Monday, January 23, 2012

Nik Aziz Meninggal... Saya tak faham betul apa yang Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat marah sangat bila dia dikatakan meninggal dunia. Sampai dia minta mereka yang memfitnahnya meminta maaf atau dia tidak mengampunkan mereka yang terlibat di akhirat. Astaga, Nik Aziz ni tau tak apa yang dia cakapkan ni? Sebenarnya cerita dia meninggal dunia ni dah lama, kira-kira dua tahun lepas kita dah dengar, tetapi yang diperkatakan itu bukan Datuk Nik Aziz, tetapi seorang pekerja kilang yang juga bernama Nik Aziz Nik Mat. Pekerja kilang tersebut serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut. Sebab tu saya hairan mengapa Datuk Nik Aziz pula yang melompat macam beruk kena belacan sedangkan yang meninggal itu orang lain. Setakat nama Nik Aziz Nik Mat tu, berlambak dalam Malaysia ni yang ada nama macam tu. Lainlah kalau nama Hitler ke, Yamashita ke, itu memang jarang. Lagi satu saya cukup menyampah dengan ‘kegemaran’ beliau yang cepat betul menganggap orang lain berdosa atau salah. Kononnya si polan itu berdosa, si polan ini akan dilaknat, si polan tersebut akan mendapat bala dan macam-macam lagilah. Soalnya, dia tu sendiri maksum sangat ke??? Nik Aziz sepatutnya tengok kat cermin dulu. Tidakkah dia merasa berdosa kerana menanam racun kebencian yang meluap terhadap pucuk pimpinan negara . Paling zalim lagi, tidakkah dia merasa berdosa apabila benih-benih kebencian ini ditabur sejak anak-anak di peringkat prasekolah lagi. Kemudiannya, dipupuk dan dibaja sehingga mereka menjangkau ke beberapa pusat pengajian tinggi tanah air dan luar negara. Pemimpin-pemimpin kerajaan yang ada adalah manusia biasa, bukan malaikat. Tentu ada sedikit sebanyak salah silapnya. Tetapi mewarnakan apa yang dirancang dan disempurnakan oleh pihak kerajaan bagi kepentingan rakyat tidak betul semuanya adalah tidak adil dan zalim. Rata-rata isu yang dibangkitkan adalah agama. Hujah-hujah yang dibawa semuanya enak didengar kerana ia dibalut dengan ayat-ayat al-Quran. Tetapi maksud sebenarnya adalah batil belaka. Malangnya sebilangan orang awam tidak dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil. Seruan agar Nik Aziz supaya bertaubat adalah wajar, kerana fatwanya yang mendakwa Allah maha samseng, maha jahat dan maha gedeber adalah bercanggah dengan Ahli Sunah Waljamaah. Sesungguhnya Nik Aziz sudah berdosa besar atas dakwaan itu, kerana menyamakan sifat buruk manusia dengan Allah. Nik Aziz yang telah membuat kesalahan besar dalam akidah Islam itu sebenarnya yang perlu kembali ke pangkal jalan. Bukannya sibuk dok suruh orang minta maaf kat dia! Malaysia Instinct

No comments:

Post a Comment