasan kuasa Selangor: Perancangan 16 September berulang?” bertarikh 2 September lalu, penulis Wong Shu Qi menyebut, desas-desus bahawa Perdana Menteri, Najib bakal merampas kuasa kerajaan negeri Selangor daripada pakatan pembangkang pada September tahun ini, mungkin berakhir seperti perancangan 16 September, tahun lalu. Siapakah tokoh yang diwar-warkan sebagai berada pada tahap risiko tinggi? Exco paling controversial disebut ialah, Datuk Hasan Mohd Ali juga Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor. Selepas tsunami politik 8 Mac 2008, Hasan Ali dikatakan pernah ditawarkan jawatan Menteri Besar, diberi laluan oleh Datuk Seri Mohd Khir Toyo (bekas Menteri Besar Selangor) sebagai langkah untuk memastikan UMNO terus berkuasa di Selangor. Itupun menurut seorang pemimpin PAS. Hasan Ali bagaimanapun dikatakan terpaksa akur dengan keputusan PAS Pusat, untuk bersama dengan pakatan pembangkang. Berikutan itu gerak-geri Hasan Ali kebelakangan ini dibaca sebagai desakan untuk menuntut lebih sumber daripada kerajaan pakatan pembangkang. Walaupun pemimpin DAP Selangor, Teresa Kok tetap menolak kemungkinan rakan sekerjanya untuk melompat parti, berasaskan kenyataan bahawa PAS tidak mungkin menarik diri dari kerajaan negeri PR, tetapi Hasan Ali boleh melompat secara individu. Pemimpin DAP itu walaupun yakin Hassan Ali tidak akan melakukan sedemikian tetapi menganggap desas-desus rampasan kuasa serta lompat parti tetap akan menjejaskan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap kerajaan PR Selangor. Selain Hassan Ali, Amirudin Shaari juga diperhatikan kerana beliau dikatakan juga yang berisiko tinggi. Dengan acara lompat menggunakan formula 3-2-3, iaitu tiga dari PAS, dua dari DAP dan tiga dari PKR, Merdekareview dimaklumkan hanya lima orang ADUN yang berkemungkinan melompat parti, iaitu dua dari PKR dan tiga dari PAS. Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim pula meramalkan maksimanya empat orang yang berkemungkinan lompat parti, tanpa menamakan siapa mereka. ADUN Batu Caves, Amirudin dan ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafei, adalah seorang lagi yang tersenarai dalam “golongan berisiko”. Amirudin pernah rapat dengan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd.Ezam Mohd.Nor. Amirudin pernah menjadi AJK ketika Ezam menerajui AMK, dan Mat Suhaimi Shafei pula adalah ahli ketika Ezam menjawat Ketua Bahagian Shah Alam. Ezam meninggalkan PKR sebelum PRU ke-12, dan menyertai semula UMNO selepas PRU ke-12. Badrul Hisham Abdullah yang “gagal dihubungi” juga disenaraikan sebagai “golongan berisiko tinggi”. Kerajaan PR Selangor dan PKR telah menuntut beliau untuk memberi perjelasan dalam minggu ini. Pengalaman kedua-dua orang ADUN PKR di Perak, Jamaluddin Radzi dan Osman Mohd. Jailu menghilangkan diri sebelum muncul di depan kamera dalam sidang media bersama Najib, masih segar dalam ingatan. Lompatan kedua-dua orang ini, ditambah pula ADUN DAP Hee Yit Foong yang berakhir dengan kejatuhan Perak ke tangan BN, telah dijadikan sebagai pengajaran untuk pakatan rakyat. Menurut Merdekareview, Teresa Kok berpendapat, UMNO tidak bersedia menjatuhkan kerajaan kerajaan pakatan pembangkang Selangor melalui lompat parti tetapi ia lebih cenderung untuk menggunakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Di Perak, Jamaluddin Radzi dan Osman Mohd. Jailu dituduh rasuah terlebih dahulu, berakhir dengan kedua-dua orang mengambil pendirian pro-UMNO, dan tuduhan awal itu “lenyap” setelah mereka menyebelahi BN. Maka, apa yang berlaku ke atas Exco Selangor, Ronnie Liew mengundang pertikaian. Ronnie Liew yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan menafikan kemungkinan lompat parti, malah dengan tegas menyatakan, “Siapa yang menyebut ‘lompat parti’ kepada saya, saya akan laporkan!” Analisis Merdekareview ini mendapat kritikan dan perhatian PAS Selangor khususnya Ketua Penerangan / Pengerusi Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir. Menurut Roslan: “Saya sendiri semalam ditanya oleh seorang pemberita akhbar Cina tentang khabar angin ini. Bagaimana dengan ADUN-ADUN PAS tanya beliau? Saya nyatakan kesemua lapan ADUN PAS Selangor sedang sibuk bekerja di bulan Ramadhan ini, padat dengan program yang disusun parti selain aturcara masing-masing sebagai EXCO dan ADUN. Mereka tidak lari dan tidak menyembunyikan diri (satu tindakan biasa bagi ADUN yang mahu lompat). Saya nyatakan bahawa saya sungguh yakin insyallah tidak ada seorang pun ADUN PAS yang tergamak untuk melompat apalagi menyumbang ke arah kejatuhan kerajaan ini.” Cara beliau yang defensif menggambarkan betapa PAS Selangor kurang gemar dengan komen pemimpin DAP mengenai lompat melompat ini. Selain itu kebimbangan tetap terpancar pada PAS sendiri bahawa kemungkinan akan timbul kekecewaan di kalangan pemimpin mereka bukan sesuatu yang boleh disembunyikan lagi. Kata Roslan: “PAS mungkin ada berbeza pandangan dalam hal-hal tertentu dalam mentadbir Selangor, tetapi semuanya ditangani melalui musyawarah. Pimpinan PAS Selangor sentiasa rapat dengan pimpinan PAS di semua peringkat, tidak terasing atau berjalan sendiri-sendiri. Di peringkat Selangor forum politik tertinggi iaitu Majlis Pakatan Rakyat berjalan lancar, menemukan 6 pimpinan tertinggi masing-masing parti setiap dua minggu sekali secara konsisten dan insyallah esok adalah mesyuarat seterusnya. Ringkasnya bagi PAS, perjuangan lebih 50 tahun di bumi politik Selangor yang sungguh gersang ini kini membuahkan hasil dengan menjadi sebahagian dari kerajaan yang memerintah bumi bertuah ini. Doa, pengorbanan dan airmata yang ditumpahkan oleh para pejuang yang awal insyallah tidak akan dipersia-siakan apalagi mandat yang diberikan rakyat pada PRU 12 lalu… Kesimpulannya saya percaya kerajaan negeri ini akan mampu bertahan sehingga tamat penggalnya. Jika ada pun yang mahu melompat, ia tindakan orang yang kecewa dan menggadaikan amanah rakyat. PAS insyallah akan kekal 8 walau apa berlaku. Sejarah daya tahan dan kekuatan dalaman wakil-wakilrakyat PAS telah lama terbukti. Kali terakhir wakil rakyat PAS meninggalkan parti adalah lebih 30 tahun lalu apabila berlaku krisis politik Kelantan sehingga lahirnya Berjasa dan Hamim.” Di sebalik itu, Roslan menganggap tuduhan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor oleh Wong sangat jahat, lebih-lebih lagi tiada ruang diberikan untuk Hasan Ali membela diri atau sekurang-kurangnya pimpinan kanan PAS Selangor diminta pandangan. Menurut Roslan, biarlah Umno dan BN Selangor bersedap-sedap menunggu 16 September bersama Wong, kerana mereka dari PAS Selangor dan kerajaan pakatan pembangkang Selangor ada banyak tugas dan kerja yang perlu dilaku dan dibereskan. Apa pun Roslan menunggu reaksi Wong pada 17 September nanti. Leave A Comment » PAS ‘SENDIRI MAHU TAHULAH’ DALAM PAKATAN PEMBANGKANG Posted in pembankang, PKR, Selangor on August 9, 2009 by Hambali Abd Latiff Pelik sungguh dengan kepimpinan pakatan pembangkang di Selangor. Apabila Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali Selasa lepas mendesak Abdul Khalid menukarkan portfolio Ronnie Liu ekoran wakil rakyat DAP itu menimbulkan beberapa masalah berkaitan penjualan arak di kawasan penduduk majoriti umat Islam, dia berjanji gila mahu menyelesaikan masalah itu serta merta. Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji, Jumaat (kelmarin) segala-galanya akan beres. Dalam tempoh empat hari ini. Namun tiada apa yang berlaku. Anehnya npada Jumaat juga Ketua Umum pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan akan memutuskan kesemua isu semasa yang tercetus termasuk isu jualan minuman keras di Selangor dan desakan PAS agar Ronnie Liu digantikan Khamis depan. Katanya, “semua isu yang melibatkan Pakatan Rakyat, termasuk isu Selangor akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 13hb Ogos.” Anwar juga menolak desakan agar Ronnie Liu digantikan. Di sebalik isu jualan arak itu, kelmarin PAS Selangor mendesak agar Ronnie Liu, Exco yang menerajui portfolio kerajaan tempatan digantikan dengan orang lain. Semalam pula (Sabtu), Khalid dilaporkan berkata garis panduan itu akan disiapkan kira-kira sebulan lagi. Mana pendirian pakatan pembangkang sebenarnya? Berikutan itu, Umat Islam diminta menilai cara kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam. Semalam, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat juga akan menilai perjuangan Pas yang kini adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri itu. Mohd Shafie berkata, semasa negeri itu di bawah pentadbiran kerajaan Basional Nasional, wakil rakyat parti komponen seperti MCA dan MIC tidak mencampuri isu-isu sensitif yang berkaitan agama Islam. “Sekarang kita boleh menilai Pas dan perjuangannya dan apa telah jadi dengan kerajaan pakatan-pakatan pembangkang termasuk di Pulau Pinang yang gagal mengatasi pelbagai masalah,” kata beliau. Yang pasti, PAS Selangor kini melancarkan kempen penerangan besar-besaran di seluruh negeri supaya umat Islam menjauhi arak susulan kontroversi pengharaman minuman itu dengan seorang pemimpin DAP Ronnie Liu. Kira-kira 80,000 risalah diedarkan di seluruh negeri bermula selepas solat Jumaat tadi, kata setiausaha perhubungan PAS negeri, Khairuddin Othman. “Program ini dibuat supaya umat Islam tidak dekati alkohol yang banyak membawa masalah sosial,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini. “Kita ada 22 kawasan (parlimen) di Selangor. Kali dengan 4,000 satu kawasan, lebih kurang 80,000 risalah dicetak untuk diedarkan.” Tambahnya, dalam kempen yang sama, PAS turut menggantung kain rentang bertulisan “Bebaskan Umat Islam daripada Najis Arak” di tempat-tempat tumpuan orang ramai dan simpang jalan utama. Kempen tersebut sebahagian tuntutan PAS mendesak garis panduan jelas berhubung penjualan arak mudah dipantau pihak berkuasa tempatan (PBT). Khairuddin juga menggesa Abdul Khalid memangku portfolio kerajaan tempatan, sekarang dipegang oleh Ronnie, untuk memudahkan penguatkuasaan PBT. “Dulu pun (bawah BN) dalam (bidang kuasa) menteri besar. Exco tidak ada kuasa buat sebarang keputusan. Akhirnya kalau ada apa-apa masalah, menteri besar juga yang kena buat keputusan,” kata Khairuddin. Satu lagi persoalan, dulu itu apa maknanya? Bukankah dulu itu bermakna ketika Barisan Nasional (BN)/UMNO? Tidakkah itu menggambarkan betapa berkesannya kerajaan BN mengawal penjualan arak di Selangor? Kalau PAS sendiri sudah faham mengenai keberkesanan BN, PAS ‘sendiri mahu tahulaH’ untuk apa lagi dalam pakatan pembangkang! 1 Comment » KES TEOH – APA KENA DENGAN PEMBANGKANG? Posted in bunuh, pembankang, teoh on July 24, 2009 by Hambali Abd Latiff Masih tidak cukupkan dengan jaminan tiga pihak bahawa punca kematian Teoh Beng Hock akan disaisat secara terperinci? Tidak cukupkah dengan jaminan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara? Juga tidak cukupkah dengan pengumuman bahawa inkues kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, ditetapkan mulai 29 Julai hingga 12 Ogos depan? Teoh, 30, yang juga Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor Tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, 16 Julai lalu, selepas memberi keterangan sebagai saksi dalam kes penyalahgunaan peruntukan wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dimaklumkan kepadanya oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi. “Polis akan melengkapkan siasatan sebelum inkues bermula,” katanya. Bagi pihak-pihak yang meragui siasatan dan penubuhan Suruhanjaya Di Raja, apakah mereka mengharapkan orang dari langit turun untuk menyiasat dan memuaskan hati mereka? Atau mereka sengaja membuat pelbagai kenyataan yang berbelit-belit agar masyarakat tidak menumpukan kepada isu-isu asas yang melanda pembangkang. Ini termasuk siasatan terhadap penyalahgunaan wang kerajaan oleh pemimpin PKR di Selangor, perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta masalah yang melanda kerajaan Pulau Pinang dan Kedah, selain kebimbangan akan semakin bercelarunya politik Selangor. Jika keluarga mendiang Teoh mennyambut baik pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes kematian mendiang dan berharap dapat bertemu dengan Perdana Menteri secepat mungkin, kenapakah pembangkang mempolitikkannya? Adik perempuan Teoh, Lee Lian, 29, selaku jurucakap keluarga itu berkata mereka mahu bertemu dengan Perdana Menteri bagi memaklumkan secara peribadi permintaan mereka supaya siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kes kematian abangnya itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata laporan siasatan terperinci Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengetahui punca sebenar kematian, Teoh akan disiapkan sepenuhnya, minggu depan. Beliau berkata, polis menyiasat kes itu daripada pelbagai sudut secara profesional termasuk merakam kenyataan daripada beberapa individu bagi membantu siasatan. Kabinet pula kelmarin bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi ketika mendiang Teoh disoal siasat, minggu lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pada masa sama, satu inkues yang diketuai seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh. Najib juga mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta polis menyelesaikan segera siasatan kes berkenaan dan laporannya akan diumumkan. Perdana Menteri menegaskan tiga keputusan itu dibuat kerana Kabinet mahu penyiasatan kematian mendiang Teoh dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari punca kejadian. Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, berkata laporan kematian mengejut (SDR) Teoh difailkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam untuk memohon tarikh sebutan inkues. “Kita mengemukakannya ke mahkamah untuk mendapatkan tarikh (inkues),” katanya di sini, semalam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, memberi jaminan siasatan berhubung kematian Teoh, akan diselesaikan segera sebelum inkues. “Sementara siasatan itu disiapkan, saya mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat andaian sendiri dan menggembar-gemburkan kes berkenaan sehingga hasil siasatan diumumkan pihak berwajib. “Akan cepat diselesaikan (siasatan), saya tak boleh beritahu (siasatan disiapkan) hari ini atau esok, tak bolehlah secara spesifik. Tak lama lagilah…. Insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, di sini, semalam. Leave A Comment » PPSMI BERKUBUR, UNTUNGKAH MELAYU? Posted in pembankang, PPSMI, UMNO on July 12, 2009 by Hambali Abd Latiff (Sembang Ahad) Bukan kira menang pembangkang atau kalah kerajaan. Bukan kira kemenangan kepada Najib atau kalahnya Dr Mahathir! Yang penting, apabila lepas belajar, di mana lulusan SPM, STPM atau yang berijazah? Mudah dapat bekerja dan mampu bersaing? Bangga dengan kelulusan tinggi tetapi tidak kemana-mana dengan subjek sains, matematik atau bahasa Inggeris? Jangan sampai berlaku ‘antara dua darjat’. Bila mansuh sukar dibangunkan kembali dan akan mengambil masa yang lama. Biarpun pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sudah ditarik balik dan Bahasa Malaysia akan kembali menjadi bahasa Matematik dan Sains di sekolah, pandangan tertentu wajar diberi perhatian. Jangan pemansuhan ini memberikan kesan berbeza antara murid bandar dan luar bandar. Kenapa mansuhkan PPSMI hanya kerana murid luar bandar lemah? Siapa murid luar bandar? Tidakkah ada mekanisme lengkap memulihkan keadaan di luar bandar? Pengerusi DAP, Lim Kit Siang menyifatkan keputusan Kabinet itu bukan penyelesaian mutlak kerana ia tidak bersifat serta-merta. Menurutnya, apa yang perlu ialah keputusan yang berani melalui pendekatan pendidikan baru dengan matlamat untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. “Mungkin perlu ada cara yang berbeza kepada setiap aliran. Sebab murid SJKC mantap dalam Matematik dan Sains manakala untuk aliran kebangsaan lemah dalam ketiga-tiga subjek itu. Jadi perlu keputusan berani dan fleksibel ikut keperluan aliran. Ada tinjauan pendapat kata majoriti ibu bapa Melayu di bandar mahu PPSMI diteruskan, mungkin kita perlu fleksibel. Patut beri ibu bapa hak memilih PPSMI atau sebaliknya. Tak boleh tangguh sampai tiga tahun,” ujarnya. Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, pemansuhan PPSMI akan menjejas masa depan anak-anak, sekaligus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu. Bekas Perdana Menteri itu yang jelas tidak gembira dengan keputusan tersebut menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan. “Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana. Parti Islam SeMalaysia (PAS) pula mengalu-alukan tindakan pihak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran sejak dari tahun 2003. Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu lalu telah mengumumkan bahawa kerajaan bertindak memansuhkan dasar PPSMI sepenuhnya berkuatkuasa pada 2012. Saya berharap sangat keputusan kerajaan itu bukan kerana motif politik. Baca dan renungkan tiga pandangan berikut: Pendapat 1: Dong Zong terkejut kebodohan UMNO “Dong Zong yang mewakili kepentingan kaum Cina dalam bidang pendidikan menyatakan rasa terkejut mereka dengan kebodohan UMNO yang mengisytiharkan bahawa penggunaan bahasa inggeris dalam sains matematik merugikan bangsa tetapi bertegas hendak meneruskannya sehingga 2012. Kalau kena tunggu sampai 2012, UMNO tak payah umumkan kerana Pakatan Rakyat dijangka sudahpun mengambil alih kerajaan persekutuan ketika itu. Artikel lengkap disediakan.. The Sun, 10 July 2009. KUALA LUMPUR (July 9, 2009) : Dong Zong (United Chinese School Committees Association) president Dr Yap Sin Tian hailed the government’s decision to discontinue the use of English to teach science and mathematics (PPSMI) but is not happy that it will only be carried out in 2012. “Why wait until 2012? It should take effect now,” Yap told Sin Chew Daily when asked to comment on the government decision, which was announced by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin yesterday. He said as far as Chinese primary schools are concerned, the policy can be scrapped immediately as both Mandarin and English are used to teach the two subjects currently. “What difference does it make to revert to the use of mother tongue to teach science and mathematics only in 2012 instead of now?” Meanwhile, both Jiao Zong (United Chinese School Teachers Association) president Ong Kow Yee and Hua Zong (Federation of Chinese Associations in Malaysia) president Tan Sri Lim Gait Tong felt that PPSMI should be scrapped from next year. ———————————- Kalau anda meneliti kenyataan Dong Zong, jelas bahawa anak Melayu yang paling rugi selama ini kerana Cina sebenarnya masih menggunakan bahasa Mandarin. Duit kita (rakyat) dah habis lebih RM4,000,000,000 / 4 BILLION kerana UMNO, MCA dan MIC sibuk nak mengampu Tun Mahathir. Sekarang cancel pulak. Anda halalkan duit cukai anda yang di ambil BN dibelanjakan sebegini?” Pendapat 2: Orang Melayu kembali ke takuk yang lama… Oleh: padiyappa “1. Akhirnya kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran terpaksa akur dengan memansuhkan PPSMI di semua sekolah di seluruh Malaysia. Walaupun langkah pemansuhan tersebut hanya akan berkuatkuasa bermula tahun 2012 namun bagi saya ia merupakan satu keputusan yang agak mengecewakan dan merupakan satu kegagalan kepada dasar baik yang cuba dibawa dan diperkenalkan oleh kerajaan. 2. Tidak dinafikan bahawa salah satu faktor kemerosotan sokongan terhadap kerajaan BN terutama ketika PRU yang lalu adalah disebabkan isu PPSMI ini. Pihak pembangkang atau lebih tepat Pakatan Rakyat bijak memanipulasikan isu ini hingga membawa imej negatif kerajaan di mata rakyat. Akibatnya, kerajaan terpaksa akur dan tunduk terhadap desakan pembangkang. 3. Kerajaan sebenarnya berniat baik dengan memperkenalkan PPSMI ini di semua sekolah di seluruh Malaysia. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan mutu pembelajaran dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang lebih berkualiti yang mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain seluruh dunia. 4. Dalam pada masa yang sama, kerajaan tidak pernah meminggirkan dan mengenepikan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama dan bahasa rasmi negara. Bezanya, kerajaan cuba menumpukan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik dan Sains. 5. Para pelajar terutamanya dari kalangan bumiputera mungkin menghadapi masalah pada peringkat awal. Namun dengan usaha yang betul dan berterusan, ia akan menjadi lebih mudah. Para pelajar akan menerima manfaatnya setelah mula melangkah ke universiti dan alam karier. 6. Mungkin wujud beberapa kelemahan dalam perlaksanaan PPSMI ini oleh kerajaan. Namun tidak sewajarnya untuk kerajaan memansuhkan terus dasar yang baik ini. Mungkin beberapa penambah baikkan perlu disuntik dalam perlaksanaannya seperti meningkatkan kualiti tenaga pengajar, memperbanyakkan lagi bahan bantu mengajar dan beberapa lagi penambahbaikkan yang dapat membantu. 7. Perlu diingat, bangsa yang banyak menghadapi masalah dengan kaedah PPSMI ini adalah dari bumiputera. Dan bumiputera jugalah yang menentang PPSMI ini dengan bersungguh-sungguh. Bagaimana keadaannya dengan bukan bumiputera seperti Cina dan India? Hakikatnya, bumiputera terutamanya bangsa Melayu akan terus kekal dalam kepompong lama selagi orang Melayu takut untuk melakukan perubahan. 8. Walau apa pun, kerajaan sudah pun mengumumkan keputusan pemansuhan PPSMI ini. Tidak semua pihak akan berpuas hati dengan pemansuhan ini, sama seperti sewaktu perlaksanaannya dahulu. Dengan kegagalan PPSMI ini, diharap agar kerajaan dapat mencari jalan supaya mutu dan kualiti pelajar terutama bumiputera tidak terjejas malah akan terus meningkat pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment